Monday, 12 September 2011

PROSA MELAYU TRADISIONAL (SASTERA KITAB) - KITAB HADIQAT AL-AZHAR WA AL-RAYAHIN

KESUSASTERAAN KITAB
KESUSASTERAAN kitab merujuk kepada kitab-kitab yang bermuat tentang hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama Islam dalam bahasa Melayu.  Sastera jenis ini berkembang pesat dengan kewujudan kerajaan Melayu Islam di Alam Melayu, antaranya termasuklah Kerajaan Pasai, Kerajaan Melaka Kerajaan Acheh, Kerajaan Palembang, Kerajaan Banjarmasin dan Kerajaan Melayu Riau.

Perkembangan Islam banyak tertumpu di masjid dan istana raja-raja Melayu. Berikutan adanya naungan daripada pihak istana, lahirlah buku-buku teks untuk kegunaan pusat-pusat pengajian Islam. Perkembangan pengajian Islam pula telah mendorong lahirnya kitab-kitab yang membicarakan pelbagai cabang ilmu dalam Islam, khususnya kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu fikah dan ilmu tauhid. Ilmu fikah ialah suatu bidang yang membicarakan hukum hukum dalam agama Islam manakala ilmu tauhid membincangkan keesaan Allah.

Kitab-kitab yang tergolong dalam kesusasteraan kitab ini dikarang oleh golongan alim ulama yang dinaungi oleh istana dan lazimnya mereka menulis atas perintah baginda sultan. Antara penulis kitab yang terkenal termasuklah Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Raja Ali Haji, Abdul Samad al-Palembangi, dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa, penulis Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin.

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa dilahirkan pada tahun 1271 H/1856 M dan meninggal dunia pada tahun 1315 H / 1908 M.  Beliau mendapat pendidikan di Patani, Makkah, dan Mesir.  Beliau mempelajari pelbagai bentuk ilmu, daripada yang berkaitan dengan Islam secara khusus seperti usuluddin, fikah, tauhid, hadis, tafsir, nahu  dan saraf, sehinggalah  ilmu  yang berkaitan dengan perubatan, sains, dan sastera.  Beliau turut aktif dalam lapangan penulisan dan dikatakan berjaya menghasilkan 23 karya dalam bahasa Arab (13 buah) dan dalam bahasa Melayu (10 buah). Hal ini dapat dilakukannya kerana di samping mengajar belau bekerja dipercetakan di Makkah dan kemudiannya di Mesir pula. Hasil karyanya mencakup semua bidang yang dipelajarinya, iaitu usuluddin, fikah, tasawuf, bahasa, sejarah, perubatan, sains, dan sastera.

KAJIAN TEKS "KITAB HADIQAT AL-AZHAR WA  AL-RAYAHIN" 
Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin bermaksud "Taman Bunga dan Bauan". Kitab sastera ini bermuat kisah para solihin seperti imam empat mazhab, tokoh sufi, wali, dan sultan. Kitab ini turut  mengemukakan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat, akidah, ubat­-ubat, permainan, bahasa, dan politik.

Petikan dalam Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin membicarakan hal yang berkaitan dengan pengasas mazhab Shafii, iaitu Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafii al-Matlabi r. a.

Petikan yang menceritakan Imam Shafii ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu latar belakang tokoh tersebut, peran­tauannya ke Madinah,  perantauannya ke Iraq, dan Perantauannya ke Mesir. Imam Shafii, dalam perantauannya itu telah mendalami ilmu daripada beberapa tokoh Islam lain, antaranya termasuklah Imam Malik.

Latar Belakang Imam Shafii
Nama Imam Shafii yang sebenarnya ialah (Abu Abdullah) Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Shafii bin Saib bin Ubayd bin Abdul Yazid bin Hashim bin Abdul Muttalib bin Abdul Manaf. Beliau seketurunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada datuknya yang kesembilan (Abdul Manaf.  Gelaran Shafii diambil daripada datuknya yang ketiga.
Beliau dilahirkan di Ghazzah (Palestin) pada tahun 150 H tetapi dibesarkan di Makkah. Imam Shafii hafaz al-Quran semasa usianya baru tujuh tahun manakala hadis Muwatta' dapat dihafaznya semasa berusia 10 tahun. Antara tokoh yang menjadi guru beliau. ter­masuklah Imam Malik, Ismail bin Ulyah, dan Abdul Wahab bin Abdul Majid al-Thaqafi.
Abu Abdullah memiliki raut wajah yang panjang, berhidung mancung, berleher jenjang, berjanggut, berkulit hitam manis, dan agak tinggi tubuhnya. Beliau juga berfikiran tajam dan lancar dalam pertuturannya. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian, iaitu belajar, solat, dan tidur. Setiap hari beliau akan khatam al-Quran sekali manakala pada bulan Ramadan, beliau akan khatam al-Quran 60 kali menerusi solatnya. Selain itu, beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama 16 tahun kerana baginya kenyang akan memberatkan tubuh badan serta mengeraskan hati, menghapuskan kecerdikan, menyebabkan berasa mengantuk, dan melemahkan ibadat.
Perantauannya ke Madinah
Imam Shafii merantau ke Madinah dari Makkah semasa berusia 14 tahun dengan menyertai suatu angkatan musafir. Sebelum di­benarkan menyertai angkatan itu, beliau telah dipelawa makan. Beliau mengikut cara ahli musafir itu makan, yakni dengan menyuap menggunakan lima jari dan menolak makanan itu dengan telapak tangan. Atas sifat Imam Shafii yang menghormati cara mereka makan itu, beliau telah dibenarkan menunggang unta yang cantik. Dalam perantauan itu yang memakan masa lapan hari itu, Imam Shafii khatam al-Quran 16 kali.
Imam Shafii tiba di Madinah pada hari kelapan lalu terus ber­solat Asar di Masjid Nabi serta menziarahi makam Rasulullah. Di Situ, beliau menyertai Imam Malik yang sedang mengajarkan ilmu hadis di sisi makam Rasulullah. Imam Shafii segera menulis hadis yang didengarnya di telapak tangannya dengan menggunakan  air liur. Imam Malik melihat perlakuan Imam Shafii itu dan menyangka Imam Shafii sengaja bermain-main air liur. Lalu selepas menamat­kan pengajarannya, beliau memanggil dan menegur perbuatan Imam Shafii itu. Imam Shafii menjelaskan bahawa beliau melakukan demikian kerana menulis segala pengajaran Imam Malik. Lalu Imam Malik meminta beliau membaca semula hadis-hadis yang ,,ditulisnya" itu. Imam Malik berasa takjub akan kebolehan Imam Shafii yang dapat menghafaz kesemua 25 hadis yang diajarkannya tadi.
Imam Malik kemudiannya membawa Imam Shafii ke rumahnya. Beliau makan bersama-sama dengan Imam Malik dan beroleh suatu pengajaran daripada majlis itu apabila orang suruhan Imam Malik menghulurkan air basuh tangan kepada Imam Shafii lebih dahulu. Menurut Imam Malik, yang sepatutnya membasuh tangan lebih dahulu ialah tuan rumah dan barulah diikuti oleh para tamu. Imam Shafii juga beroleh suatu pengajaran semasa Imam Malik mengejutkannya untuk melakukan solat. Imam Malik telah membawa satu bekas air untuk digunakan oleh Imam Shafii. Menurut Imam Shafii, seseorang tuan rumah wajib melayan tetamunya dengan sebaik-baiknya
Seterusnya, mereka bersolat subuh di Masjid Nabi. Selepas bersolat, Imam Shafii disuruh oleh imam Malik membacakan hadis Muwatta’ kepada para hadirin. Hal ini sekali gus membolehkan Imam Shafii mempelajari dan menghafaz kandungan hadis itu dalam tempoh sembilan malam. Sepanjang tinggal bersama-sama dengan Imam Malik, tugas utama beliau adalah membacakan hadis Muwatta’  kepada jemaah haji dari Mesir dan Iraq. Antara tokoh yang ber­kesempatan mendengar pengajarannya termasuklah Abdullah bin al-Hakam, Ashhab, dan Ibnu al-Qasim.

Perantauannya ke Iraq
Selepas 28 bulan tinggal bersama-sama dengan Imam Malik, Imam Shafii kemudiannya merantau pula ke Kufah di negeri Iraq. Hal ini dilakukannya setelah mendapat tahu bahawa di Kufah terdapat dua orang guru yang alim bernama Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hassan, sahabat Abu Hanifah. Apabila tiba di Kufah, Imam Shafii bersolat Asar di sebuah masjid. Di situ, beliau telah menegur seorang jemaah supaya memperelok solatnya. Hal ini diadukan oleh jemaah itu kepada Muhammad bin al-Hassan dan Abu Yusuf lalu timbul perdebatan tentang solat sesama mereka. Apabila mengetahui tahap pengetahuan Imam Shafii, Muhammad bin Hassan dan Abu Yusuf mengajukan hal-hal yang berkaitan dengan taharah, zakat, jual beli, dan faraid. Semua hal itu diselesaikannya dengan berpandukan al-Quran, hadis, dan ijmak ulama.
Imam Shafii kemudiannya dibawa oleh Muhammad bin al-Hassan ke kediamannya. Kekayaan Muhammad bin al-Hassan mengejutkan imam Shafii sehingga menyebabkan Imam Shafii menangis. Hal ini demikian kerana, beliau membandingkan kehi­dupan penduduk Hijaz yang begitu miskin sehingga ada yang makan daging kering dan hanya menghisap biki kurma dengan penduduk Iraq seperti Muhammad bin al-Hassan yang menghiasai pintu dengan tulisan daripada air emas dan air Perak.  Muhammad bin al-Hassan menjelaskan kepada Imam Shafii bahawa kekayaan itu diperolehmya secara halal dan dia member­sihkan hartanya dengan zakat. Imam Shafii kemudiannya dihadiahi oleh Muhammad bin al-Hassan sepersalinan pakaian yang berharga seribu dirham. Seterusnya, Imam Shafii diberi Al-Kitab al- Awsat tulisan Imam Abu Hanifah lalu dihafalnya.
Imam Shafii berkesempatan mengelilingi Iraq, Parsi dan negeri-negeri bukan Arab. Beliau turut dipanggil oleh Khalifah Harun Al-Rasyid dan ditawarkan jawatan kadi tetapi ditolaknya jawatan itu.  Sepanjang berada di Iraq, banyak masalah berkaitan agama yang dihadapi oleh penduduk negeri itu.  Salah satu daripadanya ialah peristiwa seorang imam muda yang terlupa akan suatu bacaan dalam solatnya. Hal itu telah merosakkan solat lalu Imam Shafli menyuruh imam muda itu bersolat semula dan beliau kemudiannya mengajarkan bab al­Sahwi kepada pemuda itu. Peristiwa itu telah mendorong beliau menghasiikan Kitab al-Za’faran yang dihasilkan dengan berpandukan al-Quran, hadis, dan ijmak ulama. Nama kitab itu diambil daripada nama imam muda yang terlupa akan suatu bacaan dalam sembahyang itu. Beliau turut diberi hak mengutip zakat di Najran oleh Klialitaii fiarun, al-Rashid.
Perantauannya ke Mesir
Imam Shafii selanjutnya merantau ke Mesir dan di negeri itu, beliau telah mengistiharkan mazhabnya di masjid Amru bin Al-As. Beliau menyebarkan ilmu agama kepada semua umat Islam. Perkahwinannya dengan Hamidah binti Nafi bin Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan telah melahirkan beberapa orang putera dan puteri.  Antaranya termasuklah  Abu Uthman Muhammad yang menjadi kadi di Halab; al-Hassan,  Fatimah dan Zainab.  Imam Shafii merupakan seorang Ulama fiqah yang begitu berjasa, masyhur, tinggi budi pekerti dan bersifat zuhud, meninggal dunia di Mesir pada tahun 204 H, semasa berumur 54 tahun.


KEISTIMEWAAN  DAN KELEBIHAN  IMAM SHAFII
Mempunyai sifat-sifat luaran / Fizikal yang baik
Memiliki raut wajah yang panjang, hidung mancung, berleher jenjang, berjanggut, berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi, berfikiran tajam dan lancar dalam pertuturan.

Mempunyai ketajaman fikiran / Memiliki daya ingatan yang luar biasa
Contohnya beliau boleh menghafaz ayat-ayat al-Quran dan Hadis dalam masa yang singkat iaitu semasa berumur 7 tahun dapat menghafaz Al-Quran, umur 10 tahun menghafaz hadis Muwatta'. Boleh menghafaz 25 buah Hadis sebaik saja selesai diajar oleh Imam Malik
Mengamalkan disiplin hidup yang ketat terutama dalam beribadat.
Membahagikan waktu malamnya kepada 3 bahagian iaitu belajar solar dan tidur. Setiap hari akan khatam At-Quran sekali manakala pada bulan Ramadhan akan khatam AI-Qurah 60 kali menerusi solatnya. Beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama 16 tahun kerana kenyang akan memberatkan tubuh, mengeraskan hari, menghapuskan kecerdikan , mudah mengantuk dan melemahkan ibadat.
Seorang yang zuhud  ( lebih mementingkan akhirat daripada dunia)
Beliau pernah menolak tawaran menjadi khadi oleh Khalifali Harun Al-Rashid.  Beliau menangis  apabila melihat kekayaan penduduk Iraq dan mengenangkan kemiskinan penduduk Hijaz. Sepanjang hidupnya menghabiskan masa dengan belajar dan tidak pernah lalai menuntut ilmu. Antara gurunya ialah Imam Malik, Ismail bin Ulyah dan Abdul Waliab bin Abdul Majid al-Thaqafi.
Mempunyai pengetahuan yang luas kerana rajin mengembara.
                 Beliau telah mengembara ke serata tempat seperti ke Madinah, Iraq, Parsi, negeri-negeri bukan Arab dan Mesir. Sepanjang pengembaraan bukan sahaja memperolehi ilmu agama tetapi juga tentang pergaulan seharian.   Contohnya semasa berada dirumah Imam Malik, beliau mengetahui adab memuliakan tetamu.

Pengasas kepada Mazhab as-Shafii
                      Beliau telah mengisytiharkan mazhabnya di Masjid Amru Al-As.  Mazhabnya tersebar ke   seluruh dunia.  Ilmu-ilmu dan kitab-kitab karangannya seperti Kitab Al-Za’faran menjadi  rujukan pelajar-pelajarnya.
Sabar dalam menghadapi dugaan Tuhan
                      Imam Shafii mengidap banyak penyakit dan yang paling serius ialah penyakit buasir tetapi beliau tetap tabah menghadapinya
Seorang pembahas / pendebat yang hebat
                      Beliau seorang yang petah dan hebat berhujah serta mempunyai fikiran tajam Lantaran itulah setiap kali berbahas beliau memenanginya contohnya ketika beliau berbahas dengan ulamak Muhammad al-Hassan mengenai solat.

MESEJ / PENGAJARAN DALAM KITAB
Kepentingan ilmu dalam kehidupan
                      Imam Shafii menuntut pelbagai ilmu daripada beberapa orang ulama seperti Imam Malik.
Ketabahan dan ketekunan dalam menuntut ilmu
Imam Shafii seorang yang tabah dan rajin dalam menuntut ilmu . Kesusahan bukanlah menjadi penghalang untuk beliau mencarl ilmu. Contohnya semasa mencari ilmu di Madinah bersama Imam Malik, beliau hanya menggunakan ranting kayu dan air liur sebagai alat untuk menulis atau mencatat hadis yang didengar.
Ketaatan dan perlu beribadat kepada Allah
                      Sebagai hambaNya kita hendaklah sentiasa mengikut perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kelkhlasan adalah penting dalam beribadat
Ibadat perlu dilakukan secara ikhlas dan betul untuk mendapat kerelaanNya. Contohnya Imam Shafii dengan ikhlas menegur perbuatan seorang Pemuda semasa di Iraq.

Kesabaran penting dalam mengharungi setiap cabaran
                 Imam Shafii tetap sabar dan tidak berputus asa untuk beribadat kepada Allah walaupun diuji dengan penyakit dan kesusahan hidup.
Keperibadian mulia seorang hamba Allah
Imam Shafii mempunyai peribadi yang mulia dan akhlak yang terpuji sehingga menarik hati orang ramai. contohnya sejak kecil beliau telah menghalaz al-Quran , tidak pernah berdusta dan sentiasa beribadat

Sunday, 11 September 2011

ANALISIS SOALAN KMT STPM 2004-2010

BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

2004
1.            Sastera Hikayat – 3 kelompok sastera hikayat, contoh karya & ciri umum
2.            Persoalan Dan Latar Masyarakat – Kesetiaan rakyat

2005
1.             Kesusasteraan Undang-undang – Dua kumpulan & 3 contoh karya & Lima ciri
sastera undang-undang
2.            Cerita binatang – 5 unsur moral dalam cerita binatang 

2006
1.             Sastera Sejarah - Maksud dan 4 ciri sastera sejarah
2.            Sastera zaman pra-Islam berunsur Hindu – 2 contoh karya dan 4 ciri sastera zaman pra-Islam pengaruh Hindu

2007
1.             Sastera Kitab – Maksud, nama pengarang sastera kitab & 2 bidang ilmu dalam
sastera kitab
              2.           Raja Ali Haji – Latar belakang & kandungan 5 buah karyanya

2008
1.             Cerita mitos  - maksud & 4 golongan/ jenis cerita mitos
2.            Tokoh Bukhari al-Jauhari – contoh karya, latar belakang karya & 4 sumbangan karya

2009
1.            Syair –tokoh,jenis & fungsi syair Melayu
2.            Sastera Lisan – ciri sastera lisan & unsur sindiran Dalam Cerita Jenaka Melayu

2010
1.            Sastera Panji – contoh karya & empat ciri
2.            Sastera Undang-undang – contoh karya & gambaran m asyarakat dalam sastera undang-undang

2011   ???????
1.             Cerita lagenda                                        7.            Sastera Ketatanegaraan
2.            Cerita Jenaka                                           8.            Tun Seri Lanang
3.            Cerita Penglipurlara                             9.            Hamzah Fansuri
4.            Cerita Teladan                                        10.          Nuruddin Al-Raniri
5.            Sastera Epik / Kepahlawanan         11.           Persoalan & latar masyarakat
6.            Sastera Agama                                       12.          Sastera Tulisan


 BAHAGIAN B : SULALATUS SALATIN

2004
3.            Soalan petikan wasiat ms 171-172
4.           Watak Perwatakan Tun Perak

2005
3.            Petikan ms 132.( Muslihat Tun Perpatih Putih)
4.            Nilai kemanusiaan dan 5 faktor Keruntuhan nilai tersebut

2006
3.            Lima peristiwa / perlakuan berulang-ulang dalam Sulalatus Salatin
4.            Petikan ms 244-245 – (5 faktor kemakmuran dan keagungan Melaka

2007
3.            Petikan 193-194 (Sultan Mahmud)
4.            Petikan ms 133 (episod dramatik dan 3 episod lain guna teknik dramatik)

2008
3.            Bendahara Tun Perak  - (Kebijaksanaan – latar belakang & 4 peristiwa bukti
kebijaksanaan)
4.            Gambaran Masyarakat – corak pentadbiran & Susun lapis masyarakat Melayu Melaka

2009
3.            Tema Kebesaran dan Keagungan Raja Melaka
4.           Watak Binatang – makna lambang watak binatang & peranan watak bukan manusia

2010
3.            Watak Hang Tuah – latar belakang dan 5 sumbangan Hang Tuah
4.           Sejauh mana kezaliman Sultan Mahmud bawa kejatuhan Melaka ke tangan Peringgi

2011   ????
1.             Unsur Pathos
2.            Unsur Waad
3.            Unsur Pengembaraan
4.            Unsur Mitos & Lagenda
5.            Unsur Helah & Muslihat
6.            Bab 3, 4, 6, 7, 10, 11, 12, 13, 14,15


BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL

2004
5.            Bustan al-Salatin- 218-220
6.            Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma

2005
5.            Hikayat Hang Tuah ms 162 . – Lima peristiwa dalam petikan & perwatakan
dalam petikan
6.            Hikayat Raja Donan ms 64-65  - 5 gaya bahasa dalam petikan

2006
5.            Kejenakaan Pak Pandir - Lima Mesej dalam Kejenakaan Pak Pandir
6.           Cerita Asal Usul Kejadian Isi Dunia – tujuan penulisan episod

2007
5.            Katak Membunuh Gergasi - Lima unsur Pendidikan Moral Dalam Cerita Katak
Membunuh Gergasi
6.           Undang-Undang Laut Melaka - Lima Persoalan Dalam Undang-undang Laut Melaka  

2008
5.            Hikayat Raja Donan – Aspek pengembaraan dalam cerita
6.           Hikayat Hang Tuah (ms 161-163) – Empat peristiwa penting dalam petikan dan Empat Keistimewaan Hang Tuah

2009
5.            Hikayat 1001 Malam ( 128-129) – Tiga persoalan, Tiga perwatakan Shahar Zad & peristiwa yang berlaku sebelum petikan
6.            Asal Usul Kejadian Isi Dunia (ms 16) –

2010
5.            Bawang Putih Bawang Merah – Tiga sikap buruk rosakkan hubungan kekeluargaan & Empat nilai kemanusiaan
6.            Puteri Saadong (ms 27) – Perwatakan Puteri Saadong

2011    ????
1.             Kejenakaan Pak Pandir                           6.            Hikayat Hang Tuah
2.            Katak membunuh Gergasi                    7.            Hikayat Misa Tmn Jayeng Kasuma
3.            Hikayat Ahmad Muhammad                 8.            Hikayat Raja Donan
4.            Hikayat Nur Muhammad                         9.            Kitab Hadiqat Al-Azhar Wa Al-Rayahin
5.            Hikayat Pendawa Lima                             10.          Bustan al-Salatin

BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL

2004
7.            Barzanji Kelahiran Junjungan
8.            Seloka Pak Balung

2005
7.            Mantera Pagar Rumah (ms 366-367) – Maksud rangkaikata & Empat Isi dalam   
              puisi
8.           Syair Perahu (ms 285-286) – Jenis puisi, teknik penulisan & mesej

2006
7.            Pantun Berkait (ms 247) – Jenis puisi, teknik penulisan & nilai masyarakat
8.            Rubai Kemuliaan Insan ( ms 324) – Jenis puisi, ciri puisi & mesej

2007
7.            Gurindam (ms 300-301)  - Jenis puisi, gaya bahasa & unsur pengajaran
8.           Masnawi Budi (ms 331)  -  Jenis puisi, fungsi puisi & nilai moral

2008
7.            Pantun 4 kerat (ms 243) – Unsur intuisi dalam puisi
8.           Qit’ah (339-340) – Jenis puisi , maksud ungkapan dan mesej

2009
7.            Barzanji (ms 336-337) – Jenis puisi, kandungan puji-pujian dalam rangkap puisi
8.            Pantun 10 kerat ( ms 264) – Jenis puisi, teknik penulisan & gambaran masyarakat

2010
7.            Dikir / Zikir (ms 319-322) -  Jenis puisi, teknik penulisan, tema & persoalan
8.            Teromba ( ms 348-350) – Maksud ungkapan, unsur gaya bahasa

2011   ?????
1.             Gurindam                                         7.            Rejang
2.            Seloka                                                 8.            Syair
3.            Talibun                                               9.            Nazam
4.            Mantera                                            10.          Rubai
5.            Peribahasa Berangkap              11.           Masnawi
6.            Endoi                                                   12.          Ghazal

Wednesday, 10 August 2011

UNSUR WASIAT DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

WASIAT ialah pesanan, keinginan, atau kehendak terakhir seseorang yang hampir meninggal dunia yang  ditujukan kepada orang-orang yang bakal ditinggalkannya. Wasiat bukanlah menyentuh hal peninggalan, harta benda sahaja tetapi juga meliputi kata-kata yang berupa amanat dan nasihat yang diberikan kepada waris untuk dipusakai dan diamalkan. Amanat dan nasihat yang diberikan dalam wasiat dapatlah diandaikan sebagai sesuatu peninggalan yang "paling ikhlas" atau "paling jujur" daripada seseorang yang hampir meninggal dunia.
TUJUAN DAN SEBAB BERWASIAT
Secara umumnya, wasiat perlu diberikan kepada sesiapa sahaja. seorang hartawan, sebelum ia meninggal dunia, perlu berwasiat kepada kaum keluarganya, atau kepada orang-orang yang terdekat dengannya, ataupun kepada orang-orang yang dipercayainya. Hal ini perlu dilakukannya demi mengelakkan berlakunya perebutan terhadap harta yang ditinggalkannya.

Walau bagaimanapun, dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, tujuan dan sebab-sebab seseorang itu berwasiat agak berbeza. Hal ini demikian kerana kebanyakan wasiat tersebut adalah dalam bentuk ungkapan kata-kata yang berunsur nasihat, pesanan, clan amanat. Wasiat itu pula diungkapkan sama ada oleh raja/sultan ataupun tokoh-tokoh pembesar kepada orang-orang yang terdekat dengannya. Tujuan dan sebab-sebab wasiat itu diturunkan dapat diperincikan seperti yang berikut:

I  sebagai suatu bentuk peringatan, nasihat, dan pesanan - hal ini dapat dilihat menerusi wasiat yang disampaikan oleh Bendahara Paduka Raja kepada orang-orang yang hadir semasa beliau sakit. Beliau mengingatkan mereka supaya "... jangan kamu tukarkan agamamu dengan dunia yang tiada kekal adanya ini;...";

2 sebagai suatu arahan/perintah - wasiat ini lazimnya diluahkan oleh para pemerintah (raja/sultan) kepada para pembesar negara. Lazimnya dalam wasiat itu, pemerintah yang terbabit meminta pembesar melantik putera yang dinamakan mereka sebagai penggantinya selepas kemangkatannya kelak;
3   sebagai suatu amanah - dalam hal ini, yang dijadikan amanah ialah harta benda, termasuk anak-pinak.  Sultan Maliku's­Salleh, misalnya, berwasiat kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din supaya menjaga kedua-dua puteranya - Sultan Maliku'l-Mansur dan Sultan Maliku't-Tahir. Seri Nara Diraja Tun Ali pula mengamanahkan anak-anaknya - Tun Tahir, Tun Mutahir, dan Tun Abdullah - kepada Bendahara Paduka Raja;
4 sebagai panduan untuk memerintah dan menempuh kehidupan - hampir keseluruhan isi kandungan wasiat yang disampaikan oleh pihak pemerintah kepada bakal penggantinya adalah untuk memandu mereka bersikap adil dan saksama kepada rakyat jelata.
Wasiat-wasiat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
Terdapat beberapa banyak tokoh dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Mclayu yang menyampaikan wasiat mereka. Kebanyakan wasiat itu pula diperturunkan semasa mereka gering/sakit.
1 Wasiat Sultan Maliku's-Salleh kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din (hlm. 59).
2 Wasiat Sultan Maliku't-Tahir kepada anaknya, Sultan Ahmad (hlm. 65-66).
3 Wasiat Seri Nara Diraja Tun Ali kepada Bendahara Paduka Raja (hlm. 146).
4 Wasiat Sultan Mansur Syah kepada pembesar Melaka (hlm. 171).
5 Wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya, Raja Hussain/Raja Ahmad [Sultan Alau'd-Din Riayat Syahl (hlm. 171-172).
6 Wasiat Sultan Alau'd Din Riayat Syah kepada pembesar Melaka (hlm. 186).
7 Wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada anaknya, Raja Mamad [Sultan Mahmud Syahl (hlm. 186-187).
8 Wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada anak cucu Berta para pengikutnya (him. 191).
9 Wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada Sultan Mahmud Syah yang sedang memerintah Melaka pada ketika itu (hlm. 191).
10 Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada para pembesarnya (him. 187).
11 Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada anaknya (hlm. 188).
CONTOH-CONTOH WASIAT
Wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad/ Raja Hussain
Maka Sultan Mansur Syah pun memandang kepada anakanda baginda, Raja Ahmad; maka titah baginda, "Hei anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan coati juga sudahnya; iman yang sempurna dan pekerti yang balk, itulah yang kekal disebut orang selama-lamanya. Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenamya. Makan haqu'l-adam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa taala; melainkan dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya banyak berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah segala yang kesakitan itu segera engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia balk-balk, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda Nabi salla'llahu 'alaihi wa salami Kullukum ra 'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyyatihi, yakni segala kamu yang menggembala dunia lagi akan ditanyai daripada kebelaan kamu; ertinya, segala raja-raja di akhirat lagi akan ditanyai Allah subhanahu wa taala daripada segala rakyat. Sebab demikianlah, maka sebaiknyalah engkau berbuat adil dan saksama, supaya di sang jemah diringankan Allah taala kira-kiramu; clan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala orang Besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan pegawai, di mans akan dapat ia melakukan bijaksananya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpama kayu, kerana api itu tiada akan nyala jikalau tiada kayu; seperti kata Farsi: 'Ar'ayatu juan bakhasta sultan khasad', yakni rakyat itu umpama akan dan raja itu umpama pohon; jikalau tiada akan nescaya tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. Hei anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini; supaya beroleh berkat diberi Allah subhanahu wa taala, bija hin-nabi salla'llahu 'alaihi wa salam."
(hlm. 171-172)
Isi Kandungan Wasiat Sultan Mansur Syah
• CIRI-CIRI PEMERINTAH
Wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Hussain/Raja Ahmad (Sultan Alauddin Riayat Syah) itu menggariskan beberapa cirri asas seorang raja atau ketua Negara menurut ukuran kenegaraan Islam. Yang berikut adalah antara ciri-ciri pemerintah yang terungkap dalam wasiat tersebut.
1   Iman yang sempurna (kesempurnaan iman) - seseorang raja harus beriman terhadap Allah s. w. t. dan sentiasa melakukan aural salih. seseorang raja yang menaiki takhta kerajaan mestilah tahu dan faham akan tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankannya. Peranan seseorang raja bukan setakat menjadi ketua kerajaan semata-mata tetapi juga memikul amanah daripada Allah s. w. t. sebagai pemimpin kepada rakyat dan negara.
2 Pekerti yang baik (perilaku mulia) - seseorang raja atau pemerintah yang memiliki pekerti yang baik, seperti mengasihi rakyatnya, menghormati pembesarnya, serta memelihara perlakuan dan tutur katanya, akan disenangi dan disayangi oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pembesar dan hamba sahaya. Dengan memiliki pekerti yang baik, mereka akan senantiasa dikenang dan disanjung oleh rakyat jelata walaupun selepas ketiadaan mereka.
3 Berbuat adil sangat-sangat (keadilan) - wasiat yang terclapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turut memberikan penekanan kepada raja-raja agar memerintah dengan adil clan saksama terhadap rakyat. Raja tidak dibenarkan melakukan perbuatan zalim terhadap rakyat.
4 Jangan engkau mengambil hak orang (amanah) - seorang raja ditegah sama sekali mengambil hak milik rakyat sesuka hatinya. Perbuatan tersebut akan menyebabkan berlakunya .penganiayaan terhadap rakyat yang lemah. Raja yang adil harus meminta kebenaran lebih dahulu sebelum mengambil atau menggunakan barang atau harta milik rakyatnya.
5 Jangan khali engkau keluar dihadap orang (bersedia menemui dan mengambil tahu hal ehwal rakyat jelata) -pemerintah merupakan tempat rakyat bergantung harap. Oleh hal yang demikian, pemerintah mestilah bersedia membantu rakyatnya yang menghadapi kesusahan. Pemerintah juga perlu menyiasat setiap dakwaan yang melibatkan rakyatnya dengan sebaik-baiknya dan seterusnya menghakiminya dengan seadil­adilnya, yakni, tanpa berat sebelah atau pilih kasih. Raja-raja bertanggungjawab melantik hakim-hakim yang adil bagi menguruskan persoalan kehakiman dan undang-undang di dalam negeri.
6 Muafakat dengan segala menteri (musyawarah) - setiap pemerintah perlu bermusyawarah serta mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pegawai-pegawainya. Hal ini demikian kerana keputusan yang terhasil melalui mesyuarat lebih jitu dan tepat.