SASTERA HIKAYAT ZAMAN PRA-ISLAM ( ZAMAN PERALIHAN HINDU-ISLAM)
HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
Sebagai hikayat yang
ceritanya dikategorikan sebagai berunsur
hindu-Islam, jelas bahawa wujud percampuran kedua-duanya. Unsur pengembaraan yang terdapat dalam cerita berunsur Hindu, juga dapat ditemukan dalam cerita ini. Sebagai contoh, hanya disebabkan daging burung, Ahmad dan Muhammad terpaksa melarikan diri (mengembara) kerana diburu oleh orang suruhan nakhoda yang mengidam untuk makan daging burung itu. Walau bagaimanapun, unsur Hindu tersebut diimbangi dengan adanya unsur Islam dan unsur ini hampir-hampir menutupi kewujudan unsur Hindu yang terdapat dalam cerita ini.
hindu-Islam, jelas bahawa wujud percampuran kedua-duanya. Unsur pengembaraan yang terdapat dalam cerita berunsur Hindu, juga dapat ditemukan dalam cerita ini. Sebagai contoh, hanya disebabkan daging burung, Ahmad dan Muhammad terpaksa melarikan diri (mengembara) kerana diburu oleh orang suruhan nakhoda yang mengidam untuk makan daging burung itu. Walau bagaimanapun, unsur Hindu tersebut diimbangi dengan adanya unsur Islam dan unsur ini hampir-hampir menutupi kewujudan unsur Hindu yang terdapat dalam cerita ini.
Sinopsis Cerita
HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD
Ahmad dan Muhammad
yang berguru dengan Sang Maha Pandeta pulang menemui bonda
mereka. Dalam pertemuan itu, kedua duanya telah memakan
burung peliharaan mereka yang telah di sembelih dan
dipanggang lantaran terkena penyakit sawan. Hal ini menimbulkan
kemarahan nakhoda Syam yang telah menjadi suami permaisuri kerana dialah yang
mengarahkan burung itu dipanggang. Lalu nakhoda Syam mengupah
beberapa orang Habsyi untuk membunuh kedua-dua beradik itu.
Rancangan jahat nakhoda itu telah didengar oleh Nisumbli, perempuan
peliharaan permaisuri lalu dia memaklumkannya kepada kedua-dua beradik
tersebut yang pada waktu itu sudah kembali ke rumah Sang Maha Pendeta.
Atas nasihat Sang Maha Pendeta, Ahmad dan Muhammad berangkat
meninggalkan negeri itu untuk menyelamatkan diri setelah
dibekalkan oleh guru itu keris dan azimat setiap seorang. Berjalanlah mereka dengan bersusah- payah dengan menjadikan daun kayu muda sebagai makanan
dan lubang gua sebagai tempat bermalam.
Mereka
akhirnya berjaya dikesan oleh pesuruh nakhoda Syam, yang
berjumlah 500 orang itu setelah tiba di Gunung Arka di Gunung
Wanadari. Kedua-dua beradik itu segera menyelamatkan diri dengan masuk
ke dalam gua batu yang
bernama Hamindar Singsih.
Apabila melihat mereka masuk, pesuruh yang bernama
Habsyi Bicu menutup mulut gua itu dengan
batu dan dia begitu pasti bahawa kedua-dua beradik itu tidak akan dapat
melepaskan diri mereka. Dengan takdir Allah, di dalam gua itu, Ahmad dan Muhammad bersua
dengan seorang tua yang sedang bertapa bernama
Tuan Syeikh Khialuddin. Pertapa itu tahu akan masalah yang
sedang didepani oleh kedua-dua beradik itu lalu memberikan beberapa
pengajaran untuk memperteguh iman mereka. Mereka turut dibekalkan
dengan azimat dan keris. Keesokannya, setelah didoakan oleh Syeikh Khialuddin, kedua-dua
beradik itu keluar melalui mulut gua yang lain untuk meneruskan perjalanan.
Salah
seorang pesuruh nakhoda Syam terpandang akan kedua dua
beradik yang berjaya melarikan diri itu lalu mengejutkan rakan-rakannya
untuk mengejar Ahmad dan Muhammad. Oleh sebab tidak tahan
dikejar, Ahmad dan Muhammad sepakat untuk menentang mereka.
Berlakulah pertarungan antara Ahmad dan Muhammad dengan gerombolan
pesuruh itu. Kejayaan Ahmad dan Muhammad menumpaskan
empat orang Habsyi yang bernama Jimsa, Hisma,
Nukangu, dan Selami telah menakutkan habsyi yang lain lalu
mereka melarikan diri sambil disindir oleh kedua-dua beradik
itu. Melalui pesuruh-pesuruh itu, Ahmad
mencabar nakhoda Syam
supaya datang menemui mereka di Gunung Arakan di Hutan Wanadari.
Kedua-dua
beradik itu meneruskan perjalanan. Setelah
enam hari mengembara, mereka tiba di sebatang pokok yang besar dan
tinggi bernama Haruhara yang menjadi tempat tinggal geroda,
gajah,harimau, dan singa. Di bawah pokok itulah kedua-dua beradik itu melepaskan
lelah mereka. Muhammad menyuruh adiknya mencari air tetapi oleh
sebab terlalu leka, Ahmad telah tersesat manakala Muhammad terlupa
akan adiknya itu.
UNSUR DAN PENGARUH DALAM CERITA
PENGARUH HINDU
1 Nama-nama
Hindu - Sang Maha Pendeta (guru Ahmad dan Muhammad); Dewi
Permaisuri (bonda Ahmad dan Muhammad).
2 Konsep hukum karma - pihak yang mendukung nilai baik beroleh
kejayaan/kemenangan (Ahmad dan Muhammad) manakala pihak yang
mendukung nilai-nilai jahat beroleh kecelakazin/kekalahan
(nakhoda Syam dan pesuruhnya).
3 Konsep pertolongan dalam keadaan-keadaan tertentu (unsur kebetulan)
yang dikaitkan - Tuan Syeikh Khialuddin kebetulan berada
dalam gua Hamindar Singsih yang menjadi tempat persembunyian
Ahmad dan Muhammad dan telah membantu kedua-dua beradik itu.
4 Cabaran dan rintangan yang dihadapi watak baik / wira sebelum beroleh kesenangan
- Ahmad dan Muhammad menempuh pelbagai
kepayahan dalam perjalanan mereka.
5 Kewujudan binatang besar - dikatakan pokok Haruhara
didiami burung geroda yang amat besar.
6 Konsep penghormatan terhadap manusia yang mulia - Ahmad
dan Muhammad menyembah kaki Tuan Syeikh Khialuddin semasa
bertemu dengan pertapa itu di dalam Gua Hamindar Singsih.
7 Konsep meyakini kekuasaan sesuatu benda
- Ahmad dan Muhammad dibekalkan azimat oleh Sang Maha Pendeta dan Syeikh
Khialuddin sendiri.
PENGARUH ISLAM
1 Nama-nama
watak - Ahmad;
Muhammad; dan Tuan Syeikh Khialuddin.
2 Konsep percaya kepada Allah - Sang
Maha Pandeta berpesan kepada Ahmad dan Muhammad supaya tidak lupa akan ilmu Allah dan beribadat
kepada-Nya; Syeikh Khialuddin mengingatkan kedua-dua beradik itu akan takdir
Allah.
3 Konsep percaya kepada Rasul - Sang Maha Pandeta berpesan
supaya Ahmad dan Muhammad ingat pada Rasul.
4 Budaya ucap salam - Ahmad dan Muhammad memberikan ucapan
"Assalamualaikum" kepada Syeikh Khialuddin dan dijawab oleh Syeikh
itu.
5 Kewujudan konsep keimanan - Syeikh Khialuddin menyebut
tentang ganjaran (pahala), syafaat dan balasan akhirat.
6 Konsep berdoa -- Syeikh
Khialuddin berdoa ke hadrat Allah meminta kedua-dua
beradik itu beroleh perlindungan-Nya.
No comments:
Post a Comment