Monday 12 September 2011

PROSA MELAYU TRADISIONAL (SASTERA KITAB) - KITAB HADIQAT AL-AZHAR WA AL-RAYAHIN

KESUSASTERAAN KITAB
KESUSASTERAAN kitab merujuk kepada kitab-kitab yang bermuat tentang hal-hal yang berkaitan dengan persoalan agama Islam dalam bahasa Melayu.  Sastera jenis ini berkembang pesat dengan kewujudan kerajaan Melayu Islam di Alam Melayu, antaranya termasuklah Kerajaan Pasai, Kerajaan Melaka Kerajaan Acheh, Kerajaan Palembang, Kerajaan Banjarmasin dan Kerajaan Melayu Riau.

Perkembangan Islam banyak tertumpu di masjid dan istana raja-raja Melayu. Berikutan adanya naungan daripada pihak istana, lahirlah buku-buku teks untuk kegunaan pusat-pusat pengajian Islam. Perkembangan pengajian Islam pula telah mendorong lahirnya kitab-kitab yang membicarakan pelbagai cabang ilmu dalam Islam, khususnya kitab-kitab yang berkaitan dengan ilmu fikah dan ilmu tauhid. Ilmu fikah ialah suatu bidang yang membicarakan hukum hukum dalam agama Islam manakala ilmu tauhid membincangkan keesaan Allah.

Kitab-kitab yang tergolong dalam kesusasteraan kitab ini dikarang oleh golongan alim ulama yang dinaungi oleh istana dan lazimnya mereka menulis atas perintah baginda sultan. Antara penulis kitab yang terkenal termasuklah Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Raja Ali Haji, Abdul Samad al-Palembangi, dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa, penulis Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin.

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa dilahirkan pada tahun 1271 H/1856 M dan meninggal dunia pada tahun 1315 H / 1908 M.  Beliau mendapat pendidikan di Patani, Makkah, dan Mesir.  Beliau mempelajari pelbagai bentuk ilmu, daripada yang berkaitan dengan Islam secara khusus seperti usuluddin, fikah, tauhid, hadis, tafsir, nahu  dan saraf, sehinggalah  ilmu  yang berkaitan dengan perubatan, sains, dan sastera.  Beliau turut aktif dalam lapangan penulisan dan dikatakan berjaya menghasilkan 23 karya dalam bahasa Arab (13 buah) dan dalam bahasa Melayu (10 buah). Hal ini dapat dilakukannya kerana di samping mengajar belau bekerja dipercetakan di Makkah dan kemudiannya di Mesir pula. Hasil karyanya mencakup semua bidang yang dipelajarinya, iaitu usuluddin, fikah, tasawuf, bahasa, sejarah, perubatan, sains, dan sastera.

KAJIAN TEKS "KITAB HADIQAT AL-AZHAR WA  AL-RAYAHIN" 
Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin bermaksud "Taman Bunga dan Bauan". Kitab sastera ini bermuat kisah para solihin seperti imam empat mazhab, tokoh sufi, wali, dan sultan. Kitab ini turut  mengemukakan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat, akidah, ubat­-ubat, permainan, bahasa, dan politik.

Petikan dalam Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahin membicarakan hal yang berkaitan dengan pengasas mazhab Shafii, iaitu Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafii al-Matlabi r. a.

Petikan yang menceritakan Imam Shafii ini dapat dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu latar belakang tokoh tersebut, peran­tauannya ke Madinah,  perantauannya ke Iraq, dan Perantauannya ke Mesir. Imam Shafii, dalam perantauannya itu telah mendalami ilmu daripada beberapa tokoh Islam lain, antaranya termasuklah Imam Malik.

Latar Belakang Imam Shafii
Nama Imam Shafii yang sebenarnya ialah (Abu Abdullah) Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Uthman bin Shafii bin Saib bin Ubayd bin Abdul Yazid bin Hashim bin Abdul Muttalib bin Abdul Manaf. Beliau seketurunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada datuknya yang kesembilan (Abdul Manaf.  Gelaran Shafii diambil daripada datuknya yang ketiga.
Beliau dilahirkan di Ghazzah (Palestin) pada tahun 150 H tetapi dibesarkan di Makkah. Imam Shafii hafaz al-Quran semasa usianya baru tujuh tahun manakala hadis Muwatta' dapat dihafaznya semasa berusia 10 tahun. Antara tokoh yang menjadi guru beliau. ter­masuklah Imam Malik, Ismail bin Ulyah, dan Abdul Wahab bin Abdul Majid al-Thaqafi.
Abu Abdullah memiliki raut wajah yang panjang, berhidung mancung, berleher jenjang, berjanggut, berkulit hitam manis, dan agak tinggi tubuhnya. Beliau juga berfikiran tajam dan lancar dalam pertuturannya. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian, iaitu belajar, solat, dan tidur. Setiap hari beliau akan khatam al-Quran sekali manakala pada bulan Ramadan, beliau akan khatam al-Quran 60 kali menerusi solatnya. Selain itu, beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama 16 tahun kerana baginya kenyang akan memberatkan tubuh badan serta mengeraskan hati, menghapuskan kecerdikan, menyebabkan berasa mengantuk, dan melemahkan ibadat.
Perantauannya ke Madinah
Imam Shafii merantau ke Madinah dari Makkah semasa berusia 14 tahun dengan menyertai suatu angkatan musafir. Sebelum di­benarkan menyertai angkatan itu, beliau telah dipelawa makan. Beliau mengikut cara ahli musafir itu makan, yakni dengan menyuap menggunakan lima jari dan menolak makanan itu dengan telapak tangan. Atas sifat Imam Shafii yang menghormati cara mereka makan itu, beliau telah dibenarkan menunggang unta yang cantik. Dalam perantauan itu yang memakan masa lapan hari itu, Imam Shafii khatam al-Quran 16 kali.
Imam Shafii tiba di Madinah pada hari kelapan lalu terus ber­solat Asar di Masjid Nabi serta menziarahi makam Rasulullah. Di Situ, beliau menyertai Imam Malik yang sedang mengajarkan ilmu hadis di sisi makam Rasulullah. Imam Shafii segera menulis hadis yang didengarnya di telapak tangannya dengan menggunakan  air liur. Imam Malik melihat perlakuan Imam Shafii itu dan menyangka Imam Shafii sengaja bermain-main air liur. Lalu selepas menamat­kan pengajarannya, beliau memanggil dan menegur perbuatan Imam Shafii itu. Imam Shafii menjelaskan bahawa beliau melakukan demikian kerana menulis segala pengajaran Imam Malik. Lalu Imam Malik meminta beliau membaca semula hadis-hadis yang ,,ditulisnya" itu. Imam Malik berasa takjub akan kebolehan Imam Shafii yang dapat menghafaz kesemua 25 hadis yang diajarkannya tadi.
Imam Malik kemudiannya membawa Imam Shafii ke rumahnya. Beliau makan bersama-sama dengan Imam Malik dan beroleh suatu pengajaran daripada majlis itu apabila orang suruhan Imam Malik menghulurkan air basuh tangan kepada Imam Shafii lebih dahulu. Menurut Imam Malik, yang sepatutnya membasuh tangan lebih dahulu ialah tuan rumah dan barulah diikuti oleh para tamu. Imam Shafii juga beroleh suatu pengajaran semasa Imam Malik mengejutkannya untuk melakukan solat. Imam Malik telah membawa satu bekas air untuk digunakan oleh Imam Shafii. Menurut Imam Shafii, seseorang tuan rumah wajib melayan tetamunya dengan sebaik-baiknya
Seterusnya, mereka bersolat subuh di Masjid Nabi. Selepas bersolat, Imam Shafii disuruh oleh imam Malik membacakan hadis Muwatta’ kepada para hadirin. Hal ini sekali gus membolehkan Imam Shafii mempelajari dan menghafaz kandungan hadis itu dalam tempoh sembilan malam. Sepanjang tinggal bersama-sama dengan Imam Malik, tugas utama beliau adalah membacakan hadis Muwatta’  kepada jemaah haji dari Mesir dan Iraq. Antara tokoh yang ber­kesempatan mendengar pengajarannya termasuklah Abdullah bin al-Hakam, Ashhab, dan Ibnu al-Qasim.

Perantauannya ke Iraq
Selepas 28 bulan tinggal bersama-sama dengan Imam Malik, Imam Shafii kemudiannya merantau pula ke Kufah di negeri Iraq. Hal ini dilakukannya setelah mendapat tahu bahawa di Kufah terdapat dua orang guru yang alim bernama Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hassan, sahabat Abu Hanifah. Apabila tiba di Kufah, Imam Shafii bersolat Asar di sebuah masjid. Di situ, beliau telah menegur seorang jemaah supaya memperelok solatnya. Hal ini diadukan oleh jemaah itu kepada Muhammad bin al-Hassan dan Abu Yusuf lalu timbul perdebatan tentang solat sesama mereka. Apabila mengetahui tahap pengetahuan Imam Shafii, Muhammad bin Hassan dan Abu Yusuf mengajukan hal-hal yang berkaitan dengan taharah, zakat, jual beli, dan faraid. Semua hal itu diselesaikannya dengan berpandukan al-Quran, hadis, dan ijmak ulama.
Imam Shafii kemudiannya dibawa oleh Muhammad bin al-Hassan ke kediamannya. Kekayaan Muhammad bin al-Hassan mengejutkan imam Shafii sehingga menyebabkan Imam Shafii menangis. Hal ini demikian kerana, beliau membandingkan kehi­dupan penduduk Hijaz yang begitu miskin sehingga ada yang makan daging kering dan hanya menghisap biki kurma dengan penduduk Iraq seperti Muhammad bin al-Hassan yang menghiasai pintu dengan tulisan daripada air emas dan air Perak.  Muhammad bin al-Hassan menjelaskan kepada Imam Shafii bahawa kekayaan itu diperolehmya secara halal dan dia member­sihkan hartanya dengan zakat. Imam Shafii kemudiannya dihadiahi oleh Muhammad bin al-Hassan sepersalinan pakaian yang berharga seribu dirham. Seterusnya, Imam Shafii diberi Al-Kitab al- Awsat tulisan Imam Abu Hanifah lalu dihafalnya.
Imam Shafii berkesempatan mengelilingi Iraq, Parsi dan negeri-negeri bukan Arab. Beliau turut dipanggil oleh Khalifah Harun Al-Rasyid dan ditawarkan jawatan kadi tetapi ditolaknya jawatan itu.  Sepanjang berada di Iraq, banyak masalah berkaitan agama yang dihadapi oleh penduduk negeri itu.  Salah satu daripadanya ialah peristiwa seorang imam muda yang terlupa akan suatu bacaan dalam solatnya. Hal itu telah merosakkan solat lalu Imam Shafli menyuruh imam muda itu bersolat semula dan beliau kemudiannya mengajarkan bab al­Sahwi kepada pemuda itu. Peristiwa itu telah mendorong beliau menghasiikan Kitab al-Za’faran yang dihasilkan dengan berpandukan al-Quran, hadis, dan ijmak ulama. Nama kitab itu diambil daripada nama imam muda yang terlupa akan suatu bacaan dalam sembahyang itu. Beliau turut diberi hak mengutip zakat di Najran oleh Klialitaii fiarun, al-Rashid.
Perantauannya ke Mesir
Imam Shafii selanjutnya merantau ke Mesir dan di negeri itu, beliau telah mengistiharkan mazhabnya di masjid Amru bin Al-As. Beliau menyebarkan ilmu agama kepada semua umat Islam. Perkahwinannya dengan Hamidah binti Nafi bin Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan telah melahirkan beberapa orang putera dan puteri.  Antaranya termasuklah  Abu Uthman Muhammad yang menjadi kadi di Halab; al-Hassan,  Fatimah dan Zainab.  Imam Shafii merupakan seorang Ulama fiqah yang begitu berjasa, masyhur, tinggi budi pekerti dan bersifat zuhud, meninggal dunia di Mesir pada tahun 204 H, semasa berumur 54 tahun.


KEISTIMEWAAN  DAN KELEBIHAN  IMAM SHAFII
Mempunyai sifat-sifat luaran / Fizikal yang baik
Memiliki raut wajah yang panjang, hidung mancung, berleher jenjang, berjanggut, berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi, berfikiran tajam dan lancar dalam pertuturan.

Mempunyai ketajaman fikiran / Memiliki daya ingatan yang luar biasa
Contohnya beliau boleh menghafaz ayat-ayat al-Quran dan Hadis dalam masa yang singkat iaitu semasa berumur 7 tahun dapat menghafaz Al-Quran, umur 10 tahun menghafaz hadis Muwatta'. Boleh menghafaz 25 buah Hadis sebaik saja selesai diajar oleh Imam Malik
Mengamalkan disiplin hidup yang ketat terutama dalam beribadat.
Membahagikan waktu malamnya kepada 3 bahagian iaitu belajar solar dan tidur. Setiap hari akan khatam At-Quran sekali manakala pada bulan Ramadhan akan khatam AI-Qurah 60 kali menerusi solatnya. Beliau tidak pernah mengenyangkan perutnya selama 16 tahun kerana kenyang akan memberatkan tubuh, mengeraskan hari, menghapuskan kecerdikan , mudah mengantuk dan melemahkan ibadat.
Seorang yang zuhud  ( lebih mementingkan akhirat daripada dunia)
Beliau pernah menolak tawaran menjadi khadi oleh Khalifali Harun Al-Rashid.  Beliau menangis  apabila melihat kekayaan penduduk Iraq dan mengenangkan kemiskinan penduduk Hijaz. Sepanjang hidupnya menghabiskan masa dengan belajar dan tidak pernah lalai menuntut ilmu. Antara gurunya ialah Imam Malik, Ismail bin Ulyah dan Abdul Waliab bin Abdul Majid al-Thaqafi.
Mempunyai pengetahuan yang luas kerana rajin mengembara.
                 Beliau telah mengembara ke serata tempat seperti ke Madinah, Iraq, Parsi, negeri-negeri bukan Arab dan Mesir. Sepanjang pengembaraan bukan sahaja memperolehi ilmu agama tetapi juga tentang pergaulan seharian.   Contohnya semasa berada dirumah Imam Malik, beliau mengetahui adab memuliakan tetamu.

Pengasas kepada Mazhab as-Shafii
                      Beliau telah mengisytiharkan mazhabnya di Masjid Amru Al-As.  Mazhabnya tersebar ke   seluruh dunia.  Ilmu-ilmu dan kitab-kitab karangannya seperti Kitab Al-Za’faran menjadi  rujukan pelajar-pelajarnya.
Sabar dalam menghadapi dugaan Tuhan
                      Imam Shafii mengidap banyak penyakit dan yang paling serius ialah penyakit buasir tetapi beliau tetap tabah menghadapinya
Seorang pembahas / pendebat yang hebat
                      Beliau seorang yang petah dan hebat berhujah serta mempunyai fikiran tajam Lantaran itulah setiap kali berbahas beliau memenanginya contohnya ketika beliau berbahas dengan ulamak Muhammad al-Hassan mengenai solat.

MESEJ / PENGAJARAN DALAM KITAB
Kepentingan ilmu dalam kehidupan
                      Imam Shafii menuntut pelbagai ilmu daripada beberapa orang ulama seperti Imam Malik.
Ketabahan dan ketekunan dalam menuntut ilmu
Imam Shafii seorang yang tabah dan rajin dalam menuntut ilmu . Kesusahan bukanlah menjadi penghalang untuk beliau mencarl ilmu. Contohnya semasa mencari ilmu di Madinah bersama Imam Malik, beliau hanya menggunakan ranting kayu dan air liur sebagai alat untuk menulis atau mencatat hadis yang didengar.
Ketaatan dan perlu beribadat kepada Allah
                      Sebagai hambaNya kita hendaklah sentiasa mengikut perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kelkhlasan adalah penting dalam beribadat
Ibadat perlu dilakukan secara ikhlas dan betul untuk mendapat kerelaanNya. Contohnya Imam Shafii dengan ikhlas menegur perbuatan seorang Pemuda semasa di Iraq.

Kesabaran penting dalam mengharungi setiap cabaran
                 Imam Shafii tetap sabar dan tidak berputus asa untuk beribadat kepada Allah walaupun diuji dengan penyakit dan kesusahan hidup.
Keperibadian mulia seorang hamba Allah
Imam Shafii mempunyai peribadi yang mulia dan akhlak yang terpuji sehingga menarik hati orang ramai. contohnya sejak kecil beliau telah menghalaz al-Quran , tidak pernah berdusta dan sentiasa beribadat

1 comment:

  1. terima kasih di atas penerangan tentang imam shafie... ianya sangat berguna untuk saya. bolehkan selepas ini minta penerangan tentang imam malik pula.

    ReplyDelete