WASIAT ialah pesanan, keinginan, atau kehendak terakhir seseorang yang hampir meninggal dunia yang ditujukan kepada orang-orang yang bakal ditinggalkannya. Wasiat bukanlah menyentuh hal peninggalan, harta benda sahaja tetapi juga meliputi kata-kata yang berupa amanat dan nasihat yang diberikan kepada waris untuk dipusakai dan diamalkan. Amanat dan nasihat yang diberikan dalam wasiat dapatlah diandaikan sebagai sesuatu peninggalan yang "paling ikhlas" atau "paling jujur" daripada seseorang yang hampir meninggal dunia.
TUJUAN DAN SEBAB BERWASIAT
Secara umumnya, wasiat perlu diberikan kepada sesiapa sahaja. seorang hartawan, sebelum ia meninggal dunia, perlu berwasiat kepada kaum keluarganya, atau kepada orang-orang yang terdekat dengannya, ataupun kepada orang-orang yang dipercayainya. Hal ini perlu dilakukannya demi mengelakkan berlakunya perebutan terhadap harta yang ditinggalkannya.
Walau bagaimanapun, dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, tujuan dan sebab-sebab seseorang itu berwasiat agak berbeza. Hal ini demikian kerana kebanyakan wasiat tersebut adalah dalam bentuk ungkapan kata-kata yang berunsur nasihat, pesanan, clan amanat. Wasiat itu pula diungkapkan sama ada oleh raja/sultan ataupun tokoh-tokoh pembesar kepada orang-orang yang terdekat dengannya. Tujuan dan sebab-sebab wasiat itu diturunkan dapat diperincikan seperti yang berikut:
I sebagai suatu bentuk peringatan, nasihat, dan pesanan - hal ini dapat dilihat menerusi wasiat yang disampaikan oleh Bendahara Paduka Raja kepada orang-orang yang hadir semasa beliau sakit. Beliau mengingatkan mereka supaya "... jangan kamu tukarkan agamamu dengan dunia yang tiada kekal adanya ini;...";
2 sebagai suatu arahan/perintah - wasiat ini lazimnya diluahkan oleh para pemerintah (raja/sultan) kepada para pembesar negara. Lazimnya dalam wasiat itu, pemerintah yang terbabit meminta pembesar melantik putera yang dinamakan mereka sebagai penggantinya selepas kemangkatannya kelak;
3 sebagai suatu amanah - dalam hal ini, yang dijadikan amanah ialah harta benda, termasuk anak-pinak. Sultan Maliku'sSalleh, misalnya, berwasiat kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din supaya menjaga kedua-dua puteranya - Sultan Maliku'l-Mansur dan Sultan Maliku't-Tahir. Seri Nara Diraja Tun Ali pula mengamanahkan anak-anaknya - Tun Tahir, Tun Mutahir, dan Tun Abdullah - kepada Bendahara Paduka Raja;
4 sebagai panduan untuk memerintah dan menempuh kehidupan - hampir keseluruhan isi kandungan wasiat yang disampaikan oleh pihak pemerintah kepada bakal penggantinya adalah untuk memandu mereka bersikap adil dan saksama kepada rakyat jelata.
Wasiat-wasiat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
Terdapat beberapa banyak tokoh dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Mclayu yang menyampaikan wasiat mereka. Kebanyakan wasiat itu pula diperturunkan semasa mereka gering/sakit.
1 Wasiat Sultan Maliku's-Salleh kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din (hlm. 59).
2 Wasiat Sultan Maliku't-Tahir kepada anaknya, Sultan Ahmad (hlm. 65-66).
3 Wasiat Seri Nara Diraja Tun Ali kepada Bendahara Paduka Raja (hlm. 146).
4 Wasiat Sultan Mansur Syah kepada pembesar Melaka (hlm. 171).
5 Wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya, Raja Hussain/Raja Ahmad [Sultan Alau'd-Din Riayat Syahl (hlm. 171-172).
6 Wasiat Sultan Alau'd Din Riayat Syah kepada pembesar Melaka (hlm. 186).
7 Wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada anaknya, Raja Mamad [Sultan Mahmud Syahl (hlm. 186-187).
8 Wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada anak cucu Berta para pengikutnya (him. 191).
9 Wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak kepada Sultan Mahmud Syah yang sedang memerintah Melaka pada ketika itu (hlm. 191).
10 Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada para pembesarnya (him. 187).
11 Wasiat Sultan Mahmud Syah kepada anaknya (hlm. 188).
CONTOH-CONTOH WASIAT
Wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Ahmad/ Raja Hussain
Maka Sultan Mansur Syah pun memandang kepada anakanda baginda, Raja Ahmad; maka titah baginda, "Hei anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan coati juga sudahnya; iman yang sempurna dan pekerti yang balk, itulah yang kekal disebut orang selama-lamanya. Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenamya. Makan haqu'l-adam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa taala; melainkan dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekaliannya banyak berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya, hendaklah segala yang kesakitan itu segera engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau periksa ia balk-balk, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda Nabi salla'llahu 'alaihi wa salami Kullukum ra 'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyyatihi, yakni segala kamu yang menggembala dunia lagi akan ditanyai daripada kebelaan kamu; ertinya, segala raja-raja di akhirat lagi akan ditanyai Allah subhanahu wa taala daripada segala rakyat. Sebab demikianlah, maka sebaiknyalah engkau berbuat adil dan saksama, supaya di sang jemah diringankan Allah taala kira-kiramu; clan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala orang Besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan pegawai, di mans akan dapat ia melakukan bijaksananya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpama kayu, kerana api itu tiada akan nyala jikalau tiada kayu; seperti kata Farsi: 'Ar'ayatu juan bakhasta sultan khasad', yakni rakyat itu umpama akan dan raja itu umpama pohon; jikalau tiada akan nescaya tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. Hei anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini; supaya beroleh berkat diberi Allah subhanahu wa taala, bija hin-nabi salla'llahu 'alaihi wa salam."
(hlm. 171-172)
Isi Kandungan Wasiat Sultan Mansur Syah
• CIRI-CIRI PEMERINTAH
Wasiat Sultan Mansur Syah kepada Raja Hussain/Raja Ahmad (Sultan Alauddin Riayat Syah) itu menggariskan beberapa cirri asas seorang raja atau ketua Negara menurut ukuran kenegaraan Islam. Yang berikut adalah antara ciri-ciri pemerintah yang terungkap dalam wasiat tersebut.
1 Iman yang sempurna (kesempurnaan iman) - seseorang raja harus beriman terhadap Allah s. w. t. dan sentiasa melakukan aural salih. seseorang raja yang menaiki takhta kerajaan mestilah tahu dan faham akan tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankannya. Peranan seseorang raja bukan setakat menjadi ketua kerajaan semata-mata tetapi juga memikul amanah daripada Allah s. w. t. sebagai pemimpin kepada rakyat dan negara.
2 Pekerti yang baik (perilaku mulia) - seseorang raja atau pemerintah yang memiliki pekerti yang baik, seperti mengasihi rakyatnya, menghormati pembesarnya, serta memelihara perlakuan dan tutur katanya, akan disenangi dan disayangi oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pembesar dan hamba sahaya. Dengan memiliki pekerti yang baik, mereka akan senantiasa dikenang dan disanjung oleh rakyat jelata walaupun selepas ketiadaan mereka.
3 Berbuat adil sangat-sangat (keadilan) - wasiat yang terclapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turut memberikan penekanan kepada raja-raja agar memerintah dengan adil clan saksama terhadap rakyat. Raja tidak dibenarkan melakukan perbuatan zalim terhadap rakyat.
4 Jangan engkau mengambil hak orang (amanah) - seorang raja ditegah sama sekali mengambil hak milik rakyat sesuka hatinya. Perbuatan tersebut akan menyebabkan berlakunya .penganiayaan terhadap rakyat yang lemah. Raja yang adil harus meminta kebenaran lebih dahulu sebelum mengambil atau menggunakan barang atau harta milik rakyatnya.
5 Jangan khali engkau keluar dihadap orang (bersedia menemui dan mengambil tahu hal ehwal rakyat jelata) -pemerintah merupakan tempat rakyat bergantung harap. Oleh hal yang demikian, pemerintah mestilah bersedia membantu rakyatnya yang menghadapi kesusahan. Pemerintah juga perlu menyiasat setiap dakwaan yang melibatkan rakyatnya dengan sebaik-baiknya dan seterusnya menghakiminya dengan seadiladilnya, yakni, tanpa berat sebelah atau pilih kasih. Raja-raja bertanggungjawab melantik hakim-hakim yang adil bagi menguruskan persoalan kehakiman dan undang-undang di dalam negeri.
6 Muafakat dengan segala menteri (musyawarah) - setiap pemerintah perlu bermusyawarah serta mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pegawai-pegawainya. Hal ini demikian kerana keputusan yang terhasil melalui mesyuarat lebih jitu dan tepat.