Tuesday 9 August 2011

BARZANJI

Pada dasarnya, berzanji boleh didapati dalam bentuk iaitu berzanji nathar (bentuk prosa berirama) dan bentuk puisi. Sebagai puisi tumpang, berzanji menggunakan bentuk nazam dan syair yang dilagukan. Rima akhir sesuatu rangkap atau rawi dalam bacaan berzanji ini adalah a/a/a/a, sama ada dalam ejaan asalnya (jawi) mahupun dalam terjemahan bahasa Melayu. Berzanji bertemakan keagungan Allah dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

Berzanji biasanya dilagukan untuk majlis-majlis seperti sambutan mauludur Rasul, majlis perkahwinan (ucapan untuk pasangan pengantin), majlis bercukur rambut dan majlis khatam al-Quran.

BARZANJI KELAHIRAN JUNJUNGAN
Ketika genap dua bulan Nabi di dalam kandungan ibunya,
Ayahandanya, Abdullah wafat di Madinah, negeri yang mulia,
Abdullah berziarah ke sana ke tempat bapa saudaranya,
golongan Bani ‘Adi, Qabilah Najjar ternama,
Tinggal di sana selama sepurnama, sakit derita membawa
kepada kewafatannya.
Ketika genap kandungan Aminah sembilan bulan lamanya,
Zaman gelap bertukar terang gemilang cahaya,
Pada malam kelahiran, ibu baginda didatangi oleh Asiah
dan Mariyam bersama-sama sekumpulan bidadari syurga,
Sampai masanya Aminah pun melahirkan junjungan yang mulia.

Wahai Nabi, ucap salam untukmu,
Wahai Rasul, ucap salam untukmu,
Wahai kekasih, ucap salam untukmu,
Selawat daripada Allah untukmu.

Mengambang purnama menyinari kami,
Seribu bintang pudar tak bercahaya lagi,
ndah sepertimu tak pernah kami temui,
Wahai wajah yang membawa seribu janji.

Engkaulah matabari, engkaulah purnama,
Engkaulah cahaya segala cahaya,
Engkaulah pembawa hidayah semesta,
Engkaulah pelita menyala di dada.

Wahai kekasih, wahai Muhammad,
Wahai pengantin timur dan barat,
Wahai yang berhati luhur, wahai yang berkat,
Wahai imam dua kiblat.
Sumber: Dipetik daripada terjemahan Abd. Rahman Rukaini, 1996.
Karangan Jaafar al-Barzanji, Barzanft Rangkaian Kisah Nabi Dalam Puisi Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


a.  Huraikan maksud keseluruhan puisi ini.            ( 12 markah )
b.  Jelaskan tiga gaya bahasa puisi ini.                  (  9 markah )
c.  Huraikan tema puisi ini                                       ( 4 markah )

Barzanji
Barzanji Kelahiran Junjungan (25M)
(a) Maksud keseluruhan puisi ini ialah:
Rangkap pertama
-menjelaskan bahawa ayahanda Nabi Muhammad, Abdullah meninggal dunia ketika Nabi Muhammad berusia dua bulan dalam kandungan ibu baginda. Ayahanda Nabi Muhammad meninggal dunia di Madinah
ketika menziarahi bapa saudaranya daripada golongan BaniAdi, iaitu Qabilah Najjar.
Rangkap kedua
-diceritakan bahawa ketika genap Sembilan bulan Aminah, ibunda Nabi Muhammad selamat melahirkan baginda. Ketika itu Asiah, Mariyam serta beberapa orang bidadari dari syurga turut hadir. Zaman yang mengalami kegelapan ketika itu bercahaya dengan kelahiran baginda.
Rangkap ketiga
-dijelaskan bahawa semua nabi mengucap salam kepada Nabi Muhammad. Allah juga berselawat untuk junjungan mulia, Nabi Muhammad.
Rangkap keempat
kelahiran Nabi Muhammad memberi sinar cahaya barn dan harapan kepada umat Islam. Keindahan rupa baginda tidak pernah ditemui dan mereka yakin Nabi Muhammad yang dapat memimpin mereka ke jalan yang benar.
Rangkap kelima
Nabi Muhammad diibaratkan sebagai matahari dan bulan yang akan menyinari dan membawa hidayah kepada dunia ke arah kebenaran dan agama sebenar.
Rangkap keenam
-Nabi Muhammad merupakan nabi yang disanjungi oleh umat Islam seluruh dunia.                                           (12M)


(b) Tiga gaya bahasa dalam puisi ini ialah:

(i)              Sinkof - terdapat penggunaan gaya bahasa sinkof atau bahasa singkatan dalam puisi ini iaitu `tak' yang berasal daripada perkataan `tidak'.
Seribu bintang pudar tak bercahaya lagi (3M)

(ii)             Penggunaan bahasa Arab - terdapat peng­gunaan bahasa Arab seperti ' hidayah' dan `kiblat'.
Engkaulah pembawa hidayah semesta    (3M)

( iii) Perulangan - terdapat perulangan anaphora dan epifora iaitu:

Wahai Nabi, ucap salam untukmu Wahai Rasul, ucap salam untukmu     (3M)

(C) Tema puisi ini ialah pujian-pujian ke atas Nabi Muhammad s.a.w.. Tema ini dikaitkan dengan saranan agar kita mengingati Rasulullah dengan cara berselawat dan menghayati sejarah hidup baginda. (4M)

No comments:

Post a Comment