LEGENDA ialah cerita yang mengisahkan kebesaran dan keistimewaan seseorang tokoh yang diyakini kewujudannya oleh masyarakat. Cerita tersebut sering kali dibuat secara berlebih-lebihan dan melampaui kelaziman yang biasa dimiliki oleh seseorang manusia. Cerita-cerita tentang tokoh legenda ini juga bercampur aduk antara unsur Sejarah dengan unsur fantasi. Tokoh-tokoh legenda itu biasanya menjadi kemegahan dan kebanggaan sesuatu bangsa.
Tokoh-tokoh legenda biasanya ditandai oleh beberapa ciri. Antara ciri utama tersebut termasuklah:
1 mereka memiliki rupa paras yang kacak dan tampan, berperibadi mulia, dan bijaksana. Ketampanan, kemuliaan, dan kebijaksanaan mereka dikagumi dan disenangi oleh setiap orang;
2 mereka memiliki ilmu kepahlawanan, cekap bermain senjata, gagah dan perkasa, serta berani. Kehebatan mereka selalunya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pahlawan sekalipun;
3 mereka memiliki ilmu kesaktian ataupun ilmu hikmat yang membantu mereka dalam apa-apa juga keadaan semasa berjuang;
4 mereka, taat dan setia kepada keluarga dan raja. Ketaatan dan kesetiaan mereka begitu luhur clan suci;
5 mereka memiliki keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia biasa.
Berdasar pada hakikat tersebut, dapat ditemukan perbezaan yang ketara antara legenda dengan mitos. Legenda lebih berpijak di bumi nyata, yakni tokoh yang dipusatkan 'lazimnya memang pernah hidup (diyakini kewujudannya) dan tokoh itu banyak jasanya. Mereka disenangi dan menjadi sebut-sebutan (idola) masyarakat dan lantaran itu, perwatakan mereka telah ditokok tambah oleh masyarakat, malah sikap, pemikiran, dan tindakan mereka, dijadikan ikut-ikutan oleh kelompok tertentu. Hal ini berbeza dengan mitos yang ceritanya merupakan imaginasi pengarang atau kelompok masyarakat tertentu.
CONTOH-CONTOH LEGENDA
Laksamana Hang Tuah
Kewajaran Laksamana Hang Tuah sebagai Legenda
Hang Tuah ialah salah satu legenda Melayu yang menonjol dalam teks. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Tokoh ini dipercayai memang pernah hidup di Melaka pada mass dahulu. Yang menjadikan Hang Tuah tergolong sebagai legenda Melayu adalah kerana beliau memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan, sama ada fizikalnya mahupun mentalnya. Keistimewaan beliau yang paling ketara ialah kepahlawanan dan kegagahan yang dimilikinya. Beliau juga merupakan lambang kesetiaan masyarakat Melayu terhadap raja - bersedia menabur jasa dan bakti demi memelihara kebesaran dan kedaulatan raja Melayu.
Legenda Hang Tuah terakam dalam sebuah hikayat Melayu yang masyhur, iaitu Hikayat Hang Tuah. Walau bagaimanapun, kisah yang terdapat dalam hikayat tersebut mempunyai beberapa perbezaan dengan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini.
Latar Belakang Laksamana Hang Tuah
Cerita tentang Hang Tuah dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu bermula pada halaman 103. Beliau dikatakan berasal dari Mengkasar, Sulawesi. Nama sebenarnya ialah Daeng Mempawah, anak raja Bajung yang telah pun meninggal dunia. Beliau menetap di Melaka setelah dianugerahkan oleh raja di Goa (Mengkasar) kepada Sultan Mansur. Pada waktu itu, umurnya baru dua belas tahun. Sultan Mansur Syahlah yang menukarkan namanya, daripada Daeng Mempawah kepada Hang Tuah. Beliau menjadi hulubalang utama kepada beberapa orang sultan Melaka dan diberi gelaran "Laksamana" oleh Sultan Mansur. Sepanjang menjadi hulubalang Melaka, beliau beberapa kali terlibat dalam peperangan, antaranya dengan Siam, Haru, dan beberapa negeri lain serta pernah menjadi utusan ke Siak, Pahang, dan lain-lain.
Hang Tuah mempunyai dua orang isteri dan lima orang anak. Isteri beliau yang pertama ialah saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok. Dengan isteri pertamanya itu, beliau memperoleh tiga orang anak - Tun Sirah, Tun Biajid, dan Tun Daerah. Tun Daerah kahwini oleh Sultan Mahmud Syah dan mereka dikurniai seorang puteri yang diberi nama Raja Dewi. Isteri beliau yang kedua adalah daripada keluarga Bendahara Paduka Raja. Dengan isteri keduanya itu, beliau dikurniai dua orang anak - Sang Guna dan Tun Emas Jiwa. Tun Emas Jiwa dijodohkan oleh Hang Tuah dengan Hang Nadim.
Hang Tuah pernah dihukum bunuh oleh Sultan Mansur Syah atas tuduhan bermukah dengan salah seorang pekerja istana. Walau bagaimanapun, beliau terselamat daripada hukuman itu sebagai hasil pertolongan Seri Nara Diraja yang menyembunyikan dan memenjarakan beliau di sebuah dusun. Hang Tuah meninggal dunia semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan dikebumikan di Tanjung Keling.
Bukti Hang Tuah sebagai Legenda
· KEPAHLAWANAN DAN KEBERANIAN
Kegagahan dan keberanian Hang Tuah telah digambarkan secara langsung sejak awal lagi. Pada usia semuda dua belas tahun, beliau telah berjaya membunuh dua orang yang mengamuk di negeri asalnya (Mengkasar). Di Melaka, beliau telah membunuh 74 orang yang mengamuk. Semasa mengikuti rombongan peminangan sultan Melaka ke Majapahit, beliau beberapa kali memperlihatkan kepahlawanannya. Antaranya, beliau telah dapat memangkas ratusan tombak pahlawan Majapahit yang cuba menahannya daripada menaiki balai larangan betara Majapahit. Kepahlawanan beliau juga terlihat menerusi beberapa siri peperangan yang melibatkan beliau selaku pemimpin. Dalam peperangan menentang Semerluki dan Haru, beliau berjaya mengusir kedua-dua angkatan tentera itu dari perairan Melaka.
· KESETIAAN
Kesetiaan Hang Tuah terhadap raja dan negara memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Beliau senantiasa mentaati perintah raja yang sesetengahnya tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Penderhakaan Hang Jebat adalah salah satu daripadanya. Dalam peristiwa itu, tidak ada seorang pun yang dapat mengusir Hang Jebat daripada istana. Apabila Sultan Mansur Syah menitahkan Hang Tuah supaya membunuh Hang Jebat, beliau tidak menolak langsung perintah itu walaupun orang yang bakal dibunuhnya itu adalah sahabat karibnya sendiri. Beliau seterusnya berjaya membunuh Hang Jebat. Begitu juga halnya dengan kerelaannya untuk mengeluarkan kuda raja daripada takungan najis. Demi kesetiaannya kepada raja, beliau telah mengesampingkan rasa jijik dan berjaya melepaskan kuda itu. seterusnya, kesetiaan beliau diperlihatkan menerusi kesediaannya menyertai rombongan peminangan ke Gunung Ledang bagi memenuhi keinginan I'luar biasa" Sultan Mahmud Syah yang bercita-cita untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang.
· KETAMPANAN DAN KEELOKAN RUPA PARAS
Ketampanan beliau digilai oleh gadis dan wanita Majapahit dan banyak menimbulkan kekecohan di mana-mana sahaja beliau pergi. Malah, ada wanita yang dalam pelukan suami meleraikan pelukan mereka semata-mata hendak menatap Hang Tuah.
· KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTARAN
Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah semasa beliau menentang seorang lelaki Jawa yang mengamuk di Melaka. Dalam peristiwa itu, lelaki Jawa tersebut membawa golok sebagai senjata. Oleh sebab Hang Tuah lebih mahir berdepan dengan orang yang menggunakan keris, beliau terus mencicirkan kerisnya lalu dipungut oleh lelaki itu. sebagai hasil daripada kebijaksanaannya itu, beliau berjaya menewaskan lelaki Jawa itu dengan mudah.
Raja Iskandar Zul-Karnain
Kewajaran Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh legenda yang tidak kurang pentingnya dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Hal ini demikian kerana Raja Iskandar Zul-Karnain merupakan salah seorang tokoh besar dalam sastera Melayu. Walaupun baginda tidak digolongkan sebagai tokoh legenda tempatan (kerana kisah-kisah tentang baginda disadur daripada sastera Arab atau Arab-Parsi), namun cerita tentang baginda telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat Melayu semenjak kedatangan Islam dahulu.
Pemerihalan tentang raja ini ditonjolkan oleh pengarang pada awal bab lagi. Pengarang secara langsung telah memerihalkan insan yang bernama Iskandar Zul-Karnain ini, khususnya tentang asal keturunannya, bangsa, negeri dan gelarannya. Baginda telah berperang dengan Raja Kida Hindi dan gambaran tentang peperangan ini, menurut pengarang "terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar itu". Hal ini bermakna, sebagaimana legenda Hang Tuah yang terakam dalam hikayatnya sendiri -Hikayat Hang Tuah - kisah tentang Raja Iskandar Zul-Karnain juga ada terakam dalam hikayatnya sendiri yang memungkinkan baginda tergolong sebagai tokoh legenda.
Latar Belakang Raja Iskandar Zul-Karnain
Pemerihalan tentang ketokohan Iskandar Zul-Karnain bermula pada halaman 4. Nama baginda ialah Iskandar; Zul-Karnain ialah gelarannya. Baginda merupakan anak raja Darab dan berbangsa Rom Berta memerintah Makaduniah (Macedonia). Kemunculan baginda di dunia sebelah Timur ini bermula dengan keinginannya untuk "berjalan hendak melihat matahari terbit". Keinginannya itL telah membawanya tiba di suatu kawasan di negeri Hindi tetap kehadiran baginda telah disambut dengan serangan oleh pihak Raja Kida Hindi. Raja Iskandar membalas serangan itu dan beroleh kemenangan. Baginda telah mengislamkan Raja Kida Hindi dan seterusnya menjadi menantu raja itu setelah berkahwin dengan puterinya yang bernama Puteri Syahrul-Bariyah. Perkahwinan itu disempurnakan oleh Nabi Khidir a. s. dan melalui perkahwinan itu lahirlah seorang putera yang dinamai Aristun Syah. Raja Iskandar Zul-Karnain telah pulang ke Makaduniah semula dan meninggalkan isterinya pada Raja Kida Hindi atas permintaan Raja Kida Hindi sendiri. Selepas kemangkatan Raja Kida Hindi, Raja Aristun Syah dan keturunannyalah yang memerintah negeri Hindi.
Bukti Raja Iskandar Zul-Karnain sebagai Legenda
· KEPAHLAWANAN DAN KEHEBATAN
Kepahlawanan Raja Iskandar terlihat semasa bala tenteranyo menentang angkatan tentera Raja Kida Hindi. Bala tenterz pimpinan baginda dapat mengalahkan Raja Kida Hindi dengar mudah, menangkap raja itu hidup-hidup lalu mengislamkannya, dan seterusnya menjadikan negeri Hindi berada di bawah kekuasaannya. seterusnya, baginda memberikan persalinar kepada Raja Kida Hindi dan menyuruh raja itu kembali ke negerinya semula. Kehebatan Raja Iskandar mengagumkan Raja Kida Hindi sehingga baginda terdorong untuk menjodohkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar. Malah lamaran untuk majlis perkahwinan itu datang daripada pihak perempuan (Raja Kida Hindi), bukan daripada kehendak Raja Iskandar Zul-Karnain sendiri. Yang melamarnya ialah Nabi Khidir a. s. Begitulah hebatnya insan yang bernama, Iskandar Zul-Karnain itu.
· KEAGUNGAN DAN KEBESARAN
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain begit menonjol dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini. Raja Kida Hindi sendiri, misalnya, menyedari keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain dan oleh sebab itulah baginda Segera bermuafakat dengan perdana menterinya untuk mengahwinkan puterinya - Puteri Syahrul-Bariyah - dengan Raja Iskandar Zu Karnain yang agung itu. Hal ini dilakukannya demi kelangsungan pemerintahannya di samping untuk beroleh zuriat daripada raja yang agung itu bagi memerintah negeri Hindi nanti.
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat menerusi upacara perkahwinannya kerana yang menyempurnakan majlis itu ialah Nabi Khidir a.s yang juga bertindak sebagai wali bagi pihak Raja Kida Hindi). Malah, Nabi Khidir a.s. sendiri mengesahkan keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain melalui peringatan yang disampaikannya kepada Raja Kida Hindi:
... "ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Taala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina."... (hlm. 5)
Seterusnya, keagungan dan kebesaran baginda terlihat menerusi perlakuan dan ucapan balas Raja Kida Hindi sendiri Setelah mendengar kata-kata Nabi Khidir a. s.:
... tatkala didengar oleh Raja Kida Hindi kata Nabi Khidir demikian itu, maka ia pun segera turun dari atas kerusi, lalu berdiri di tanah seraya ia menyembah pada Raja Iskandar, dan berkata ia: "Bahawa ketahui oleh tuanku, ya Nabi Allah, dan segala tuan-tuan yang ada hadir; bahawa hamba ini dengan sesungguhnya hamba kepada Raja Iskandar, dan anak hamba sekalian pun hamba juga ke bawah duli baginda itu, seperti sahaya yang mengerjakan dia seorang, dua orang itu.... (hlm. 6)
Keagungan dan kebesaran Raja Iskandar Zul-Karnain juga dapat dilihat sewaktu baginda dikahwinkan. Pada waktu itu, semua pembesar bangun memberikan penghormatan, malah mereka menaburkan emas perak dan permata ratna mutu manikam ke kaki Raja Iskandar sehingga "seperti busut dua tiga timbunannya".
· KEKAYAAN DAN KEMURAHAN HATI
Sebagai raja yang agung, Sultan Iskandar Zul-Karnain memiliki kekayaan yang melimpah-ruah. Baginda tidak tamak akan kemewahan yang dimilikinya. Baginda telah menganugerahi Puteri Syahrul-Bariyah pakaian kerajaan yang "tiada-terperi lagi banyaknya". Baginda juga telah menganugerahi semua raja yang ada semasa majlis perkahwinannya dengan pakaian yang elok-elok yang bertatahkan ratna mutu manikam dan tiga buah perbendaharaan yang terbuka. Baginda juga menganugerahi bapa mentuanya (Raja Kida Hindi) seratus cembul emas berisi permata, ratna mutu manikam, clan harta benda yang elok-elok. Tidak cukup dengan itu, baginda turut menganugerahkan seratus ekor kuda.
KEBIJAKSANAAN DAN KEPINTGARAN
Raja Iskandar Zuklkarnain merupakan raja dan pemimpin perang (penakluk) Islam yang dihormati dan ditakuti di seluruh dunia. Baginda dihormati bukan sahaja oleh keberanian dan kepahlawanannya, tetapi juga oleh kebijaksanaan dan kepintarannya. Baginda begitu pintar dalam mengatur strategi perkembangan Islam. Perkara ini dibuktikan baginda melalui tinclakannya menangkap Raja Kida Hindi hidup-hidup dan kemudiannya mengislamkan baginda. Baginda kemudiannya mengambil hati Raja Kida Hindi dengan mempersalini Raja Kida Hindi seperti pakaian dirinya dan seterusnya menyuruh raja itu pulang ke negerinya. Langkah bijak yang diambil baginda memungkinkan Raja Kida Hindi yang menguasai setengah negeri Hindi itu akan memerintahkan rakyatnya menganut Islam dan seterusnya membolehkan Islam bertapak di India (Hindi).
No comments:
Post a Comment