Friday, 5 August 2011

CERITA BINATANG

CERITA BINATANG
Definisi :
 Sejenis cerita rakyat dalam sastera lisan / sastera rakyat   Melayu
Disebut juga cerita Mergastua
Watak binatang ini dapat bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusia
Dalam cerita binatang, watak manusia hanya sebagai pemburu atau orang yang bodoh, diperdayakan oleh binatang.

CIRI-CIRI CERITA BINATANG :
i. Watak-watak dalam cerita binatang ialah binatang. Contoh di dalam cerita Hikayat Sang Kancil, wataknya ialah Sang Kancil dan binatang-binatang yang lain.

ii. Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang tidak ada bezanya dengan kisah kehidupan manusia. Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Sang Kancil memainkan peranan tertentu, seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang berhutang.

iii. Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia. Contohnya Sang Kancil berupaya menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki kerbau yang digigit oleh buaya.

iv. Watak manusia tidak dipentingkan, hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia yang dapat diperdayakan oleh binatang.

JENIS CERITA BINATANG :

 a.       Epos Binatang.


Beast epik iaitu seekor binatang yang memegang watak utama sebagai hero. Contoh cerita Hikayat Pelanduk Jenaka, watak uatamanya ialah seekor pelanduk yang memainkan peranan-peranan tertentu.
Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih besar daripadanya.


b.        Cerita Asal Usul Binatang
 


Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing, kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi.
Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang, mengapa terjadi sesuatu kepada binatang tertentu. Contoh : kenapa kerbau tiada bergigi di atas, mengapa puyuh tiada berekor, kenapa ular sawa hilang bisanya.  
c.         Cerita Sambut-bersambut

Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik.

d.       Cerita Binatang Fables / teladan

Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiran terhadap tingkah laku manusia.Bercorak dongeng / fable iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia, contoh seperti kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang

Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar(gajah,harimau,buaya,kerbau)manusiakecil(kura-kura,semut,agas-agas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk) dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri.
  

FUNGSI CERITA BINATANG :


i. Sebagai hiburan : cerita yang melucukan seperti binatang yang kecil dapat memperdayakan binatang yang lebih besar. Contoh harimau diperdayakan oleh sang kancil dengan menyuruhnya menukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman

ii. Sebagai pengajaran (unsur didaktik) : Pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya sang kancil dapat menyeberangi sungai dengan menyuruh buaya berbaris kerana diminta oleh Nabi Sulaiman untuk membilang jumlah buaya di dalam sungai.

CONTOH-CONTOH CERITA BINATANG :

a. Hikayat Pelanduk Jenaka
b. Hiakayat Sang Kancil

HIKAYAT SANG KANCIL

Menggambarkan kecerdikan atau kepntaran Sang Kancil melalui tiga peranan iaitu :

a. memperdayakan atau mengalahkan binatang yang lebih besar dan kuat

b. menjadi hakim dengan memberikan keputusan yang adil lagi bijaksana

c. Di samping itu, diperlihatkan juga bahawa Sang Kancil ada masanya tertipu atau dapat dikalahkan oleh binatang yang lebih kecil atau lemah.

 i. Peranan Sang Kancil sebagai watak binatang yang cerdik digambarkan mengenai kejayaannya melepaskan atau menyelamatkan diri ketika menghadapi kesulitan seperti dalam cerita “Sang Kancil memperdayakan gajah”, “Sang Kancil memperdayakan harimau” dan “ Sang Kancil memperdayakan buaya”.

Contoh : Sang Kancil memperdaya harimau memukul sarang tebuan yang dikatakan gong Nabi Sulaiman.
ii. Peranan Sang Kancil menjadi hakim pula selalunya digambarkan dalam peristiwa menyelesaikan perselisihan faham atau pergaduhan antara dua pihak seperti “Sang Kancil menghakimkan perselisihan peminjam dengan tuan punya beliung”, “Sang Kancil menghakimkan dakwaan seorang saudagar terhadap dua orang anak jirannya”, Sang Kancil menghakimkan seorang yang berhutang.

Contoh : Sang Kancil menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung yang dipinjamkannya. Dikatakan sudah habis dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu dan menyatakan kepada Nabi Sulaiman bahawa sewaktu hendak mandi, sungai telah terbakar, jadi badannya penuh dengan abu. Nabi Sulaiman tidak mempercayainya. Sang Kancil bertanya pula bagaimana Nabi Sulaiman dapat mempercayai kata-kata si peminjam tersebut yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.

iii. Peranan Sang Kancil sebagai seekor binatang yang dapat diperdayakan oleh binatang yang lebih kecil atau binatang yang lain seperti dalam cerita Sang Kancil diklahkan oleh siput dalam satu perlumbaan dan Sang Kancil ditipu oleh bangau.

Contoh : Melalui cerita Sang Kancil ditipu oleh bangau, digambarkan Sang Kancil berlawan dengan bangau menyeberangi sungai di atas kerak nasi. Apabila kerak nasi itu hancur, Sang Kancil tenggelam tetapi bangau dapat terbang.

* Tiga peranan Sang Kancil di atas, di samping dapat memberi hiburan, juga mempunyai ciri didaktik iaitu memberi pengajaran kepada manusia supaya menggunakan akal fikiran dalam menghadapi hidup.

KUPASAN CERITA BINATANG. 

Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak
Anjing dan bayang-bayang.
Melalui cerita ini,pada suatu hari watak utamanya,seekor anjing telah terjumpa seketul tulang. Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di dalam sungai itu menggongong tulang juga,anjing itu berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu sedangkan  anjing itu refleksi bayang-bayangnya sendiri. Apabila anjing itu membuka mulut,maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke dalam sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai kenikmatan yang ada pada tulang yang digonggongnya,malahan memperolehi kerugian.

 Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur:-
Helang dengan Ayam.
Melalui cerita ini, Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah sebebnya Si Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini,Si Ayam diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai manusia pedendam yang tidak mahu memaafkan kesalahan temannya.  








No comments:

Post a Comment