Monday, 8 August 2011

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT - KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN

KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN
Persoalan keagamaan pula dapat dilihat melalui penghasilan kesusasteraan pengaruh Islam. Menurut R.O. Winstedt, terdapat beberapa kategori kesusasteraan Melayu lama yang menerma pengaruh Islam. Antaranya sastera Melayu lama tentang legenda Islam, centa-centa berbingkai, sastera bercorak kitab falsafah Islam, kitab bercorak ketatanegaraan, dan puisi pengaruh Islam.
Cerita-cerita Legenda Islam
Melalui cerita-cerita legenda Islam tema kepahlawanan, kegagahan, dan keluarbiasaan tokoh-tokoh pahlawan Islam ditonjolkan. Tokoh pahlawan Islam ini menjadi kebanggaan masyarakat Islam di samping berperanan dalam penyebaran agama Islam serta menentang musuh-musuh Islam. Misalnya watak dalam Hikayat Amir Hamzah, watak utamanya Amir Hamzah dianggap tokoh legenda yang memiliki kehandalan, kegagahan, dan kepahlawanan yang luar biasa. Kepahlawanannya tergambar sejak masih kecil lagi sehinggaIah dewasanya dia bersama-sama menyertai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjuangan menegakkan agama Islam.
Tema cerita cerita mengenai Nabl Muhammad s.a.w. pula adalah tentang riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan mellputi perlstiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar hidup baginda. Misalnya dalam Hikayat Bulan Berbelah atau Hikayat Mukjizat Nabi, temanya adalah tentang keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. melalui mukjizat yang dimiliki oleh baginda.

Kitab-kitab Tasawwuf atau Falsafah
Manakala corak kesusasteraan kitab-kitab tasawuf atau falsafah pula membicarakan persoalan tentang agama Islam yang sebenar yakni tentang hubungan manusia dengan penciptanya seperti Syair Perahu, Syair Dagang karya Hamzah Fansuri.  Penghasilan kitab-kitab juga membicarakan dari segi tauhid, fikah, mantik, dan buku-buku agama yang berbentuk pengajaran. Manakala buku atau kitab yang berbentuk pengetahuan mengenai asas-asas Islam adalah seperti Rukun Iman, Rukun Islam. Sejarah Berkenaan dengan Islam. Kitab Seribu Masalah, dan sebagainya.
Puisi-puisi
Puisi-puisi Melayu lama juga membawa persoalan keagamaan dan kepercayaan terutama melalui pantun-­pantun keagamaan, mantera, dan puisi-puisi yang berasal danpada Arab dan Parsi. Puisi- puisi dari Arab seperti syair, nazam, qit'ah, ghazal, dan berzanji rnerupakan puisi-puisi yang mengungkapkan persoalan keagamaan dan kepercayaan. Manakala rubai dan masnawi adalah puisi yang berasal dari Parsi. Misalnya Syair Ghafilah yang mengandungi 320 bait, temanya membicarakan persoalan iman. Islam, tauhid, dan makrifat. Syair ini bertujuan membetulkan akidah Islam terutama bagi penganut Islam di negeri Pahang.

     Syair-syair yang bercorak keagamaan sering juga disebut sebagai syair-syair didaktik dengan maksud hendak memberi pengajaran moral atau mengajar.  Syair-syair ini juga mengandungi renungan yang dalam dan benar dan memberi nasihat yang berfaedah. Contoh syair jenis ini ialah Syair Burung. Syair Makrifat Asallat. Syair Hari Kiamat. dan Syair Azab dalam Neraka. Dalam Syair Perahu karya Hamzah Fansuri, penulisnya menyamakan manusia dengan perahu yang sedang belayar dalam lautan. Oleh sebab pelayaran itu penuh dengan bahaya, sekalian yang ada di dalam perahu itu perlu berada dalam keadaan yang sempurna. Perahu ini mesti dimuatkan dengan bekalan yang cukup, iaitu dilengkapl dengan iman dan kepercayaan kepada Allah.

Manakala nazam yang berjudul Nazam Kanz a-'Ula yang digubah oleh Sayid Muhammad bin Zainal Abidin mengemukakan tema keagamaan iaitu tentang Nabi Muhammad yang bermula dengan kedudukan keturunan, kelahiran, keistimewaan, penyusuan, keyatlman, dan pemeliharaan oleh nenda baginda Abdul Muttalib dan bapa saudara baginda Abu Talib. Turut dinazamkan tentang perniagaan dan perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah,pelantikan baginda menjadi Rasul, Rasulullah menyebarkan agama Islam di Makkah, dan hijrah baginda ke Habsyah dan ke Madinah dalam menyebarkan ajaran agama Islam.
Nazam Kanz al-ula
Dengan nama Tuhanku Allah jua kumula
akan nazamku ini dengan tolongnya ia
Allah juga kupuji dengan lidah dan hati
Atas nikmatnya atasku dan lainku pula
Dan atas bangkitnya akan Rasul yang mulia
Dengan menunjuk kita bagi jalan bahagia
Dan selawat dan salamnya turun kedua.
Puisi-puisi yang membicarakan tentang aspek kepercayaan masyarakat Melayu lama pula dapat dilihat melalui mantera. Mantera sebagai puisi bebas dimaksudkan merangkumi apa yang diistilahkan sebagai jampi dan serapah yang dijangkakan salah satu bentuk puisi Melayu terawal.  la adalah pengucapan dalam bentuk puisi atau prosa yang mengandungi tujuan dan konotasi magis, pengubatan, dan perbomohan. Secara halus jampi mempunyai sedikit perbezaan daripada serapah. Jampi mempunyai unsur-unsur agama. Contohnya:
Pendinding
Allah kan payungku!
Nabi Muhammad mimbarku!
Raja Jibrail di kananku!
Israfil di kiriku!
Rasul Allah di hadapanku!
Turun malaikat yang berempat!
Terkunci terkancing pintu bahayaku!
Turun malaikat yang berempat
Kau jadi pagar badanku
                           Kain asadasan asadusin
                           Astabarukin kan ganti tudungku
                                  Terlindunglah diriku di dalam kalimah la-ilaha-ilallah

No comments:

Post a Comment