Monday, 8 August 2011

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT - GAMBARAN MASYARAKAT

GAMBARAN MASYARAKAT
Karya sastera adalah gambaran masyarakatnya, kerana hubungan yang erat antara karya sastera dengan pengarangnya, dan hubungan pengarang dengan masyarakat yang melahirkan karya sastera itu. Proses kepengarangan pengarang. berhubung rapat dengan pengalamannya dalam masyarakat dan persekitarannya.
Gambaran masyarakat dalam karya sastera Melayu tradisional, secara ekstrinsik dapat dilihat melalui aspek­-aspek berikut:
Pandangan Hidup (World-View)
Pandangan hidup masyarakat yang dapat dilihat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional ialah seperti berikut:
a      Konsep Wira dan Wirawati
Konsep ini dapat dilihat gambarannya dalam cerita-cerita panji. lsi cerita panji berkisar dalam kehidupan, pengembaraan. dan penyamaran watak wira dan wirawatinya..
b     Konsep Hukum Karma
Hukum karma adalah gambaran konsep masyarakat Melayu tradisional yang percaya bahawa setiap perbuatan manusia akan mendapat balasan yang setimpal, seperti buat balk dibalas balk dan perbuatan jahat pula akan mendapat pembalasan atau hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukan. Konsep ini dapat dilihat
Dalam cerita-cerita sastera rakyat.
c.    Konsep Takdir
Konsep takdir yang ditentukan oleh kuasa yang agung iaitu tuhan ini digambarkan dalam sastera hikayat. Gambaran konsep ini menjelaskan kepercayaan masyarakat Melayu tradisional kepada ketentuan takdir dalam kehidupan manusia, yang hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi tidak berdaya melawan takdir yang ditentulkan tuhan.

GAMBARAN KEMANUSIAAN
Gambaran sifat-sifat kemanusiaan dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada tingkah laku watak, pemikiran dan sikap watak dalam karya-karya yang dikaji. Gambaran kemanusiaan ini tidak terbatas kepada hubungan sesama manusia sahaja, tetapi juga dalam konteks hubungan manusia dengan alam dan makhluk-­makhluk yang lain. Sifat-sifat kemanusiaan ini dilihat sama ada daripada aspek fizikal ataupun mental, yang dikaitkan dengan nilai-nilai balk dan buruk yang dilakukan oleh manusia seperti nilai sumpahan, pengorbanan, kesetiaan, dan sebagainya.

Gambaran Kemasyarakatan
Gambaran kemasyarakatan memang banyak terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional, sama ada dalam genre prosa mahupun dalam genre puisi. Antara gambaran kemasyarakatan yang paling menonjol ialah seperti berikut:
a. Adat istiadat
b. Institusi social
c. Nilai dan sikap masyarakat
d. Susun lapis sosial
e. Pekerjaan dan ekonomi

No comments:

Post a Comment