Friday, 5 August 2011

Unsur Pengembaraan Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

UNSUR PENGEMBARAAN
I. Episod / Peristiwa Pengembaraan
Perbincangan Dari Segi;
1. Watak Terlibat
2. Sebab-sebab Mengembara
3. Tempat yang Dituju
4. Peristiwa-peristiwa
5. Kesan

Antara beberapa peristiwa pengembaraan dalam Sulalatus Salatin ialah;

1.              Pengembaraan Raja Iskandar ZulKarnain ke negeri matahari terbit.
2.             Pengembaraan Raja Suran ke Temasik dan ke negeri bawah laut.
3.             Pengembaraan putera Raja Suran dari negeri bawah laut ke Bukit Si Guntang Mahameru.
4.             Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan Temasik.
5.             Pengembaraan Raja Iskandar Syah dari Singapura ke Muar terus ke Bertam.
6.             Pengembaraan Tun Perpatih Putih (sebagai utusan)  ke negeri China.
7.             Pengembaraan Tun Mamad ke Puncak Gunung Ledang.
'
8.             Pengembaraan Hang Nadim ke Benua Keling  (sebagai utusan Melaka).


CONTOH HURAIAN PERISTIWA PENGEMBARAAN.

1. Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah mengembara keTimur (Negeri Matahari Terbit).

- Dalam pengembaraan berjaya menakluki negeri Hindi dan mengislamkan Raja Kida Hindi. Berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah dengan diwalikan oleh Nabi Khidir.
-Keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain mewarisi kerajaan Kida Hindi.
- daripada keturunan ini juga terus kepada beberapa keturunan hinggalah sampai kepada Raja Suran.

2. Pengembaraan Raja Suran ke Temasik dan ke Negeri Bawah Laut.

- Raja Suran telah mengembara daripada negeri-negeri di utara terus ke Langgiu dan sampai ke Temasik. Kemudian meneruskan perjalanan/ pelayaran untuk menyerang negeri China. Rancangan dibatalkan setelah mendapat tahu bahawa negeri China terlalu jauh (helah pembesar China).
- Raja Suran bercadang mengembara turun ke dalam laut.
- Turun ke dalam laut melalui peti kaca, berpesawat dari dalam.
 Dapat melihat pemandangan di alam lautan.
- Sampai ke negeri Dika. Raja negeri DiKa bernama Aktabu'l-Ard.
Berkahwindenganputeri Mahtabu'l-Bahri.
 Hasil perkahwinan dapat tiga orang putera:
- Nila Pahlawan
- Krisyna Pandita
- Nila Utama
- Sebelum Raja Suran balik ke Benua Keling berpesan kepada isterinya agar hantar ketiga-tiga putera ke dunia apabila mereka dewasa. Dari sinilah asalnya disusur galur keturunan Raja-raja Melayu Melaka.
  
3. Pengembaraan putera-putera Raja Suran ke Bukit Si Guntang Mahameru.

- Putera-putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama menaiki lembu putih daripada dalam laut ke kawasan perhumaan Wan Empuk dan Wan Malini. Ketibaan ketiga-tiga orang putera Raja Suran menjadikan padi bertukar jadi emas, batangnya jadi perak dan daunnya jadi tembaga suasa.
- Wan Empuk dan Wan Malini dua beradik itu jadi kaya raya.
- Lembu kenaikan mereka muntah, keluar seorang budak lelaki, diberi nama Batala. Seri Teri Buana kahwin dengan ramai gadis, kesemua jadi kedal. Kahwin dengan Raden Ratna Cendera Puri, puteri Raja Palembang tidak kedal dan dilantik jadi Raja Palembang.

4. Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan Temasik.

- Semasa menyeberang ke Temasik, kapal Seri Teri Buana dipukul ribut taufan. Anak-anak kapal telah berusaha membuang muatan dalam kapal termasuk harta benda tapi tidak berhasil.
- Apabila dibuang mahkota ke dalam laut, barulah ribut berhenti.
- Sampai di daratan, jumpa binatang seperti singa. Besar sedikit daripada kambing randuk.
- Bulu warna perang. Sifatnya tangkas. Dikenali dengan nama singa. Seri Teri Buana buka Singapura ->• beri nama sempena nama binatang ->• Singapura.

5. Pengembaraan Raja Iskandar Syah dari Singapura ke Muar terus ke Bertam-

- Raja Iskandar Syah (Raja Singapura) terpaksa lari dari Singapura menyelamatkan diri daripada ditawan angkatan Majapahit.
- Sepanjang perjalanan baginda dari satu tempat ke satu tempat berlaku kejadian ajaib dan aneh.
- Sampai ke satu tempat, menemui timbunan bangkai biawak -> dinamakan sebagai biawak busuk.
- Sampai di satu kota, mendapati kota itu bertukar menjadi buruk apabila tiba waktu malam ->• dinamakan sebagai Kota Buruk.
- Sampai di suatu anak sungai, Raja Iskandar Syah berehat di bawah sebatang pokok. Ketika ini baginda melihat kejadian aneh iaitu anjing perburuan ditendang oleh seekor pelanduk putlh hingga jatuh ke sungai.
- Raja Iskandar Syah kagum melihat keberanian pelanduk putih. Baginda membuat tafsiran tentang kejadian aneh itu sebagai suatu petanda baik jika sekiranya tempat berlaku kejadian itu dibuka dan dijadikan negeri.
- Tempat berlaku kejadian aneh dibuka, diberi nama "Melaka" sempena pohon tempat baginda bersandar ketika meihat kejadian ajaib itu.

6. Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke negeri China dan pengembaraan Menteri Jana Putera dan Tun Telanai ke negeri China.

- Tun Perpatih Putih dilantik sebagai utusan kerajaan Melaka ke negeri China.
- PerjalananTun Perpatih Putih tidak menghadapi sebarang masalah. Rombongan Melaka selamat sampai ke negeri China dengan membawa sagu rendang sarat sebuah pilau.
- Beberapa peristiwa "lucu" berlaku sewaktu rombongan berada di negeri tersebut yang menunjukkan kelebihan serta kebijaksanaan orang-orang Melaka mengatasi rakyat China.

- Rombongan Melaka diketuai oleh Menteri Jana Putera dan Tun Telanai bertujuan membawa surat sembah Raja Melaka kepada Maharaja China.
- Sultan Melaka bersetuju menghantar surat sembah kepada Maharaja China setelah menjadi menantu Maharaja China.
- Pelayaran ke negeri China mengalami sedikit masalah. Kapal angkatan Melaka bias ke Brunei. Raja Brunei bertanyakan Menteri Jana Putera –
• sama ada raja Melaka mengirim sembah kepada Maharaja China?
- Utusan Melaka memberi alasan mengatakan bahawa yang berkirim salam itu ialah rakyat jelata bukannya baginda sultan.

- Maharaja China menerima sembah sultan Melaka –
mendapat penyakit kedal (gatal-gatal) - tabib memberitahu ubatnya "dengan meminum air basuh kaki raja Melaka dan disapu di muka."

7. Pengembaraan Tun Mamad ke Puncak Gunung Ledang.

- Tujuannya untuk meminang Puteri Gunung Ledang seperti mana yang diinginkan oleh Sultan Mahmud Syah.
- Sultan Mahmud Syah inginkan seorang isteri yang mempunyai keistimewaan luar biasa, kecantikan yang tidak ada tolok bandingnya.
- Perjalanan Tun Mamad mendaki Gunung Ledang membawanya sampai ke suatu taman ajaib.
Tun Mamad menemui;
- pokok-pokok kayu sedang berlagu.
- bunga tanjung biru dan bunga-bunga menyanyi, berseloka
 dan berpantun.
- Menemui seorang tua bongkok tiga ->• memberitahu dirinya sebagai wakil Tuan Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan hasrat Tuan Puteri iaitu;
- Syarat-syarat menerima pinangan. Sultan Mahmud Syah hendaklah menyediakan barang-barang hantaran seperti berikut;

(i) tujuh dulang hati kuman
(ii) tujuh dulang hati nyamuk
(iii) satu jembatan emas
(iv) satu jambatan perak merentasi dari istana Melaka ke Gunung Ledang
(v) darah raja semangkuk (vi) darah anak raja (RajaAhmad) semangkuk.

- Tun Mamad dan rombongan kembali ke Melaka membawa berita tentang permintaan Tuan Puteri Gunung Ledang sebagai syarat peminangan diterima.
- Kisah pengembaraan ini merupakan sebuah episod yang digolongkan sebagai kisah mitos alegori (atau mitos sindiran).
- Sindiran ditujukan kepada Sultan Mahmud Syah kerana sifat-sifat buruknya iaitu tergila-gilakan wanita cantik/mementingkan kepuasan hawa nafsu diri sendiri.

8. Pengembaraan Hang Nadim dari Melaka ke Benua Keling.

- Hang Nadim dan rombongan diutuskan untuk membeli kain serasah.
- Kain yang dikehendaki -*• kain serasah 40 bagai, pada 40 helai, sehelai 40 perkara bunga.
- Hang Nadim dipilih kerana beliau mempunyai kepakaran dalam tulis menulis dan menulis corak.
- Pelayaran Hang Nadim ke benua Keling dengan menumpang kapal Hang Isap sebagai pedagang Melaka.
- Sewaktu di benua Keling, Hang Nadim berjaya melukiskan corak kain yang dikehendaki sultan Melaka.
- Pelayaran pulang dari benua Keling ke Melaka menghadapi masalah. Kapal Hang Isap dipukul ribut dan tenggelam.
- Hang Nadim berjaya menyelamatkan diri berserta beberapa helai kain sahaja. Kesan daripada kegagalan memenuhi kehendak Sultan Mahmud Syah itu, maka Hang Nadim telah dimurkai sultan
 

KEPENTINGAN PERISTIWA PENGEMBARAAN
1.  Menunjukkan keturunan raja-raja Melaka adalah;

- Agung dan mulia
- berasal dari raja yang terkenal, gagah dan hebat.
- asal dari keturunan yang ternama, handal dan bijaksana.

2.  Memperlihatkan kelainan dan keluarbiasaan keturunan raja.

- luar biasa dari segi keturunan (ajaib).
- Kelainan sifat-sifat ciaripada manusia biasa.
- zuriat terpilih, bijak, baik dan mulia.

Contoh:
Pengembaraan Raja Suran turun ke negeri dalam laut berkahwin dan berputera ->• dari sini disusurgalurkan keturunan raja-raja Melayu.

(Lihat huraian peristiwa dan fakta 2 di atas).

3.   Menunjukkan unsur kesaktian yang tidak dimiliki rakyat biasa dikenali keturunan raja-raja Melaka.

- kesaktian pada raja/bukan sembarangan.
- sifat-sifat agung.

Contoh:
Episod pengembaraan ketiga-tiga putera Raja Suran dari negeri bawah laut ke Bukit Si . Guntang-'-naiklembu putih->-ketibaanmereka menyebabkan nasib baik kepada Wan Empuk dan Wan Malini ->• kaya raya.
Padi bertukarjadi -'• emas, daun -'• perak, batang ->• suasa.

4.  Berkaitan dengan mitos pembukaan sesebuah negeri.

- Cara pembukaan luar biasa, berkait dengan sifat luar biasa watak-watak dari Tanjung Bemban untuk membuka Temasik ->• binatang singa.

- Pengembaraan dari Singapura akhirnya membawa kepada pembukaan Melaka ->• pelanduk putih yang berani menendang anjing perburuan hingga jatuh ke sungai.

5.  Menunjukkan pakaian raja/perhiasan/senjata dan peralatan milik raja mempunyai unsur kesaktian/hikmat.

Contoh 1:

Pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung ' Bemban dan Temasik ->• sewaktu belayar ke Temasik perahu dipukul ribut dan gelombang -> buang mahkota untuk selamatkan pelayaran.

 Contoh 2:

Pengembaraan Seri Teri Buana dari Palembang ke Bintan.
Dalam pelayaran sampai ke kuala Inderagiri mereka kekurangan air ->• Seri Teri Buana membuat lingkaran rotan, dicampakkan ke dalam air, dicelupkan ibu kaki ke dalam lingkaran rotan ->• air masin dalam lingkaran rotan menjadi tawar.

 6. Memperlihatkan kepintaran pembesar dan rakyat Melaka.

- melambangkan kewibawaan raja Melaka.
- raja Melaka lebih mulia dan hebat.

Contoh:
Pengembaraan Tun Perpatih Putih ke China sebagai perutusan raja Melaka.
->• bijaksana ->• makan kangkung yang dimasak tanpa dikerat.
-ubat kedal raja China ->• minum air basuh kaki raja Melaka.

No comments:

Post a Comment