GURINDAM
Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Za’ba: 1965). Ia merupakan pinjaman dari segi istilah saja.
Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau nazam. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris; dan mempunyai rima atau tidak.
Puisi jenis gurindam dirujuk kepada “Gurindam Dua Belas” karya Raja Ali Haji. Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya lebih banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu. Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran.
SOALAN 1
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
Yang ada baik sedikit budi.
a) Huraikan maksud keseluruhan gurindam ini.
b) Jelaskan dua persoalan gurindam ini.
c) Bincangkan tiga ciri gurindam ini.
SOALAN 1
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
Yang ada baik sedikit budi.
a) Huraikan maksud keseluruhan gurindam ini.
b) Jelaskan dua persoalan gurindam ini.
c) Bincangkan tiga ciri gurindam ini.
GURINDAM DUA BELAS Ini Gurindam Fasal yang Keenam (25M)
(a) Maksud keseluruhan:
Rangkap pertama - Menasihati kita supaya mencarl sahabat yang boleh membantu kita ketika kita dalam kesusahan. (2M)
Rangkap kedua -Menasihati kita supaya mencari guru yang boleh menunjukkan kita setiap orang yang menjadi musuh kita.
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru (2M)
Rangkap ketiga -Kita dinasihati mencari seorang isteri yang boleh menye,rahkan kesetiaan kepada kita. (2M)
Rangkap keempat -Kita dinasihati supaya mencari seorang kawan yang baik dan setia terhadap kawannya (2M)
Rangkap kelima - kita dinasihati supaya mencari hamba atau orang suruhan yang baik dan berbudi.
Cahari olehmu akan abdi,
Yang ada baik sedikit budi. (2M)
(b) Dua persoalan dalam gurindum ini ialah:
(i) Persoalan mengenai peranan sahabat (1 1/2M)
Dijelaskan hahawa sahabat boleh memainkan peranan positif iaitu menghiburkan kita ketika kita dalam kesusahan. (3M)
(ii) Persoalan mengenai kepentingan memilih isteri (1 1/2M)
Seseorang suami mesti memikirkan isteri yang dipilih. Isteri yang dipilih mestilah yang
memberi dan membuat kebaikan kepada suami.
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri. (3M)
(c) Tiga ciri gurindam ini ialah:
(i) Rima bagi kesemua rangkap ialah a-a (2M)
(ii) Jumlah perkataan dalam baris ialah 4 hingga 5 patah perkataan.
Contohnya:
Cahari /olehmu/ akan/ sahabat/ ‑4 perkataan
Yang/ ada/ baik/ sedikit/ budi/ -5 perkataan (2M)
(iii) Jumlah suku kata dalam baris antara 9 hingga 11 suku kata.
Contohnya:
Yang/ bo/leh/ di/ja/di/kan/ u/bat/ - 9 suku kata
Ca/ha/ri/ o/leh/mu/ a/kan/ sa/ha/bat/ - 11 suku kata
SOALAN 2
Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah tanda hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang yang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.
a. Jelaskan lima nasihat tersirat yang diketengahkan oleh pengarang dalam gurindam ini. (10 markah)
b. Huraikan dua ciri gurindam ini. (6 markah)
c. Bincangkan dua gaya bahasa gurindam ini. (9 markah)
SKIMA jAWAPAN
Soalan 2 -Ini Gurindam Fasal yang Ketujuh (25M)
(a) Lima nasihat tersirat pengarang dalam gurindam ini ialah:
(I) Menasihati kita supaya tidak banyak berkata-kata. Jika banyak berkata-kata, kemungkinan kita akan berbohong. (2M)
(ii) Menasihati kita supaya menyiasat terlebih dahulu setiap pekerjaan yang dilakukan. Jika kita tidak menyiasat, kemungkinan kita akan tersalah jalan. (2M)
(iii) Menasihati kita supaya melatih anak dengan baik. Jika tidak dilatih suatu masa
nanti akan mengalami kesukaran.
dapat menilai kelemahan kita (2M)
(v)Menasihati kita supaya tidak menghabiskan banyak masa dengan tidur. Bagi pengarang, orang yang suka tidur itu mensia-siakan usianya (2M)
(b) Dua ciri gurindam ini ialah:
Sia-sia/ sahajalah/ umur/ - 3 perkataan
Lekaslah/ segala /orang /yang/ mengikut/ -5 perkataan (3M)
ii Jumlah suku kata dalam baris ialah 9 hingga 15 suku kata. Contohnya:
Ji/ka/ be/sar/ ba/pa/nya/ le/tih/ - 9 sukukata
Mem/bi/ca/ra/kan/nya/ i/tu/ hen/dak/lah cem/bu/ru/an - 15 sk (3M)
(c) Dua gaya bahasa gurindam ini ialah:
(i) Perulangan (1 1/2M)
Terdapat perulangan frasa 'apabila mendengar', 'apabila banyak' dan apabila di awal rangkap gurindam ini.
Terdapat perulangan frasa `itulah tanda' dan `Iekaslah'. (3M)
(ii) Inversi (11/2M)
Penggunaan frasa Lekaslah orang sekalian gusar' yang sepatutnya ditulis
'Sekalian orang lekaslah gusar'. (3M)
SOALAN 3
Apabila la banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
Itulah tanda hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang yang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.
a. Nyatakan jenis puisi di atas (1 markah)
b. Huraikan tiga jenis gaya bahasa dalam puisi di atas (6 markah)
c. Nyatakan enam unsur pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas (18M) ma
a. Jenis Puisi
Gurindam Dua Belas (Fasal Ketujuh)
1 Isi = 1 markah fakta
b. Jenis gaya bahasa
Fl: Asonansi
HI: Perulangan bunyi huruf vokal
C1: Rangkap 1 atau mana-mana rangkap
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
F2: Aliterasi
H2: Perulangan bunyi huruf konsonan
C2: Rangkap 2 atau mana-mana rangkap
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itulah tanda hampirkan duka
F3: Rima akhir
H3: Bunyi suku kata akhIrnya adalah sama – a-a
C3: Rangkap 3 dan 4 atau mana-mana dua rangkap
Apabila kita kurang siasat.
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih.
Jika besar bapanya letih.
F4: Citra/imej
H4: Memberi gambaran sesuatu seperti sikap seseorang
C4: Rangkap 5
Apabila banyak mencela orang.
Itu lah tanda dirinya kurang
F5: Perulangan kata
Perkataan berulang beberapa kali
C5: Perkataan “Apabila”
F6 Inversi
H6: Pembalikan kata
C6: Tidak boleh orang berbuat honar – sepatutnya ditulis “Orang tidak boleh
berbuat honar.
(c) Unsur pengajaran
F1: Hendaklah elakkan diri dari terlalu banyak bercakap kerana dikhuatiti akan
bercakap bohong.
H1: Seseorang yang terlalu asyik bercakap dikhuatiri akan membuat kesilapan
seperti bercakap yang tidak benar , lupa diri dan mengada-adakan cerita
yang tiada untuk menambahkan keseronokan semasa bercakap.
H2: Seseorang yang berlebihan sukanya dikhuatiri akan lalai dan tidak mempedulikan
perasaan orang lain. Hal ini memungkinkan akan menimbulkan konflik yang
menyebabkan berlaku perselisihan faham atau tidak senang pada orang lain.
F3: Hendaklah teliti apabila menyiasat sesuatu perkara.
H3: Sesuatu pekerjaan yang melibatkan penilaian atau penyiasatan harus
dilakukan dengan cermat, teliti untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini
akan berlaku seperti tidak adil, kejam, bias dan sebagainya.
F4: Ibu bapa hendaklah memberi pendidikan yang cukup kepada anak-anak.
H4: Apabila anak tidak mendapat pendidikan yang sempurna (tidak
dilatih),memungkinkan anak-anak melakukan perkara yang negatif dan akan
mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa kelak.
F5: Jangan suka mengata/mengeji/ mencaci orang lain.
H5: Sikap tersebut adalah tidak balk kerana sebenamya menyerlahkan kekurangan diri
seseorang, yang hanya berupaya memikirkan keburukan orang lain.
F6: Jangan suka mensia-siakan waktu dengan tidur.
H6: Orang yang suka menghabiskan masa dengan tidur adalah orang yang rugi.
Seharusnya la memanfaatkan tempoh hayatnya dengan melakukan kerja-kerja
yang berfaedah.
F7: Hendaklah sentiasa sabar apabila mendengar sesuatu berita.
H7: Apabila mendengar sesuatu perkhabaran, hanya dengan sabar sahaja seseorang
dapat berfikir secara rasional dalam menghadapi sesuatu ujian.
F8: Hendaklah adil dan teliti apabila mendengar aduan seseorang.
H8: Apabila mendengar sebarang laporan/aduan daripada seseorang, orang itu
hendaklah menyiasatnya terlebih dahulu dengan cermat untuk memastikan
kebenaran/kesahihan aduan tersebut supaya tindakan yang adil dapat dibuat.
F9: Hendaklah bercakap dengan lemah-lembut.
H9: Apabila seseorang sentiasa bercakap dengan lemah-
lembut/sopan,akanmenyebabkannya disenangi ramai dan ramai pula yang suka
mendampingkan diri dengannya.
F10: Hendaklah seseorang itu mengelakkan diri daripada bercakap kasar.
H10: Apabila seseorang bercakap dengan kasar, menyebabkannya akan dibenci oleh
orang lain kerana orang lain sentiasa berasa resah gelisah apabila berada
bersamanya.
F11: Hendaklah jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
HII: Apabila jujur diutamakan dalam sesuatu pekerjaan maka dapat melindungi
seseorang dan' fitnah dan orang lain tidak dapat memburukkannya.
Pilih 6 isi: 1 isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian) 6 isi = 18 markah
SOALAN 4
INI GURINDAM FASAL KELAPAN
Barang siapa khianat akan dirinya,
Apa lagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar daripada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri sembunyikan,
Kebajikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka.
a. Jelaskan maksud keseluruhan gurindam ini. (15 markah)
b. Huraikan unsur bunyi dalam gurindam ini. (10 markah)
Skima Jawapan Soalan
-Ini Gurindam Fasal yangKelapan (25M)
(a) Maksud keseluruhan gurindam ini ialah:
Rangkap Pertama - menjelaskan bahawa jika seseorang itu sanggup menganiaya diri
sendiri, orang itu sanggup melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
Rangkap Kedua - jika seseorang itu sanggup menganiaya dirinya sendiri, orang itu tidak boleh dipercayai.
Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya.
Rangkap ketiga - menjelaskan bahawa orang yang memuji dirinya sendiri akan
mengetahui keburukan dirinya daripada orang lain.
Rangkap keempat - menjelaskan bahawa daripada kita memuji diri kita sendiri, biarlah
orang lain yang menceritakan kebaikan diri kita.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar daripada orang datangnya khabar
Rangkap Kelima - orang yang suka menunjukkan jasanya. setengah daripadanya
dianggap syirik dan mahu menunjukkan kuasanya.
Rangkap Keenam - orang yang menyembunyikan kejahatannya akan turut tidak
menghebahkan kebaikan dirinya.
Rangkap Ketujuh - menasihati kita agar jangan menghebahkan keaiban orang lain
tetapi mestilah menyedari keaiban diri sendiri. (15M)
(b) Unsur bunyi dalam gurindam ini ialah:
(i) Asonansi (2M)
Terdapat contoh asonansi atau perulangan bunyi vokal dalam gurindam ini iaitu:
Daripada memuji diri hendaklah sabar -a
Kebajikan diri diamkan - i (3M)
(ii) Aliterasi (2M)
Terdapat contoh aliterasi dalam gurindam ini iaitu:
Setengah daripada syirik mengaku kuasa - k (3M)
SOALAN 5
INI GURINDAM FASAL KESEMBILAN
Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,
Bukannya manusia iaitulah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
Itulah iblis punya penggawa.
Kepada segala hamba-hamba raja,
Di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
Di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan lelaki dengan perempuan.
Di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
Syaitan tak suka membuat sahabat.
Jika orang muda kuat berguru,
Dengan syaitan jadi berseteru.
a. Jelaskan peranan atau sikap syaitan seperti yang terdapat dalam gurindam ini. (16M)
b. Huraikan bentuk gurindam ini. (9 M)
Soalan 5 –Ini Gurindam Fasal yang Kesembilam (25M)
(a) Peranan dan sikap syaitan dalam gurindam ini ialah:
i. Melakukan sesuatu yang ditegah (2M)
Syaitan suka melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak baik.
Tahu pekerjaan tidak baik tetapi dikerjakan.
Bukannya manusia iaitulah syaitan (2M)
ii. Menggoda orang muda (2M)
Syaitan suka mengganggu atau menggoda orang muda yang rapuh imam
mereka. (2M)
iii. Mempengaruhi lelaki dan perempuan ke arah kejahatan (2M)
Syaitan gemar menjadikan lelaki dan perempuan yang bukan mahram sebagai mangsa. (2M)
Perkumpulan lelaki dengan perempuan,
Di situlah syaitan punya jamuan.
iv. Syaitan berbaik-baik dengan hamba raja (2M)
Syaitan memainkan peranan dengan cara bermanja-manja dengan
hamba raja. (2M)
(b) Bentuk gurindam ini:
i. Rima bagi gurindam ini ialah a-a.
ii. Gurindam ini mempunyai tujuh rangkap dan setiap rangkap mempunyai dua
baris. Oleh itu gurindam ini berbentuk distikhon.
iii. Jumlah perkataan dalam baris antara 4 hingga 6 perkataan. Contohnya:
Itulah/ iblis/ punya/ penggawa / -4 perkataan
Tahu /pekerjaan/ tak/ baik/ tetapi/ dikerjakan/ - 6 perkataan
iv. Jumlah suku kata dalam baris antara 10 hingga 16 suku kata. Contohnya:
I/tu/lah/ ib/li/s pu/nya/ peng/ga/wa - 10 suku kat
Ta/hu/ pe/ker/ja/an/ tak/ ba/ik/ te/ta/pi/ di/ker/ja/kan/ - 16 suku kata (9M)
SOALAN 6
INI GURINDAM FASAL KESEPULUH
Dengan bapa jangan derhaka,
Supaya Allah tiada murka
Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
Supaya kemaluan jangan menerpa
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil
a. Jelaskan saranan-saranan pengarang dalam gurindam ini (10M)
b. Huraikan bentuk dan dua gaya bahasa dalam gurindam ini (15M)
Skima Jawapan
a. Saranan-saranan pengarang dalam gurindam ini ialah:
Menderhaka kepada bapa akan menyebabkan Allah murka kepada kita.
Dengan bapa jangan derhaka,
Supaya Allah tiada murka. (2M)
menjadikan hidup kita selamat.
Dengan ibu hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat. (2M)
iii. Memberi saranan kepada kita supaya mengambil berat akan hal anak-anak. (2M)
mendapat malu
Dengan, isteri dan gundik janganlah alpa
Supaya kemaluan jangan menerpa. (2M)
v. Menasihati kita supaya berlaku adil kepada kawan. Berlaku adil kepada kawan akan merapatkan lagi hubungan dengan kawan kita (2M)
b. Bentuk gurindam ini
i. Rima bagi kesemua rangkap ialah a-a
ii. Gurindam ini mempunyai lima rangkap dan setiap rangkap
mempunyai dua baris. Berbentuk distikhon. (2 1/2M)
iii. Jumlah perkataan dalam baris antara 4 hingga 6 perkataan. Contoh:
Dengan/ isteri/ dan / gundik / janganlah/ alpa -6 perkataan (2 1/2M)
iv. Jumlah suku kata dalam baris antara 9 hingga 13 suku kata. Contohnya:
Den/gan ba/pa jan/gan der/ha/ka - 9 suku kata
Den/gan is/te/ri /dan/ gun/dik jan/gan/lah al/pa -13s/kata(2 1/2M)
Dua Gaya bahasa yang terdapat dalam Gurindam ini:
i. Perulangan (1M)
Terdapat perulangan perkataan dengan 'di awal ayat iaitu dalam baris pertama
manakala perkataan 'supaya’ di awal baris kedua. (1 ½ M)
ii.Penggunaan bahasa personanifikasi (1M)
Terdapat penggunaan bahasa personifikasi iatu
Supaya kemaluan jangan menerpa (1 1/2M)
GURINDAM BERLAPIS
Kalau suka hisap rokok,
Kalau suka duduk di tembok,
Tentu akal susah tokok.
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.
Kalau makan terlalu lekit,
Kalau minum terlalu sikit,
Tentu penyakit mudah jangkit.
Jangan suka puji diri,
Masuk bakul angkat sendiri,
Nanti kawan habis lari.
Kalau fikiran selalu tak betul,
Kalau cakap kurang taakul,
Alamatlah berat bahu memikul.
Jika benihnya molek,
Jika tanahnya cantik,
Jika bajanya baik,
Tentu pokok cepat naik.
Jika hutang sudah melekat,
Resah risau selalu menyakat,
Langkah panjang menjadi singkat,
Kaki dan tangan akan terikat,
Perjalanan anda akan tersekat.
Pabila mata sudah kabur,
Pabila kulit sudah kendur,
Pabila uban sudah bertabur,
Pabila gigi sudah gugur,
Pabila telinga tak faham ditegur,
Pabila badan terlalu uzur,
Pabila selalu disuap bubur,
Itulah tanda akan ke kubur.
a. Huraikan empat sikap negatif yang perlu dihindari seperti yang terdapat
dalam gurindam ini. (8 markah)
b. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam gurindam ini. (8 markah)
c. Bincangkan tiga gaya bahasa dalam gurindam ini. (9 markah)
Skima Jawapan
Soalan 7 - Gurindam Berlapis (25M)
a. Empat sikap negatif yang perlu dihindari ialah:
i. Sikap suka berhutang. Mengamalkan sikap ini akan menyusahkan diri kita sendiri kerana fikiran kita tiidak tenteram. Ke mana sahaja kita pergi, kita berasa tidak selamat.
Jika hutang sudah melekat,
Resah risau selalu menyakat. (2M)
ii. Membuang masa. Sikap ini perlu dihindari kerana melibathan akal fikiran
kita. Pengarang menganggap akal fikiran kita tidak akan berkembang.
Kalau suka duduk di tembok,
Tentu akal susah tokok. (2M)
iii. Kasar tingkah laku dan pertuturan. Sikap ini membuatkan hidup kita
tidak selamat. (2M)
iv. Suka memuji diri. sikap ini tidak disukai orang. Orang akan menjauhkan diri
daripada kita. (2M)
b. Dua nilai yang terdapat dal am gurindam ini ialah:
i. Merendah diri (2M)
Pengarang menjelaskan betapa pentingnya sikap merendah diri dan tidak
memuji diri kerana mengamalkan sikap ini akan membawa padah (2M)
ii. Berwaspada (2M)
Pengarang menjelaskan bahawa ketika hendak menuturkan kata-kata,
hendaklah berwaspada atau berhati-hati.
Kalau kelakuan tidak hormat,
Kalau cakap tidak cermat,
Tentu hidup tidak selamat. (2M)
c. Tiga gaya bahasa dalam gurindam ini ialah:
i. Gaya bahasa perulangan (1M)
Perulangan anafora iaitu perulangan di awal baris
Kalau suka hisap rokok,
Kalau suka duduk di tembok
Perulangan awal dan tengah ayat:
Pabila mata sudah kabur,
Pabila kulit sudah kendur,
Pabila uban sudah bertabur. (2M)
ii. Personifikasi (1M)
Penggunaan unsur bahasa perorangan iaitu `Resah risau selalu menyakat'.
(2M)
iii. Penggunaan kata singkatan atau sinkof (1M)
Terdapat penggunaan sinkof iaitu 'tak' dan pabila'.` Tak' berasal daripada
perkataan `tidak' manakala'pabila'berasal daripada perkataan apabila'.
(2M)
No comments:
Post a Comment