Friday, 5 August 2011

CERITA MITOS

CERITA MITOS
 Definisi:

Cerita mitos merupakan sekumpulan cerita yang benar-benar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi dan manusia agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan menakjubkan. Cerita mitos merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benar-benar berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita tentang Tuhan, dewa dan Nabi.

 FUNGSI CERITA MITOS
Dapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu   kejadian alam yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa.


Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung- yang diluar daripada batas-batas kehidupan manusia biasa.


Sebagai alat kawalan sosial.


Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan.


Andrew Lang- Peranan metos adalah untuk menerang sebab dan akibat sesuatu kejadian itu.


Ahli antropologi- Untuk memberi pengesahan atau pendokongan terhadap sesuatu institusi sosial.


Memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul kejadian sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka.


CIRI-CIRI CERITA MITOS

a.         Cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita metos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.

b.         Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita mitos adalah certa tentang dewa –dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan menimpa.

c.          Latar masa cerita mitos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman “animisme”. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme.

d.         Latar tempat cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar laut. Latar trmpat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambar dalam sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja di Palembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka.

e.         Watak-watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama Samudera-Pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peritiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing. Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui metos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar.


PERANAN / FUNGSI CERITA MITOS

            Cerita mitos memainkan peranan yang tersendiri dalam masyarakat Melayu lama. Pertama, ia berperanan menggambarkan serta memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yag luar biasa serta taraf mereka disamakan dengan golongan dewa-dewi. Contohnya asal usul raja-raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota. Cerita-cerita ini dapat dilihat dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Misalnya dalam teks Sejarah Melayu, kemasukan agama Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya.
           
Ia juga memainkan peranan sebagai mengeritik serta menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Umpamanya melalui mitos alegori peristiwa Singapura diserang ikan todak. Peristiwa itu sebenarnya menyindir kezaliaman raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang telah dengan tidak sengaja menilik pohon pinang hingga terbelah dua di hadapan raja pemaisuri. Ekoran sikap zalim itu, maka Singapura menerima bala dan bencana serangan todak.

1 comment: