Endoi berasal daripada kata “endul” yang bermaksud buaian (Harun Mat Piah, 1989). Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan suasana. Endoi sebagai bentuk puisi tumpang menggunakan bentuk syair, nazam dan juga antun sebagai wadah penyampaiannya.
CIRI-CIRI ENDOI
a. Permulaan puisi dimulakan dengan ucapan Bismillahirahmanirahim
b. Setiap rangkap mengandungi empat baris serangkap
c. Menumpang bentuk puisi yang lain terutamanya syair
d. Rimanya menyamai rima syair iaitu a-a-a-a
PERSOALAN ENDOI
Antara persoalan yang disampaikan dalam puisi endoi ialah menceritakan salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah-kisah nabi, menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, dan memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun islam, dan kitab suci al-Quran.
FUNGSI ENDOI
Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari. Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya. Contohnya:
FUNGSI ENDOI
Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari. Selain itu, puisi ini juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya. Contohnya:
Ucapan Mencukur Rambut Budak Kecil
Bismillahirrahmaanirrahim
Lailahaillallah, Muhammadar Rasullullah
Bismillah itu permulaan nama,
Keadaan zatnya bersama-sama,
Zahirnya sifat menyatakan isma,
Kadim dan taat setia lama.
Hai segala anaknya Adam
Asalnya wahi nur-ul-khatam,
Dipecahnya empat nazirnya Adam,
Dipecahnya pula sekian alam.
Rahim bapamu turun ke ibumu,
Empat puluh hari nutfah namamu,
Delapan puluh hari alqah namamu,
Seratus dua puluh hari alamah namamu.
Sumber: Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 1996 dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Fajar Bakti.
ENDOI
Jawab soalan-soalan di bawah.
UCAPAN MENCUKUR RAMBUT BUDAK KECIL
Bismillahirrahmanirrahim Lailahaillallah, Muhammadan Rasullullah Bismillah itu permulaan nama, Keadaan zatnya bersama-sama, Zahirkan sifat menyatakan isma, Kadim dan taat setia lama. Hai segala anaknya Adam, Asalnya wahi nur-ul-khatam, Dipecahnya empat nazirnya Adam, Dipecahnya pula sekian alam. Rahim bapamu turun ke ibumu, Empat puluh hari nutfah namamu, Delapan puluh hari alqah namamu, Seratus dua puluh hari alamah namamu. Dikandung ibumu sembilan bulan, Lebih atau kurang tiada ditentukan, Beranakkan dikau berapa kesakitan, Berapalah pantang minum dan makan. Cukup sembilan bulan bilangannya, Zahirlah engkau ke dalam dunia, Baharulah suka bapa ibunya, Kepada engkau banyak kasihnya. Harap ibumu bukan sedikit, Tinggilah harap daripada bukit, Lama ibumu merasai sakit, Sembilan bulan tiada berbangkit. Kenangkan olehmu sekalian anak, Tatkala engkau lagi kanak-kanak, Apabila sudah tidurmu enak, Dicarikan makan manis dan lemak. Jika ibumu orangnya kaya, Disuruh pelihara hamba dan sahaya, Serta dikampungkan duit belanja, Itu pun engkau kurang percaya. Apabila engkau dapat membilang, Disuruh mengaji pagi dan petang, Rumah gurumu tempat berulang, Pagi dan petang tiada berselang. | Hai anakku, jangan kau bantah, Peliharaan ibumu sangatlah susah, Dialih ke kiri kanan pun basah, Tiadalah engkau menaruh insaf Setelah kamu sudahlah ada, Siang dan malam ibumu jaga, Tidur pun tidak barang seketika, Makan dan minum tidak berasa. Berapalah dian dengannya tanglung, Diangkat dituam lalu dibedung, Sudahlah jaga lalu didukung, Kasih dan sayang tiada bertanggung. Tiadalah tentu siang dan malam, Bangun memangku di dalam kelam, Terkejut jaga di tengah malam, Tidur pun tidak dapat di tilam. Kenangkan ayahmu anak bangsawan, Peliharakan dikau sangat kesusahan, Dipelihara daripada angin dan hujan, Takut terkena penyakit sawan. Jika ibumu ada hamba disuruh, Nyamuk pun tidak hampir ke tubuh, Tirai kelambu dibentang dibubuh, Lilin dan tanglung dipasang disuluh. Walaupun ibumu ada berhutang, Kain sehelai juga di pinggang, Basah di ampai kering di pinggang, Didukung digalas tiada berenggang. Kenangkan ayahmu anak bangsawan. Barang katanya jangan dilawan, Ibu bapamu perhubungan Tuhan, Baharulah sempurna anak bangsawan Apabila engkau dapat mengaji, Ibu bapamu sukalah hati, Dicarinya ringgit sehari-hari, Hendak disuruhkan engkau ke haji. Pergi ke haji tanah yang suci, Hendak membuang nama yang keji, Syeikh itu suruh mengaji, Baca Quran jangan engkau benci. |
a. Jelaskan tema dan dua persoalan dalam puisi ini. (10 markah)
b. Huraikan lima gaya bahasa yang terdapat dalam puisi ini. (15 markah)
UCAPAN MENCUKUR RAMBUT BUDAK KECIL (25M)
(a) Tema puisi ini ialah pengorbanan seorang ibu. Dalam puisi ini dijelaskan bahawa seorang ibu sanggup bersusah-payah dan menanggung penderitaan semata-mata untuk membesarkan anaknya menjadi manusia yang berguna.
Kenangkan olehmu sekalian anak,
Tatkala engkau lagi kanak-kanak,
Apabila sudah tidurmu enak,
Dicarikan makan manis dan lemak. (4M)
Dua persoalan yang terdapat dalam puisi ini ialah:
(i) Kasih sayang - persoalan ini merujuk kepada ibu bapa yang menyayangi anakanak mereka sejak mereka di dalam kandungan lagi. Mereka dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Apabila telah besar, mereka diberi pelajaran dan perhatian yang secukupnya. (3M)
(ii) Setiap anak diwajibkan menghormati ibu bapa. Salah satu cares adalah dengan tidak membantah kata-kata ibu bapa. Anak-anak juga hendaklah menjaga hati ibu bapa agar tidak terguris serta tuba membalas jasa dan pengorbanan yang telah mereka beri sejak anak-anak masih kecil lagi. (3M)
(b) Lima gaya bahasa yang terdapat dalam puisi ini ialah
(i) Gaya bahasa perulangan - terdapat gaya bahasa perulangan anafora iaitu:
Dipecahnya empat nazirnya Adam,
Dipecahnya pula sekian alam.
Epifora
Empat puluh hari nutfah namamu
Delapan puluh hari alqah namamu
Seratus dua puluh hari alamah namamu
(ii) Gaya bahasa diksi asing - terdapat penggunaan bahasa Arab dalam puisi ini iaitu: -
Bismillahirrahmanirrahim, isma, nazir (3M)
(iii) Gaya bahasa asonansi - terdapat beberapa contoh perulangan atau permainan bunyi asonansi iaitu:
Kadim dan taat setia lama (a)
Dicarinya ringgit sehari-hari (i)
Rumah gurumu tempat berulang (u) (3M)
(iv) Aliterasi - terdapat beberapa contoh perulangan atau permainan bunyi aliterasi iaitu:
Kepada engkau banyak kasihnya (k)
Tidur pun tidak dapat di tilam (t)
Lilin dan tanglung dipasang disuluh (n g) (3M)
(v) Gaya bahasa inversi - terdapat unsur bahasa inversi atau lawan balik kata iaitu:
Apabila sudah tidurmu enak - sepatutnya ditulis `apabila tidurmu sudah enak'
Baharulah suka bapa ibunya - sepatutnya ditulis `baharulah ibu bapanya suka' (3M)
No comments:
Post a Comment