CERITA PANJI
Definisi :
Cerita Panji berasal dari Jawa dan dicipta semasa keagungan empayar Majapahit. Kesusasteraan Panji telah tersebar ke Tanah Melayu.
“Cerita Panji adalah....golongan cerita Jawa-Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, putera Kuripan; yang ada sifat sejarahnya tetapi tidak kurang sifat mitologinya. Pokok utama cerita ialah Panji yang berkelana mencari kekasihnya atau pasangannya yang sering bernama Candera Kirana, Puteri Daha tetapi yang hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama ia berkelana, panji mengalami bermacam-macam perisiwa hingga ia bertemu semula dengan kekasihnya”.
Kesimpulannya kesusasteraan Panji ialah sekumpulan karya yang mengisahkan pengembaraan wiranya iaitu Raden Inu kartapati atau gelarannya Panji, putera Kuripan dalam mencari kekasihnya (tunangan atau isteri) Raden Galuh Cendera Kirana, puteri Daha atau Kediri. Kisah ini penuh dengan percintaan, penyamaran, pengembaraan dan peperangan.
CONTOH KARYA CERITA PANJI
Karya ini dicipta dalam dua bentuk iaitu bentuk puisi dan prosa.
Bentuk Prosa :
i. Hikayat Panji Semirang
ii. Hikayat Cekel Wenang pati
iii. Hikayat Carang Kulina
iv. Hikayat Misa Taman Jayeng Kesuma
Bentuk Puisi :
i. Syair Ken Tambuhan
ii. Panji Narawangsa
iii. Syair Angreni
CIRI-CIRI UMUM CERITA PANJI
a. Dari segi tema :
Tema cerita Panji mengenai pengembaraan Panji (Raden Inu Kertapati) mencari kekasihnya / tunangannya Raden Galoh Candera Kirana. Ia melibatkan kisah pengembaraan, penyamaran, percintaan dan peperangan dalam usaha menjalin semula hubungan mereka yang terhalang. Halangan tersebut mungkin disebabkan oleh fitnah, irihati, tunangan dilarikan raksasa dan sebagainya. Cerita berakhir dengan pertemuan semula pasangan kekasih tersebut dan hidup bahagia memerintah kerajaan.
b. Dari segi Struktur isi cerita :
Plot atau struktur isi cerita Panji terbahagi kepada 3 bahagian
i. Bahagian awal
- kisah sebelum pengembaraan
- mengenai latar Inu Kertapi dan Candera Kirana
- hubungan pertunangan
- sebab-sebab keluar dari istana
ii. Bahagian Pertengahan – berlaku pengembaraan
- tujuan mencari tunangan
- wira dan wirawati menyamar dan mengembara
- sewaktu pengembaraan hadapi berbagai kesulitan, penderitaan, derita fizikal dan dalaman akibat rindu dendam
- pernah beremu tetapi tidak mengenali sebab menyamar
iii. Akhir Cerita :
- kekasih bertemu semula
-sering mengenali / rahsia terbongkar
- berlangsungnya perkahwinan
- kembali ke negeri asal-hidup bahagia
- wira dan wirawati mencapai kemenangan
c. Dari segi Watak dan perwatakan
Watak dalam cerita panjí terbahagi kepada tiga golongan
i. Watak utama iaitu wira dan wirawati.
- Wira ialah putera Kuripan iaitu Raden Inu Kertapati dan watak wirawati iaitu Raden Galuh Cendera Kirana, puteri Daha.
- Peranan penting dalam cerita, mengembara, menyamar, berperang, perkahwinan dan sebagainya
ii. Watak pembantu / pengiring
- pengasuh / dayang kepada wira dan wirawati
- sangat setia dan turut mengikut ke mana tuannya pergi
- turut mengembara, menyamar dan berperang
- mendapat ganjaran yang baik di akhir cerita
iii. Watak dari kalangan dewa-dewi
- peranan utama sebagai penyelamat kepada watak utama
- melakukan penjelmaan/inkarnasi dewa
-Watak utama, wira dan wirawati menukar nama dan berlaku beberapa kali dengan nama yang berlainan.
T-ujuan menukar nama ialah
- sesuai dengan peranan dan keadaan untuk nasib baik.
- sebagai suatu tradisi Jawa, mempunyai nama waktu lahir berbeza dengan nama ketika dewasa.
- Sesuai dengan peranan baru terutama waktu menyamar
e. Unsur penyamaran
-Merupakan ciri yang terpenting dan dominan. Berlaku pada watak utama iaitu wira dan wirawati.
-Tujuan penyamaran untuk keselamatan diri, tidak dikenali asal keturunan sebenarnya. Mengubah identiti masing-masing dari segi nama, rupa paras, cara berpakaian dan perwatakan.
-Misalnya penyamaran Raden Inu Kertapati sebagai Sira Panji dan Misa Edan Sira Panji Jayeng Kusuma dalam Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma. Sementara Raden Galoh Cendera Kirana menyamar sebagai Ken Segerba Ningrat dan Gusti Endang Kusuma Jiwa.
f. Nama tempat dan nama watak
i. Berlatarkan alam Jawa di empat buah negeri iaitu Kuripan, Gegelang, Daha dan Singgasari
ii. Nama watak, memakai nama Jawa yang mempunyai makna tertentu dalam bahasa Jawa
iii. Nama watak utama dan gelaran bersifat identik.
Watak wira anak ratu Kuripan iaitu Raden Inu Kertapati§
Watak§ wirawati iaitu Puteri Ratu Daha iaitu Galuh Cendera Kirana
Gelaran-gelaran§ yang biasa seperti Misa, Carang, Undakan, Kelana, Jayeng dan lain-lain
§ Gelaran pangkat dalam istana Jawa seperti Patih, Bupati, Demang, Rangga, Jaksa dan lain-lain.
g. Menonjolkan unsur dan peranan dewa
Peranan para dewa dikaitkan;
i. mengatur dan memilih watak-watak dalam cerita
ii. mengadakan peristiwa-peristiwa
iii. mengatur geraklaku watak-watak yang dipilih
Peranan dewa amat berkesan, berkuasa dan terlibat dalam kehidupan manusia sehari-hari.
h. Unsur penjelmaan dan Inkarnasi
Merupakan ciri yang dominan (utama), berlaku pada watak-watak seperti
i. Watak dewa-dewa – menjelma diri sebagai binatang, raksasa, bota dan garuda yang menjadi musuh watak utama
ii. Watak-watak utama – sebagai penjelmaan dan inkarnasi dari dewa-dewi. Berlaku pada watak Raden Inu Kertapati dan Candera Kirana yang menjelma sebagai geruda, naga, api dan angin
FUNGSI CERITA PANJI :
a. Sebagai bahan hiburan
Cerita panjí dapat menghiburkan khalayak. Melalui cerita-cerita yang mengisahkan putera puteri raja yang memiliki pelbagai keistimewaan seperti kecantikan, kesaktian, keberanian, kemewahan, hidup penuh kebahagiaan dan sebagainya membuatkan khalayak akan merasa terhibur.
b. Sebagai Alat Propaganda
Cerita Panji dapat berfungsi sebagai alat untuk mengukuh dan memperkuatkan kepercayaan terhadap pemerintah atau sebagai alat propaganda. Cerita Panji dapat menggambarkan imej raja yang istimewa malah digambarkan memiliki pelbagai keistimewaan seperti kecantikan, keberanian, kesaktian dan sebagainya.
Kesemua keistimewaan tersebut dapat meningkatkan imej raja atau pemerintah dan mendorong rakyat untuk patuh dan taat kepada pemerintah.. Lantaran itu kedudukan raja dapat dipertahankan atau sistem pemerintahan beraja dapat diperkukuhkan.
c. Sebagai Alat Pengajaran dan Pendidikan Moral
Antara unsur pengajaran dan pendidkan moral yang terdapat dalam cerita panjí adalah sebagaimana berikut:
i. Kebaikan akan mencapai kemenangan manakala kejahatan akan mendapat balasan yang setimpal
ii. Kepentingan menepati janji. Apabila berjanji, berusaha menepati janji dan akan menerima pembalasan buruk jika janji tidak ditepati.
iii. e. Memperlihatkan sifat-sifat dan moral baik patut dicontohi sifat ikhlas, baik hati, pemaaf dan merendah diri.
d. Sebagai Alat Penyebaran Pengaruh Hindu.
Kisah-kisah dalam cerita panji masih mengekalkan pengaruh dan budaya Hindu seperti dewa dewi, kesaktian, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.
CONTOH SOALAN:
1. Kesusasteraan Panji merupakan salah satu jenis kesusasteraan Melayu tradisional yang berbentuk naratif tulisan
a. Huraikan maksud sastera panji
b. Jelaskan tiga fungsi sastera panji
c. Terangkan tiga ciri yang membuktikan sastera panji menerima pengaruh Hindu.
No comments:
Post a Comment