Harun Mat Piah (1989), Ismail Hamid (1987) mendefinisikan talibun sebagai puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara (cerita kaba) dalam kalangan masyarakat Minangkabau.
Mohd. Taib Osman (1979) mula menamakan talibun ini sebagai “ikatan puisi bebas”. Puisi ini menurut beliau merupakan puisi yang memakai kata-kata yang menimbulkan gambaran mata kerana kata-kata yang digunakan dapat menimbulkan pemikiran dan pendengaran tentang imej yang lantang dan bermakna. Baris-barisnya memberikan dua macam gambaran, iaitu gambaran bunyi seolah-olah kita mendengarnya, dan gambaran objek-objek dalam situasinya masing-masing. Kedua-dua gambaran ini berlatarbelakangkan alam Melayu.
Terdapat pelbagai tema talibun yang terungkap dalam cerita-cerita lipur lara Melayu yang didasarkan kepada fungsi puisi tersebut di dalam karya atau cerita tersebut iaitu memerikan kebesaran, kehebatan dan keagungan sesuatu tempat seperti ibu kota dan bandar, memerikan keadaan dan kesibukan atau keajaiban sesuatu peristiwa dan suasana, memerikan kehebatan dan kecantikan sesuatu objek seperti pakaian, manusia, sikap dan kelakuan manusia.
Selain tema, talibun juga boleh dikenal melalui penggunaan bahasa berulang yang menjadi lumrah dalam pembentukannya. Teknik pengulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi pengulangan seluruh puisi tersebut. Wilkinson menamakan puisi tersebut sebagai runs, yang merujuk kepada konsep pengulangan ini. Pengulangan ini ditambah pula dengan bentuk-bentuk pemerian yang lain sehingga terdapat pelbagai variasi dalam bentuk seperti pengulangan di bahagian permulaan tetapi di bahagian akhir telah ditambah dengan ungkapan puisi yang lain.
Menurut Ismail Hamid (1987) pengulangan ini terjadi kerana talibun sangat mementingkan bahasa yang berirama yang menjadi kegemaran masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat Minangkabau. Bahasa yang berirama ini digunakan secara meluas seperti berpidato atau semasa bergurau senda.
Fungsi utama dan khusus talibun ialah untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya dalam penggunaan gaya bahasa.
TEPUNG TAWAR
Pertama alat Tepung Tawar. Daun setawar penawar bisa, Bisa laut bisa bumi, Bisa terbang dibuat orang, Bisa racun dengan santau. Daun sedingin penyejuk hati. Kalau marah mulai marak, Dapat teduh disapunya, Dapat membuang hati dengki, Dapat membuang umpat puji, Dapat menyabar-nyabar hati. Daun ati-ati tanda bijak. Bijak bercakap bijak berunding, Bijak mengambil kata putus, Bijak duduk di orang ramai. Daun gandarusa daun penangkal. Menangkal musuh dari luar, Menangkal musuh dari dalam, Menangkal sihir dengan serapah. Menangkal tuju dengan tinggam, Yang dibawa jin lalu, Yang dibawa hantu pelesit, Yang dibawa puaka jembalang. | Bedak limau pencuci hati. Mencuci dengki dengan iri, Mencuci dengki dengan khianat, Mencuci dendam berkepanjangan, Mencuci salah dengan silih, Mencuci penyakit nan menahun. Air percung tanda ikhlas. Ikhlas dalam bergaul, Ikhlas dalam bercakap, Ikhlas beri-memberi, Ikhlas tolong-menolong. Beras kunyit beras basuh. Tiga dengan beras bertih, Itu tanda rezeki datang, Rezeki tiba dari langit, Rezeki tumbuh dari bumi, Rezeki timbul dari laut, Rezeki keluar dari hutan, Yang datangnya tidak berpintu, Yang tibanya tidak berketika. |
a. Huraikan peranan empat jenis daun dalam puisi di atas ( 8 markah )
b. Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam puisi di atas ( 8 markah )
c. Jelaskan tiga jenis gaya bahasa dalam puisi di atas ( 9 markah )
Talibun
Tepung Tawar (25.NT)
Peranan empat jenis daun dalam puisi ini ialah:
(i) Daun setawar - daun ini dikatakan mampu menghilangkan bisa seperti orang yanlg disantau (2M)
(ii) Daun sedingin - daun ini mampu menyejukkan hati yang sedang marah. Dalam pada itu, daun ini juga dapat menghindarkan perasaan dengki dan umpat keji. Di samping itu, daun ini juga boleh
Menyabarkan hati seseorang, (2M)
(iii) Daun ati-ati - memperlihatkan tanda kebijaksanaan agar mudah berunding dan membuat keputusan ketika seseorang itu berada di khalayak ramai. (2M)
(iv) Daun gandarusa - digunakan sebagai tangkal un:uk menghalau musuh sama ada dari dalam mahupun luar. Daun ini juga dapat menangkis ilmu sihir dan digunakan dengan serapah. (2M)
Dua mesej .yang terdapat dalam puisi ini ialah:
G) Sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu dalam kehidupan. Kita dinasihati supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu tugas dalam hidup ini. Contohnya dengan melakukan upacara tepung tawar untuk menghindar sesuatu yang boleh membahayakan diri. (4M)
(ii) Kita hendaklah menghindari sifat-sifat negatif seperti hasad dengki, dendam dan sebagainya. Sifat-sifiat ini boleh merosakkan diri orang lain malah akan memakan diri kita sendiri. (4M)
(c) Tiga jenis gaya bahasa dalam puisi ini ialah:
(i) Perulangan- terdapat perulangan awal ayat dalam puisi ini atau disebut anafora:
Bisa laut bisa bumf,
Bisa terbang dibuat orang,
Bisa racun dengan santau.
(ii) Terdapat juga perulangan responsi iaitu:
Ikhlas dalam bergaul
Ikhlas dalam bercakup (3M)
( iii) Asonansi - Terdapat perulangan bunyi huruf vokal dalam puisi ini iaitu:
· Daun gandarusa daun penangkal (a)
· Rezeki tiba dari langit (i)
· Mencuci dengki dengan iri (e) (3M)
(iv) Aliterasi - Terdapat juga perulangan bunyi huruf konsonan iaitu:
· Bijak bercakap bijak berunding (b)
· Daun gandarusa daun penangkal (d)
· Ikhlas dalam bergaul (1) (3M)
No comments:
Post a Comment