Monday 8 August 2011

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT -KEPAHLAWANAN

KEPAHLAWANAN
PENGENALAN
Konsep kepahlawanan adalah berkenaan dengan keperwiraan. keberanian, den juga kegagahan. Dalam masyarakat Melayu tradisional, keunggulan seseorang diukur juga daripada  segi kekuatan jasmani.. Biasanya yang mempunyai kekuatan fizilkal serta keberanlan akan mendapat perhatian yang lstimewa daripada pihak,raja atau sultan.. Malahan orang tersebut akan dijulang sebagai seorang wira yang menjadi simbol kekuatan serta keagungan masyarakat tersebut. Ses[apa sahaja mempunyai harapan untuk menjadi wira asalkan dirinya memiliki kekuatan yang luar biasa, walaupun dirinya daripada kalangan orang bawahan. Raja atau sultan biasanya mengurnialkan penganugerahan kepada mereka yang dianggap sebagai wira bangsa. Konsep kepahlawanan biasanya melibatkan sejumlah orang dalam sesebuah masyarakat serta bukannya berkenaan seorang sahaja. Mlsalnya, negeri Melaka memerlukan sekumpulan perwira yang gagah. kuat serta berani untuk mempertahankan negeri daripada serangan musuh, terutamanya pihak barat. Peringgi. Pahiawan-pahlawan ini juga diperlukan untuk tujuan peperangan demi melaksanakan dasar penaklukan negeri Melaka.

Konsep Kepahlawanan
Konsep kepahlawanan ini capat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah melalui ,watak-watak Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat ; sebelum beliau menderhaka,, dan Hang Lekiu, Hang Tuah Ilma bersahabat  menjadi tulang belakang pertahanan negeri Melaka dan harapan raja Melaka. Dapatlah dikatakan bahawa Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu. dan Hang Kasturi adalah pasukan pertahanan negeri Melaka. Kekuatan mereka merupakan keteguhan pertahanan negeri Melaka dan kelemahan mereka pula menandakan kelemahan serta keruntuhan negeri Melaka. Begitu besarnya peranan mereka demi menjamin keutuhan kerajaan Melaka.
Konsep kepahlawanan melalui watak Hang Tuah. Hang Jebat. Hang Lekir, Hang Kasturi. dan Hang Lekiu dapat diperhatikan melalui peristiwa-peristiwa yang dilalui mereka. Pertama. Hang Tuah lima bersahabat berjaya menewaskan serangan pengamuk di Majapahit. Meluaskan tanah jajahan Melaka dengan turut terlibat menyerang dan menakluki Terengganu dan Inderapura. Malah, Hang Tuah yang memiliki sifat kepahlawanan itu tetap dengan konsep taat setianya tidak berbelah bagi kepada raja Melaka sehingga beliau sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang menderhaka. Hang Tuah juga sanggup mempertahankan negeri Melaka daripada Peringgi walaupun dirinya uzur.

Epik Saduran
Manakala epik-epik dalam sastera Melayu lama dari luar ;iaitu yang berasal daripada India pula melibatkan kepahlawanan daripada India iaitu epik Mahabarata dan epik Ramayana.  Kepahlawanan adalah sifat-sifat yang ada pada wira dalam cerita Ramayana mahupun Mahabarata.  Melalui sifat itu la mengembara dan dalam pengembaraan berlaku peperangan. Peperangan itu dianggap sebagai halangan-halangan untuk mendapat kejavaan. Dalam Ramayana digambarkan kepahlawanan Rama.  Beliau mengembara setelah difitnah dan dibuang ke hutan selama empat belas tahun. Dalam masa pengembaraan ini berlaku peperangan dengan Rawana. Dalam Mahabaarata dilihat kepahlawanan Arjuna bersaudara dan mengembara setelah kalah dalam perjudian Bellau berperang dengan golongan kaurawa dan akhirnya mendapat kejayaan. Walau bagaimanapun kedua-dua epik dari India tersebut telah diwarnakan dengan unsur-unsur Melayu hingga lahirnya Hikayat Pendawa Lima dan Hikayat Seri Rama.
.
Epik Melayu–Islam
Satu lagi epik dalam kesusasteraan Melayu lama ialah epik Melayu—Islam yang melibatkan kepahlawanan daripada sumber Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah.  Watak epik daripada sumber Islam juga memiliki keunggulan sifat wiranya dan masih seiring dengan keunggulan sifat wira Melayu.  Dalam Hikayat Amir Hamzah, digambarkan watak Amir Hamzah merupakan tokoh pahlawan masyarakat Arab Quraisy, keturunan Bani Hasyim, anak kepada Khoja Abdul Muttalib (Nenda kepada Nabi Muhammad s.a.w.). Sesuai dengan konsep sastera epik, Hikayat  Amir Hamzah mengandungi cerita-cerita tentang kehebatan can keistimewaan Amir Hamzah sejak ia dilahlrkan hinggalah meninggal dunia kerana terbunuh di medan peperangan dalam menegakkan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Ketlka masih bayi Amir Hamzah diramalkan menjadi panglima perang yang gagah perkasa dan ditakuti oleh musuh balk di dalam atau di luar gelanggang oleh Ketua Menteri negeri Mada'in yang bernama Khoja Buzur Jumhur Hakim. Apabila beliau dewasa ternyata benar ramalan tersebut.

Cerita Lipur Lara
Dalam cerita-cerita Lipur Lara juga terdapat konsep kepahlawanan. Setiap watak wira dalam cerita-cerita lipur lara memiliki sifat-slfat kepahlawanan. Misalnya kepahlawanan yang dltunjukkan oleh Malim Deman dalam Hikayat Malim Deman apabila beliau berjaya melawan Mambang Molek. anak raja kayangan. Kepahlawanan yang ada pada Malim  Deman adalah hasil ajaran bapanya dan Raja Jin. Dengan kepahlawanan itulah beliau berjaya dalam sebarang pertempuran atau perlawanan. Dalam sastera lama. perang adalah perkara biasa untuk meluaskan empayar seperti juga terdapat dalam sastera sejarah, panji dan lipur lara.

No comments:

Post a Comment