PENDIDIKAN DAN MORAL
Melalui cerita-cerita berbingkai pula membicarakan persoalan pendidikan dan moral, pengajaran, dan teladan. Misalnya Hikayat Bayan Budiman mengetengahkan tema pendidikan dan teladan pada isteri-isteri supaya menjadi seorang isteri yang jujur dan tidak menduakan suami. Manakala dalam Hikayat Bakhtiar pula mengetengahkan tema pengajaran serta teladan pada raja supaya memerintah negara dengan adil dan tidak bertindak mengikut hawa nafsu atau mendengar fitnah pembesar-pembesar. Begitu juga melalui Hikayat 1001 Malam, mengetengahkan tema penyedaran dan keinsafan seorang raja yang mendendami setiap wanita sehingga dibunuhnya semua wanita yang dikahwininya. Tetapi akhirnya raja itu insaf terhadap kezaliman dan pembunuhan terhadap wanita yang tidak berdosa yang telah dilakukannya.
Gurindam
Manakala melalui Gorindam Dua Belas karya Raja Ali Haji pula mengungkapkan persoalan pendidikan dan moral. Contohnya pada Fasal Pertama bertemakan nasihat dan panduan untuk mengenali Allah. Manakala pada Fasal Kedua bertemakan nasihat dan sindiran kepada sesiapa yang meninggalkan suruhan Allah.
Pantun
Pantun-pantun orang tua yang ditujukan kepada kanak-kanak atau anak-anak muda juga mengungkapkan persoalan pendidikan, dan moral. Pantun-pantun orang tua yang ditujukan kepada anak cucunya mengisahkan tentang nasilhat, pengajaran, dan teladan. Nenek biasanya menasihat anak cucunya supaya rajin belajar, tidak nakal, dan berbaik-baik sesama mereka. Misalnya melalui pantun dua kerat yang berbunyi
"Siakap senohong gelama ikan duri;
Bercakap bohong lama-lama mencuri "
mengandungi unsur pendidikan, nasihat, dan pengajaran yang sangat berguna sebagai panduan kepada anak-anak. Anak-anak dilarang bercakap bohong kerana perbuatan yang tidak baik akan membawa kepada tindakan yang lebih keji iaitu mencuri. Anak-anak juga dinasihatkan agar tidak mengamalkan perbuatan keji walaupun sifat suka berbohong itu bukan merupakan suatu jenayah, namun perbuatan itu tidak boleh diamalkan.
Orang-orang tua juga gemar berpantun untuk ditujukan kepada orang dewasa dengan matlamat untuk memberi pendidikan, nasihat dan teladan yang berguna kepada mereka. Melalui pantun orang tua yang ditujukan kepada anak-anak muda isinya tentang nasihat supaya mereka berbudi bahasa. rajin bekerja, beriman, tolong-menolong, dan sebagainya. Misalnya melalui pantun berikut:
Anak beruk di tepi pantai.
Pandai melompat pandai berlari:
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Buat menjaga di kedai Cina,
Timun ball dimakan pahit;
Biar miskin bertambah hina,
Budi bahasa mau yang baik.
Anak beruk di tepi pantai.
Pandai melompat pandai berlari:
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Buat menjaga di kedai Cina,
Timun ball dimakan pahit;
Biar miskin bertambah hina,
Budi bahasa mau yang baik.
Kedua-dua pantun di atas mengandungi unsur pendidikan dan nasihat yang berguna kepada anak-anak muda agar mementingkan kehidupan yang berbudi bahasa. Pantun-pantun di atas memberi nasihat agar manusia hidup berbudi bahasa. Biar rupa buruk tetapi penuh dengan kesantunan bahasa. Biarlah kita miskin harta benda tetapi janganlah miskin dengan budi pekerti.
Cerita Rakyat
Cerita-cerita rakyat yang mengisahkan sesuatu peristiwa juga bertujuan mendidik kanak-kanak. Cerita-cerita seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah, Ikan Duyung, dan sebagainya ada kalanya disebut sebagai cerita-cerita dongeng Melayu yang bermoral. Cerita-cerita ini umumnya adalah centa-cerita sedih yang dapat mengisahkan masyarakat. Misalnya melalui cerita Bawang Putih Bawang Merah, watak Bawang Merah yang diseksa oleh ibu tinnya namun akhirnya berjaya mengahwini raja merupakan suatu pengajaran moral yang begitu tinggi. Cerita Bawang Putih Bawang Merah merupakan cerita dongeng yang bersifat menyedihkan tetapi dapat menginsafkan masyarakat dan pembacanya.
Watak binatang juga diceritakan dalam bentuk fable yang mempunyai dua bahagian iaitu aliran ceritanya dan moraI juga pengajaran atau tujuan didaktiknya. Dengan menggunakan unsur-unsur binatang secara halus lagi berkesan, si pendengar dapat dipengaruhi oleh ajaran di sebalik cerita itu. Cerita binatang seperti ini amat berkesan di kalangan kanak-kanak. Misalnya cerita Tikus Menolong Harimau, Anak Bayan dengan Anak Cerpelai, Perlumbaan Antara Arnab dengan Kura kura, Anjing dengan Bayang-bayang, dan lain-lain lagi. Fables ini kerap kali diakhiri dengan sebuah perumpamaan. Misalnya cerita Perlumbaan Antara Arnab dengan Kura-kura dapat mendidik kanak-kanak agar tioak bersikap angkuh, sombong, dan memandang hina kepada seseorang yang lebih kecil atau lemah kerana di sebalik fizikal yang kecil ada kelebihan yang dimilikinya. Begitu juga pengajaran moral yang dapat diambil melalui cerita Anjing dengan Bayang-bayang ialah mendidik kanak-kanak supaya tidak bersikap tamak, kerana sikap tamak haloba membawa kerugian pada diri sendiri.
mens titanium watches - TI TI1 Technology
ReplyDeleteFor the best price on your watches, microtouch titanium trim walmart TI3 Technology offers a benjamin moore titanium special price boost titanium helix earrings that the TI flagship watches can't titanium nitride coating afford, so it won't work titanium or ceramic flat iron for you.