UNSUR HELAH DAN KEBIJAKSANAAN / TIPU MUSLIHAT
DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU
Peristiwa atau episod yang menunjukkan kebijaksanaan akal fikiran dan muslihat bagi tujuan mengatasi sesuatu masalah seterusnya mengandungi unsur-unsur menunjukkan satu pihak mengatasi pihak (golongan) yang lain. Di sebalik helah dan kebijaksanaan akal fikiran ini, terselit secara halus unsur-unsur humor terutama dari perlakuan dan tindakan yang agak ganjil dan pelik.
CONTOH PERISTIWA HELAH /KEBIJAKSANAAN
1. Kebijaksanaan Pembesar China membuat helah mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri China.
2. Kebijaksanaan Tun Perpatih Putih memberitahu Maharaja China tentang kegemaran orang-orang Melaka makan sayur kangkung tanpa dikerat sebagai helah untuk melihat wajah Maharaja China,
3. Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh disebelah ketumbukan musuh yang kuat.
4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok yang berada di sepanjang sungai sebagai helah menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan anggota yang ramai.
5. Kebijaksanaan utusan Melaka (sewaktu berada di luar negara menjawab pertanyaan secara spontan). Dalam usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah kerajaan lain.
1. Kebijaksanaan pembesar China membuat helah mengelak serangan Raja Suran dan menyelamatkan negeri China.
- Pembesar China mencari helah mengelakkan angkatan Raja Suran belayar ke negeri China seterusnya menyerang dan menakluki negeri China.
- Mereka menghantar satu rombongan dalam sebuah pilau (kapal) terdiri daripada orang-orang tua yang telah tanggal gigi, bongkok, tanaman buah-buahan yang sedang berbuah.
- Orang-orang dan tanaman bagi menunjukkan (melambangkan) betapa jauhnya jarak negeri China dari Temasik.
-Pelayaran ke negeri China akan memakan masa yang begitu lama untuk sampai.- Jarak masa yang lama dan perjalanan yang jauh dilambangkan daripada;
(i) waktu mula belayar, mereka masih muda belia, umur belasan tahun, pokok buah-buahan yang kini telah berbuah, baru ditanam dari biji sewaktu mula belayar.
(ii) kini tiba diTemasik, umur kami sudah tua, gigi telah tanggal,pokok telah berbuah.
- Raja Suran terpedaya dengan helah pembesar China. Disebabkan pelayaran jauh dan lama, Raja Suran berpendapat angkatannya tidak akan berhasil menakluki negeri China.
- Rancangan menyerang negeri China dibatalkan. Negeri China terselamat kesan kebijaksanaan akal fikiran pembesar-pembesar yang cerdik.
- Mengikut adat orang-orang China, rakyat tidak boleh melihat wajah Maharaja mereka. Ketika mengadap, Maharaja China duduk dalam mungkur kaca pada aras yang agak tinggi.
-Rakyat mengadap dimestikan berlutut dan sujud di hadapan Maharaja.
- Utusan-utusan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Tun Perpatih Putih tersangat ingin melihat wajah Maharaja China. Peluang keemasan digunakan sebaiknya oleh Tun Perpatih Putih apabila Maharaja China bertanyakan tentang makanan kegemaran orang-orang Melaka.
- Diberitahu bahawa orang-orang Melaka gemar makan sayur kangkung yang dimasak dengan tidak dikerat-kerat.
- Apabila makanan itu dihidangkan, orang-orang Melaka terpaksa membimbit hujung sayur kangkung serta mendongakkan kepala untuk menyuapkan sayur ke mulut. Ketika inilah mereka dapat melihat wajah Maharaja China.
- Kebijaksanaan jelas tergambar daripada akal fikiran Tun Perpatih Putih yang 'mencuri' peluang secara tidak langsung. Helah orang-orang Melaka tidak disedari oleh orang-orang China.
3. Kebijaksanaan Tun Telanai membuat helah bagi mengelakkan angkatan Melaka menentang musuh di sebelah ketumbukan musuh yang kuat (Utusan Melaka di Negeri Siam).
- Rombongan Melaka ke negeri Siam diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.
- Sewaktu di negeri Siam, raja Siam ingin menguji kekuatan dan kesetiaan rombongan Melaka dengan meminta pertolongan membantu angkatan perang Siam menentang musuh-musuh di Siam di sempadan.
- Siam sengaja mengatur agar angkatan Melaka menentang musuh di sebelah ketumbukan musuh yang kuat. Kebetulan pula kedudukan musuh berada di sebelah matahari jatuh.
- Tun Telanai tidak mahu memalukan orang-orang Melaka seterusnya menjatuhkan martabat raja Melaka sekiranya kalah dalam peperangan itu. Dari itu Tun Telanai cuba mengelak daripada berperang di sebelah matahari jatuh (musuh kuat) dengan memberi alasan;
(i) orang-orang Melaka beragama Islam tidak boleh berperang menghadap matahari jatuh yang juga merupakan kiblat sembahyang penganut-penganut Islam.
- Siam bertolak ansur dan memindahkan angkatan Melaka berperang di sebelah matahari naik yang kebetulan musuhnya agak lemah.
- Angkatan Melaka berjaya mengalahkan musuh dengan jayanya. Raja Siam gembira dan mengakui kekuatan orang-orang Melaka seterusnya melambangkan kekuatan kerajaan Melaka.
4. Kebijaksanaan Tun Perak mengatur strategi peperangan iaitu dengan menambat puntung api pada pokok-pokok yang berada di sepanjang sungai sebagai helah untuk menunjukkan angkatan Melaka mempunyai bilangan anggota yang ramai. (angkatan yang besar dan kuat)
- Tun Perak telah diberi tanggungjawab mengetuai angkatan perang Melaka menyekat kemaraan angkatan perang Siam yang bertujuan menyerang Melaka. Angkatan Siam berkampung di Batu Pahat.
- Tun Perak berhasrat mengelak berlaku pertempuran (peperangan) antara kedua-dua angkatan tersebut dengan cara membuat helah seperti berikut;
"setiap pokok yang berada disepanjang tebing sungai telah ditambat puntung api. Cahaya api yang begitu banyak dapat dilihat dengan jelas di seberang sungai."
- Pada sangkaan orang-orang Siam, angkatan Melaka sangat besar, mempunyai bilangan yang ramai. Keadaan seperti ini tentu menunjukkan angkatan Melaka sangat kuat (biasanya setiap puntung api dipegang oleh seorang hulubalang).
- Siam membatalkan rancangan menyerang Melaka kerana menyangka angkatan Melaka sangat besar dan kuat berbanding dengan kemampuannya. Mereka tidak menyangka helah yang dilaksanakan Tun Perak bagi mengaburi mata orang-orang Siam itu.
- Kesannya: kebijaksanaan akal Tun perak yang mengetuai angkatan perang Melaka dapat mengelakkan berlaku pertempuran berdarah dan menyelamatkan Melaka dari ancaman Siam.
5. Kebijaksanaan Utusan Melaka (sewaktu berada di luar negeri) menjawab pertanyaan secara sepontan dalam usaha mempertahankan martabat dan kedudukan raja Melaka daripada dipandang rendah oleh pemerintah kerajaan lain.
5.1 Utusan Melaka di Negeri Siam
- Raja Siam bertanyakan Tun Telanai makna (maksud) nama Sultan Mansur Syah.
- Tun Telanai memberitahu maksud "Mansur Syah" ialah;
"...... raja yang dimenangi akan Al¬lah Ta'ala daripada segala seterunya." (Sulalatus Salatin, him. 109)
5.2 Utusan Melaka dalam pelayaran ke negeri China.
- Kapal angkatan Melaka ke negeri China dipukul ribut dan bias ke Brunei.
- Rombongan Melaka diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera membawa surat sembah raja Melaka kepada Maharaja China setelah raja Melaka menjadi menantu baginda.
- Raja Brunei bertanyakan kepada Tun Telanai bunyi surat kiriman raja Melaka kepada raja China. Setelah mendengar bunyi surat itu, raja Brunei bertanyakan utusan sama ada raja Melaka menghantar surat sembah kepada Maharaja China.
- Menteri Jana Putera menjawab dengan menaflkan dan memberitahu bahawa raja Melaka tidak mengirim "sembah" kepada raja China, kerana erti "sahaya" dalam surat raja Melaka itu bermaksud "hamba". Maka yang berkirim sembah itu adalah rakyat Melaka bukannya raja Melaka.
- Jawapan Menteri Jana Putera itu hanya sebagai satu alasan sahaja bagi mempertahankan ketinggian martabat raja Melaka daripada dipandang rendah oleh raja Brunei.
- Peristiwa ini menunjukkan pembesar-pembesar negeri, terutamanya utusan Melaka memiliki kepintaran akal dan kebijaksanaan terutama dalam menjaga imej baik raja dan kerajaan Melaka.
No comments:
Post a Comment