Tuesday, 9 August 2011

DIKIR/ZIKIR

Menurut Harun Mat Diah (1989), dikir berasal daripada perkataan Arab, zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perkembangan puisi Melayu tradisional, puisi dikir/zikir bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada tentang ibadat, puji-pujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajarannya.

Dari segi bentuk, dikir/zikir merupakan puisi bebas. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam sebaris, tidak tentu. Begitu juga rangkapnya; mungkin mempunyai atau tidak mempunyai rangkap. Dikir/zikir biasanya terdiri daripada ungkapan-ungkapan sejajar yang puitis, dan tidak terikat kepada bentuk yang tertentu. Kadang-kadang dikir/zikir mengambil bentuk-bentuk puisi yang lain seperti pantun, syair, mantera dan nazam.

Puisi ini dinamakan dikir kerana setiap ungkapan atau kata-kata maksud atau isi puisi yang dipaparkan diselang-selikan dengan kata-kata atau ungkapan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Pada permulaan puisi, ungkapan puji-pujian (zikir) terhadap Allah s.w.t. dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w. (selawat) disusun sehingga membentuk satu rangkap yang tersendiri. Rangkap ini diulang-ulang sehingga adakalanya beberapa rangkap sebelum rangkap isi.

Dikir/zikir tergolong dalam kesusasteraan rakyat kerana penyebarannya dilakukan secara lisan. Berdasarkan isinya, dikir/zikir berfungsi sebagai alat pendidikan atau didaktik iaitu mengingati khalayaknya tentang perkara-perkara yang baik dan yang perlu diikuti, serta menjauhi perkara-perkara yang buruk atau dilarang sama ada dari aspek agama (Islam) atau nilai masyarakat.

Selain itu, dikir/zikir juga sebagai ejen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif dan akhlak yang baik keada masyarakat khalayaknya, di samping sebagai pengawal nilai sosial dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur dan sebagainya.

Dikir/zikir dituturkan dalam upacara yang tertentu, seperti dalam tarian dabus, permainan kompang/hadrah, dan upacara sambutan maulidur Rasul. Dikir/zikir yang diucapkan atau yang dinyanyikan dalam upacara maulidur Rasul biasanya mengandungi unsur dakwah, dan isinya penuh dengan puji-pujian dan kemuliaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. selain itu dikir/zikir sebagai alat hiburan di majlis-majlis sosial seperti majlis sambutan pembesar, majlis perkahwinan dan sebagainya. Akhir sekali, dikir/zikir sebagai gambaran masyarakat terutama dalam aspek kebahasaan dan nilai-nilai estetika.

DIKIR DABUS
Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Hudal le ma ti habur sere ya Allah.

Allah humma salli Allah,
Allah he salli dona Allah,
Allah Muhammadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza aalihi.

Pada kasih penghulu kita Muhammad,
Cahaya bulan empat belay petunjuk yang sempurna,
Hati rindu kepada Nabi Muhammad,
Sentiasalah didapat daripada yang sempurna.

Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hema hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hema habur sere ya Allah.

Tiada aku kasih selain Nabi Muhammad,
Sebaik-baik rasul yang didatangkan wahyu yang mulia,
Kasih sangat kepada Muhammad,
Walau wafat tetap ingat Muhammad.

Allah huma salli Allah,
Allah he salli dona,
Allah Muhammadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza aalihi.

Perhimpunan Mahsyar kita dapat neraka jahanam,
Terlepas daripada kesengsaraan neraka jahanam,
Dilahirkan penghulu kita Nabi Muhammad,
Pusat pemerintahan negara yang mulia.

Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal humal hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Hudal le ma habur sere ya Allah.

Malam hidup masa Muhammad,
Tuannya sejahtera selamanya,
Minta tolong akan dikau,
Penghulu segala rasul yang terdahulu.

Allah huma salli Allah,
Allah he salli dona amma,
Allah Muhammadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza alihi.

Mudah-mudahan Allah memberi rahmat ke atas Muhammad,
Dan ke atas sahabatnva salam sejahtera,
Engkau memberi rahmat dan kesejahteraan,
Semoga berkat ke atasmu Muhammad

Allah humma salli Allah,
Allah he salli dona amma,
Allah Muhammadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza aalihi.

Aku minta pertolongan ya Muhammad,
Hari Kiamat diberi nikmat dan selamat, Mengharap pertolongan daripada Muhammad,
Jikalau ada aku mengerjakan yang khurafat.

Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hemal hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Hudalle ma ti habur sere ya Allah.

Dan kelepasan-kelepasan kami ya Muhammad,
Hari kesusahan dengan dia kami dikumpulkan,
Dan cahaya telah datang dengan dia Nabi Muhammad,
Sebenarnya yang nyata waktu kami memohon.

Allah huma salli Allah,
Allah he salli dona amma,
Allah Muhammadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza alihi.

Malaikat di langit memanggil nama Muhammad,
Jibril berkata baginya yang telah terdahulu,
Tentera sewaktu peperangan Nabi Muhammad,
Setengah daripada mereka malaikat bertandu.

Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hemal hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Hadalle mal habur sere ya Allah.

Agama Islam telah zahir oleh Muhammad,
Yang ingkar akan binasa,
Moga-moga Allah memberi rahmat ke atas Muhammad,
Dan ahli keluarga semuanya salam sejahtera.

Allah hee Allah hee ya Allah.
Baddal huma hee ya maula.
Allah hee Allah huu va Allah.
Hudal le mal habur sere ya  Allah

Allah huma salli Allah.
Allah hee salli dona amma.
Allah Muhammadun sahu ya Allah
Hee Allah Allah wabiza a'lihi        




























































a.  Jelaskan tiga mesej yang terkandung dalam puisi di atas      (12 markah)
b.  Huraikan tema puisi di atas                                                     ( 4 markah)
c.  Jelaskan tiga gaya bahasa dalam puisi di atas                       ( 9 markah)


Dikir Dabus (25M)
a.             Tiga mesej yang terkandung dalam puisi ini ialah:
( i ) Melaksanakan perintah Allah.
Menjadi tugas kepada manusia untuk melaksanakan perintah Allah. Jika tidak, kites akan berdosa. (4M)
ii) Mengingati dan beramal kepada Tuhan. Kita hendaklah sentiasa mengingati Tuhan dengan beramal kepada-Nya. (4M)
(iii) Mengingati dan menyayangi.
Kita mestilah sentiasa mengingati dan menyayangi Nabi Muhammad s.a.w. dengan berselawat kepadanya.
Aku minta pertolongann ya Muhammad,Hari Kiamat diberi nikmat dan selamat.                                           (4M)

Puisi ini bertemakan keagamaan. la merujuk kepada puji-pujian terhadap Allah S.W.T. clan juga Nabi Muhammad s.a.w..
Dalam puisi ini pengarang mengucap rasa kasih sayang dan memuji Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pesuruh Allah.

Allah Muhamrnadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza aalihi                                            (4M)

Tiga gaya bahasa dalam puisi ini ialah:

(i) Perulangan - Terdapat perulangan anafora dalam puisi ini. Contohnya:

Allah humma salli Alluh.
Allah he salli dona,
Allah Muhamadun sohu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza aalihi.

Terdapat juga perulangan epifora dalam puisi ini iaitu:

Kasih sangat kepada  Muhammad,
Walau wafat tetap ingat Muhammad.            (3M)

(ii) Diksi Arab - Terdapat penggunaan bahasa Arab iaitu

wahyu. wafat. nikmat, khurafat.

Contohnya:

Allah humma salli dona
   Walau wafat tetap ingat Muhammad   (3M)

(iii) Asonansi - terdapat penggunaan permainan bunyi asonansi dalam puisi ini iaitu:

Tiada aku kasih selain Nabi Muhammad (a)

Cahaya bulan empat belas petunjuk yang sempurna       (e)          (3M)



Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hema hee ya maula,
Allah hee Allah huu ya Allah,
Baddal hema habur sere ya Allah.

Tiada aku kasih selain Nabi Muhammad,
Sebaik-baik rasul yang didatangkan wahyu yang mulia,
Kasih sangat kepada Muhammad,
Walau wafat tetap ingat Muhammad.

Allah huma salli Allah,
Allah he salli dona,
Allah Muhammadun sahu ya Allah,
Hee Allah Allah wabiza aalihi.

Perhimpunan Mahsyar kita dapat neraka jahanam,
Terlepas daripada kesengsaraan neraka jahanam,
Dilahirkan penghulu kita Nabi Muhammad,
Pusat pemerintahan negara yang mulia.

Skema Jawapan
a. Apakah jenis puisi di atas dan huraikan teknik penulisannya.
Jenis puisi : Dikir / Zikir   [IM]

Teknik Penulisan:
Bentuk bebas dari segi rima akhir, bilangan patch perkataan sebaris dan jumlah sukukata sebaris tidak sama
Contoh: mana-mana yang sesuai

Bilangan baris serangkap ialah 4 baris serangkap
Contoh: mana-mana rangkap


Pola rima akhir bebas
Contoh: RI Abaa, R2 abaa, R3 abac, R4 aabc

Bil. Perkataan sebaris tidak tetap / tidak sekata Iaitu antara 4-7 perkataan sebaris
Contoh: Baris terpendek - 4 perkataan R3B2 Baris terpanjang - 7 perkataan R2B2

Sukukata perkataan sebaris tidak tetap
Iaitu antara 7 - 18 sukukata sebaris.
Contoh: Sukukata pendek - 7 sukukata sebaris - R3B2 Sukukata terpanjang - 18 sukukata sebaris R2B2

Penggunaan bahasa asing diselang-selikan di antara rangkap
Contoh: bahasa Arab pada R1 dan R3

Isi puisi diselang-selikan di antara puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah
Contoh: RI dan R3 adalah puian kepada Allah
R2 dan R4 adalah selawat kepada Rasulullah

[F-1, H/C-1 = 2: 2x3 = 6M]

b. Huraikan gaya bahasa di dalam petikan puisi di atas.

Fl:       Gaya bahasa Asonansi
H:        Perulangan bunyi vocal
C:        Perhimpunan Mahsyar kita dapat neraka Jahanam - a

F2:       Gaya bahasa Aliterasi
H:        Perulangan bunyi konsonan
C:        Walau wafat tetap ingat Nabi Muhammad - t

F3:       Gaya bahasa Anafora
H:        Perulangan kata pada awal baris (R3 B I - B3)
C:      Allah            
            Allah          
            Allah          

F4:       Gaya bahasa Epifora,
H:        Perulangan kata pada akhir ban's
C:      neraka            jahanam (R4 B1-R4 B2).,
            neraka jahanam,

F5:       Gaya bahasa asing,
H:        Penggunaan bahasa Arab.
C:                  wabiza aalihi.
Allah huma salli Allah        dll.

F6:       Gaya bahasa inversi,
H:        Pembalikan kata.
C:      R2 B3 - Kasih sangat kepada Muhammad. R2 B4 - Walau wafat ingat Muhammad


F7:       Repitasi ‑
H:        Perulangan kata dalam baris yang sama.
C:        Allah hee Allah huu ya Allah.

[F-1, If/C-11, Jx2 – IOM]

c. Fungsi Zikir dalam masyarakat Melayu khasnya

I. Alat pendidikan/didaktik, iaitu unutk mengingatkan khalayak tentang perkara-perkara yang balk dan yang perlu diikuti, serta menjauhiperkara­perkara yang balk dan yang perlu diikuti, serta menjauhi perkara perkara yang buruk atau terlarang sama ada daripada aspek agama atau nilai masyarakat itu sendiri.

ii Agen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif dan akhlak yang balk kepada masyarakat Melayu, di samping menjadi pengawal nilai social dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.

iii. Diucapkan dalam upacara tertentu seperti upacara sambutan maulidur Rasul, tarian dabus, permainan kompang dan sebagainya yang mempunyai unsur dakwah kepada masyarakat Melayu khususnya.

iv. Alat hiburan masyarakat Melayu khususnya di majlis-majlis sosial seperti majlis smabutan pembesar, perkahwinan dan lain-lain.

v. Gambaran masyarakat Melayu tradisional. Masyarakat menggunakan Dikir dalam majlis-majlis tertentu seperti bercukur & maulidur rasul.

Pilih 4 isi sahaja [F-1, H/C-1 = 2M, 2x4 = SM]


No comments:

Post a Comment