Monday 8 August 2011

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT: KESETIAAN RAKYAT

KESETIAAN RAKYAT
KONSEP KESETIAAN
Konsep kesetiaan bermaksud akur, taat, tunduk serta patuh. Konsep kesetiaan merupakan nilai hidup daripada kaca mata masyarakat Melayu lama. Kesetiaan merupakan penyerahan diri secara taat setia tanpa membantah serta sanggup menyumbangkan kebaktian kepada raja yang tidak terbatas meskipun tindakan tersebut di luar batasan kemanusiaan. Hal yang lebih utama ialah tidak melakukan penderhakaan. Konsep kesetiaan yang unggul melibatkan kesanggupan dan penyerahan sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi kemahuan raja.

Di dalam Hikayat Hang Tuah, kesetiaan ini begitu jelas melalui watak Hang Tuah yang juga merupakan watak utama dalam hikayat ini. Hang Tuah memiliki satu sifat teristirnewa dan menjadi simbol masyarakat. Boleh dikatakan bahawa Hang Tuah menjadi hamba yang berkhidmat dengan sepenuh jiwa raganya kepada tuannya, iaitu raja Melaka, Sang Maniaka. Segala kehendak raja Melaka ditunaikan oleh Hang Tuah tanpa banyak soal. Walaupun terpaksa bergadai nyawa, Hang Tuah tidak pernah sekali pun membantah perintah raja. Pendek kata, watak Hang Tuah menjadlkan konsep daulat" dan "derhaka" sebagai prinsip dalam perkhidmatannya kepada raja Melaka, Sang Maniaka.

Peristiwa-peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah yang menonjolkan sifat kesetiaan watak Hang Tuah begitu banyak sekali. Antaranya, walaupun Hang Tuah menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunuh yang dijatuhi ke atasnya oleh raja Melaka dengan hati yang rela. Kerelaan hati Hang Tuah menerima titah raja Melaka yang membabi buta ini dapat membuktikan kesetiaan dirinya yang tidak berbelah bag! terhadap rajanya. Hang Tuah bukan sahaja tidak menyimpan dendam terhadap raja Melaka, malahan mencari jalan untuk berjasa terhadap raja agar dirinya tidak dimurkai. Misalnya Hang Tuah bertarung nyawanya untuk melarikan Tun Teja ke negeri Melaka demi untuk menyatakan kesetiaannya terhadap raja Melaka.

Kesetiaan Hang Tuah semakin jelas dan nyata apabila dia sanggup membunuh dan menghapuskan saudara dan sahabat karibnya, Hang Jebat. Sebenarnya, watak Hang Jebat menderhaka dan merampas istana adalah semata mata untuk membalas kematian Hang Tuah. Walaupun niat Hang Jebat diketahui oleh Hang Tuah, tetapi dia tetap tidak melepaskan sahabatnya kerana kesetiaannya terhadap raja Melaka. Lagipun penderhakaan Hang Jebat merupakan kesalahan yang amat besar dan bertentangan dengan prinsip Hang Tuah iaitu "pantang anak Melayu menderhaka terhadap rajanya."

Satu lagi peristiwa yang dapat menunjukkan kesetiaan watak Hang Tuah kepada rajanya ialah semasa penginapannya di Inderapura, dia telah ditawarkan oleh raja Inderapura supaya menetap di Inderapura buat selama-lamanya. Tetapi Hang Tuah menolak tawaran istimewa itu dengan memberikan alasan bahawa dirinya tidak akan  bertuan lain, selain daripada raja keturunan dari Bukit Si Guntang. Kata-kata Hang Tuah itu jelas memperlihatkan kesetiaannya terhadap raja tidak hanya semasa di Melaka malah di mana jua beliau berada, sifat taat setianya tetap dipeliharanya.

Kesetiaan Hang Tuah kepada raja Melaka kadangkala membahayakan nyawanya. Tetapi beliau tetap menemp­uh bahaya tersebut demi kesetiaannya kepada raja. Misalnya beliau sanggup mengorbankan jiwa raganya demi untuk mernuaskan sebarang permintaan raja Melaka. Hang Tuah sanggup memanjat pohon nyiur gading yang tinggi dan reput di tengah tengahnya serta sanggup terjun ke dalam laut yang ada buaya ganas demi mengambil mahkota raja Melaka yang jatuh ke dalamnya. Malahan, watak Hang Tuah juga sanggup berperang dan berjuang menentang pihak Peringgi pada saat keuzurannya, semua ini dilakukan kerana kesetiaan terhadap raja Melaka, Sang Maniaka.

No comments:

Post a Comment