SYEIKH NURUDDIN AL RANIRI
Latar Belakang
Berasal dari daerah Ranir, Gujerat India
Keturunan campuran Arab-India.
Tarikh lahir tidak diketahui.
Pendidikan awal diterima di Ranir, kemudian ke Hadramaut dan Mekah.
Fasih bertutur dalam bahasa Melayu kerana pergaulannya dengan orang Melayu di Mekah.
Pertama kali sampai ke Aceh pada tahun 1631 pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Fahamannya Ahlul Sunnah kurang mendapat sambutan ketika itu kerana pengaruh Wahdatul Wujud yang dipelopori oleh Hamzah Fansuri sedang berkembang luas di Aceh.
Nuruddin kembali ke Aceh pada tahun 1637 pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Fahamannya mula mendapat perhatian dan dilantik sebagai mufti.
Nuruddin kembali ke Ranir India pada tahun 1644 dan meninggal pada 1658.
SUMBANGAN KARYA
Syeikh Nuruddin Al Raniri merupakan pengarang kitab-kitab agama yang berfahaman Ahlul Sunnah yang bertujuan menolak aliran Wahdatul Wujud.
Nuruddin mengarang pelbagai bidang agama termasuk ilmu fikah, usuluddin, tasawuf, hadis dan lain-lain.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 31 buah kitab antaranya termasuklah:
a. Bustan al Salatin
Sebuah kitab Ketatanegaraan bertujuan sebagai panduan pemerintahan. Mengandungi 7 bab dan beberapa fasal. Isinya membicarakan pelbagai jenis ilmu seperti firasat dan perubatan. Turut membincangkan konsep kejadian alam dan kisah nabi-nabi.
b. Siratul Mustaqim
Sebuah kitab ilmu fikah yang membicarakan berbagai hukum Islam. Membicarakan tentang ibadat dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain. Kitab ini juga turut membahaskan tentang hukum-hukum qurban, berburu dan soal halal dan haram dalam makanan.
c. Akhbar Al Akhirat
Sebuah kitab mengandungi hal-hal penciptaan Muhammad, Adam, maut, tanda-tanda kiamat, syurga neraka dan lain-lain. Isi kitab adalah saduran daripada kitab karangan Imam Al Ghazali.
d. Jawahir Al Ulum
Kitab yang menghuraikan tentang fahaman sufi dan memuatkan peraturan-peraturan ilmu. Ia juga merupakan sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membahaskan falsafah mistik dengan mendalam.
e. Syifa Al Qulub
Sebuah kitab dalam bahasa Melayu yang membicarakan cara-cara berzikir kepada Allah s.w.t
f. Asrar Al Ihsan Fi Makrifat Ar Ruh Ar Rahman
Sebuah kitab dalam bahasa Melayu dan Arab yang membahaskan tentang manusia terutama roh, sifat, hakikat serta hubungan manusia dengan tuhan. Ia turut mengandungi perdebatan tentang roh dengan Hamzah Fansuri.
g. Kitab Hillal Zil
Seperti Tabyan Fi Makrifat, Syafaul Kulub dan Hujjatus Sidik. Merupakan kitab yang mengandungi ajaran dan kepercayaan aliran ahlul sunnah yang ditulis bertujuan menentang ajaran Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al Sumaterani.
PERANAN DAN KEDUDUKAN.
Seorang pengarang yang mahir dalam soal keagamaan dan juga merupakan seorang guru agama yang berpengalaman luas dan berkebolehan dalam pelbagai disiplin ilmu.
Seorang pengarang yang terkenal dalam bidang agama dan banyak menghasilkan buku-buku, kitab tasawuf, mistik dan sufi.
Seorang ulama yang berpegang teguh pada aliran ahlul sunnah (Isnainiayah) dan berusaha menentang aliran Wahdatul Wujud yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam dan zindik.
Seorang tokoh pentadbir yang dihormati dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar Thani. Beliau pernah dilantik sebagai mufti dan sangat berpengaruh kepada sultan. Nasihat dan pengaruh beliaulah menyebabkan hasil-hasil karya Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Al Sumaterani telah diperintahkan dibakar oleh Sultan Iskandar Thani.
CONTOH SOALAN
Syeikh Nuruddin Al-Raniri merupakan seorang pengarang yang terkenal di Acheh dalam abad ke-17. Bincangkan.
a. Riwayat hidup dan latar belakang sejarah [4m]
b. Hasil karya dan isi kandungan [12m]
c. Peranan dan kedudukan [9m]
Syeikh Nuruddin Al-Raniri merupakan seorang pengarang yang terkenal di Acheh dalam abad ke-17. Bincangkan.
a. Riwayat hidup dan latar belakang sejarah [4m]
b. Hasil karya dan isi kandungan [12m]
c. Peranan dan kedudukan [9m]
No comments:
Post a Comment