Tuesday, 9 August 2011

RUBAI

Rubai berasal daripada sastera Parsi dan merupakan puisi tertua dalam bahasa tersebut. Apabila Parsi menerima Islam, puisi tersebut menjadi sebahagian daripada puisi warisan Islam. Tokoh yang identik dengan rubai ialah Omar Khayyam (1132). Puisi rubai diterjemah ke dalam bahasa Inggeris oleh Edward Fitzgerald (1809-1883) dan ini menjadikan rubai Omar Khayyam begitu terkenal. Rubai dalam bahasa Melayu pertama kali diperkenal oleh Bukhari al-Jauhari dalam teks Taj al-Salatin. Rubai karya Omar Khayyam pula telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh tokoh bahasa dari Johor iaitu Mejar Dato’ Muhammad Said bin Haji sulaiman (1868-1955) berdasarkan versi Inggeris yang diterjemah oleh Edward Fitzgerald.

Dalam Kamus Umum Indonesia, rubai dikatakan sebagai puisi Arab empat baris. Ada sarjana mengatakan rubai berbentuk sajak yang terdiri daripada empat baris (a/a/a/a) yang selalunya bertujuan falsafah atau tasawuf serta membentuk epigram. Daripada segi cirinya, pola rima a/a/b/a atau a/a/a/a; jumlah barisnya terdiri daripada empat baris serangkap; menakala suku katanya ialah antara lapan hingga dua belas suku kata. Isinya dalam satu rangkap, dan temanya membawa persoalan yang bersifat falsafah, agama, nasihat dan sejarah.

Dalam puisi Melayu tradisional, pengisian dalam rubai selalunya bertemakan falsafah, persoalan tasawuf, agama, nasihat, dan sejarah. Puisi rubai bertujuan untuk panduan pendidikan. Contohnya:

Kemuliaan Insan
Peri permulaan keadaan insan,
Itulah ingatkan dirimu yang berirfan,
Supaya mengetahui perinya ini,
Dengan takdir lagi dengan ihsan.

RUBAI
Jawab soalan-soalan di bawah.KEMULIAAN INSAN
Peri permulaan keadaan insan, Itulah ingatkan dirimu yang berirfan, Supaya mengetahui perinya ini,
Dengan takdir lagi dengan ihsan.
(a)     Jelaskan maksud dan satu mesej yang terdapat dalam puisi ini.                      (8 markah)
(b)     Jelaskan dua gaya bahasa dalam puisi ini.                                                         (4 markah)

Rubai
Kemuliaan Insan (12M)
(a) Maksud puisi = ialah mengenai setiap manusia diseru agar menginsafi tentang asal-usul diri dan menerima takdir dengan ikhlas. Keinsafan ini akan memudahkan seseorang manusia mengambil iktibar daripada setiap apa yang berlaku ke atas dirinya.      (4M)
Satu mesei yang terdapat dalam puisi ini ialah menerima ujian Tuhan, Kita mestilah menerima ujian Tuhan dengan reda dan dengan hati yang ikhlas. (4M)

(b)  Dua gaya bahasa dalam puisi ini ialah:
(i)      Penggunaan diksi Arab - dalam puisi ini terdapat penggunaan diksi Arab iaitu 'berirfan 'takdir'dan'insan'.
Contoh: Dengan takdir lagi dengan ihsan      (2M)

(ii)     Asonansi - terdapat penggunaan permainan buny asonansi iaitu perulangan huruf vokal. Contoh-contoh  dalam puisi ini ialah:
·        Peri permulaan keadaan insan                 (a)
   Itulah ingatkan dirimu yang berirfan         (i)        (2M)



MANUSIA
Subhanallah apa hal manusia,
Yang jadi tanah dalam tanah itu yang hina, Jadikan akhir tubuh ia yang ada,
Yang pada ia termulia.
(a)   Huraikan tiga ciri bentuk puisi ini.                                                                         (9 markah)
(b)   Jelaskan tema puisi ini.                                                                                           (4 markah)

Manusia (13M)
(a) Tiga ciri bentuk puisi ini ialah:
(i)    Jumlah baris dalam rangkap - Puisi ini hanya mempunyai empat baris. Oleh itu puisi ini berbentuk quatrain. (3M)
(ii)    Rima - rima atau huruf akhir dalam ayat bagi puisi ini terkawal. Rimanya ialah a-a‑
a-a  iaitu bersamaan dengan rima bagi syair.                       (3M)
(iii)   Jumlah kata dalam baris - jumlah antara 4 hingga 8 perkataan.
Contoh:
·                                           Yang pada ia termulia                                     - 4 perkataan
·                                 Yang jadi tanah dalam tanah itu yang hina - 8 perkataan              (3M)
(b) Tema puisi ini ialah kekuasaan Tuhan.
Tuhan menjadikan manusia daripada tanah dalam keadaan hina. Salah satu kekuasaan Tuhan terpancar menerusi nyawa yang diberikan kepada manusia dan diangkat menjadi makhluk yang mulia. (4M)


DUNIA
Dunia itu yang indah terindah pun ia, Hina juga ia lagi termulia,
Bahawa yang tiada mengenal dunia, Bahawa hidupnya itu adalah sia-sia.
a)    Jelaskan maksud puisi ini.                                                                                      (6 markah)
b)    Huraikan unsur permainan bunyi dalam puisi ini.                                                (6 markah)
Dunia (12M)
(a) Maksud puisi ini ialah mengenai dunia yang dianggap sebagai tempat yang indah. Dunia juga dianggap mulia tetapi dalam pada itu kadang­ kadang dianggap hina.

Hina juga ia lagi termulia,

Oleh hal demikian, manusia hendaklah mengenali dunia kerana jika tidak hidup akan sia-sia.                           (6M)
(b)    Unsur permainan bunyi asonansi dan aliterasi terdapat dalam puisi ini.
Asonansi bermaksud permainan bunyi huruf vokal. Contoh-contoh yang terdapat dalam puisi ini ialah:
·                                                       Dunia itu yang indah terindah pun ia (i)
·                                                       Bahawa yang tiada mengenal dunia (a) (3M)
Aliterasi bermaksud permainan bunyi huruf konsonan. Contoh yang terdapat dalam puisi ini ialah:
Dunia itu Yang indah terindah pun ia            (n) (3M)

YANG BEROLEH DAN YANG RUGI
Barang siapa beroleh tiada jadi kasihnya segala-gala,
Dan barang siapa merugi tiada jadi kaya segala-gala,
Maka tiada dapat daripada pengetahuan dunia yang indah adanya itu,
Dan tercenganglah segala manusia padanya seperti Bukhari berkata!

a.      Huraikan persoalan mengenai ilmu dalam puisi ini.                                    (4 markah)
b.      Huraikan tiga gaya bahasa puisi ini.                                                            (9 markah)


Yang Beroleh clan Yang Rugi (13M)
(a)   Persoalan mengenai ilmu diketengahkan dalam puisi ini. Bagi pengarang, ilmu itu sangat penting kepada manusia. Perbezaan antara seseorang dengan seseorang yang lain juga dapat dinilai dengan ilmu. Orang yang berilmu dapat mem­bezakan antara yang baik dengan yang buruk. Pengarangjuga berpendapat orang yang berilmu dapat menghayati dan meneroka keindahan dan juga pengetahuan yang terdapat di dunia ini.
Maka tiada dapat daripada pengetahuan dunia yang indah adanya itu,           (4M)
(b)  Tiga gaya bahasa puisi ini ialah:
(i)     Penggunaan gaya bahasa perulangan -dalam puisi ini terdapat penggunaan gaya bahasa perulangan epifora iaitu:
Barang siapa beroleh tiada jadi kasihnya segala-gala,
Dan barang siapa merugi tiada jadi kaya  segala-gala           (3M)
(ii)    Penggunaan gaya bahasa simile – terdapat gaya bahasa perbandingan simile iaitu:
Dan tercenganglah segala manusia
padanya seperti Bukhari berkata! (3M)
(iii) Penggunaan aliterasi - terdapat penggunaan aliterasi atau permainan bunyi huruf konsonan iaitu:
Maka tiada dapat daripadanya .... (d) (3M)


NUBUWWAH DAN HUKUMAH

Pangkat nubuwwah dan hukumah yang nyata,
Satu cincinlah dengan dua permata,
Maha mulia kedua pangkat nubuwwah dan hukumah itu,
Lihatlah kemuliaan hai yang bermata.
(a)   Huraikan tema dan dua persoalan puisi ini.                                                        (9 markah)
(b)   Jelaskan dua ciri puisi ini.                                                                                        (4 markah)


Nubuwwah dan Hukumah (13M)
(a) Tema puisi ini ialah mengenai kemuliaan para nabi. Kemuliaan ini dikaitkan dengan sifat-sifat terpuji para nabi yang menjadi ikutan manusia.
Maha mulia kedua pangkat nubuwwah dan
hukumah itu,
Lihatlah kemuliaan hai yang bermata.         (3M)

Dua persoalan puisi ini ialah:
(i)     Persoalan mengenai pemerintahan para nabi -para nabi mempunyai tugas tertentu seperti memeriksa atau melaksanakan tanggungjawab dengan cara yang mulia                       (3M)
(ii)     Sifat peribadi para nabi - peribadi para nabi sangat mulia. Sifat yang terpuji ini telah menjadi ikutan manusia keseluruhannya.                  (3M)
(b) Dua ciri puisi ini ialah:
(i)    Rima - rima bagi puisi ini a-a-b-a. Ini memperlihatkan rima puisi ini tidak menepati ciri puisi lama sama ada pantun mahupun syair.     (2M)
(ii)    Jumlah kata dalam baris – jumlah perkataan dalam baris antara 5 hingga perkataan.    Contohnya:
·       Lihatlah kemuliaan hai yang bermata                 5 perkataan
·       Maha mulia kedua pangkat nubuwwah dan hukumah itu       - 8 perkataan. (2M)

SANGKAMU
Sangkamu inilah sentiasa akan adamu, Jangan alpa daripada segala sangkamu, Dengan apa bilang adamu,
Satu-satu kebajikan, pun tiadamu.
Sumber.- Khalid M. Hussain (pens.), 1996.
Karangan Bukhari al-Jauhari, Tajus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.) 2003.Mutiara Sastera Melayu Tradisional.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)     Huraikan dua mesej yang terdapat dalam puisi ini.                                          (6 markah)
(b)     Jelaskan tiga gaya bahasa puisi ini.                                                                     (6 markah)


Sangkamu (12M)

(a) Dua mesej yang terdapat dalam puisi ini ialaii:
(i)      Mesej mengenai keimanan. Dijelaskan bahawa kita hendaklah sentiasa beriman kepada Tuhan.             (3M)
(ii)   Mesej mengenai kesedaran yang perlu ada pada manusia. Kita dituntut agar tidak lalai dengan keadaan sekarang dan berusaha untuk memperbaiki diri. (3M)
(b) Tiga gaya bahasa yang terdapat dalam puisi ini ialah:
(i) Asonansi. Terdapat penggunaan asonansi atau permainan bunyi huruf vokal iaitu:
·       Dengan apa bilang adamu (a) (2M)
(ii) Aliterasi - terdapat penggunaan aliterasi atau permainan bunyi huruf konsonan iaitu:
·       Sangkamu indah sentiasa akan adamu (n) (2M)
(iii) Sinkof - terdapat penggunaan kata singkatan iaitu penggunaan kata 'mu' di setiap hujung baris. Perkataan ini berasal daripada perkataan `kamu'. (2M)



No comments:

Post a Comment

Post a Comment