Friday 5 August 2011

SASTERA HIKAYAT ZAMAN PERALIHAN HINDU-ISLAM

Hikayat Hindu Islam iaitu hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang terdapat Zaman Peralihan iaitu bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang masih tebal dipengaruhi oleh unsur-unsur pengaruh Hindu.  Zaman ini adalah dikenali sebagai Zaman Peralihan.


Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan Hindu, iaitu sejak abad pertama masihi. Tetapi apabila Islam mula bertapak, sedikit demi sedikit menghakis pengaruh Hindu dalam budaya masyarakat Melayu. Walaupun masyarakat Melayu terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh Hindu itu masih lagi di amal oleh orang Melayu hingga pada masa ini.

Pendapat professor M. Taib Usman mengatakan pengaruh Hindu berakhir abad ke 17, di mana Islam berkembang di Acheh.

Kemasukkan Islam ini bermula dengan jawi, asalnya dari tulisan Arab. Dengan ini sastera bentuk lisan berubah corak kepada bentuk tulisan. Tulisan jawi ini hanya dikalangan ulama-ulama sahaja. Merekalah yang menghasilkan sastera Melayu lama dan membuang sedikit demi sedikit pengaruh Hindu. Dengan perubahan sedemikian terdapatlah kesusasteraan yang bercampur aduk iaitu Hindu dan Islam.


CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT ZAMAN HINDU ISLAM

Ciri-ciri Hikayat Hindu Islam dapat kita lihat dari segi tema, isi cerita, watak dan perwatakan, gaya bahasa dan bentuk.

1.      Tema

Tema dan motif hikayat-hikayat masih dibelenggui dengan unsur cerita Hindu. Iaitu terdapat motifnya tentang pengembaraan, menyelamatkan kekasih dan sebagainya. Kalau dinilai tidak banyak perubahan dari segi temanya dengan Hikayat Hindu yang sering membawa tema pengembaraan, percintaan., dewa-dewi , kesaktian dan sebagainya.

2.     Isi cerita

      Dari segi isi cerita pula tidak banyak perubahan daripada isi cerita yang terdapat dalam hasil-hasil karya dalam zaman Hindu.  Isi cerita masih terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian permulaan atau peristiwa sebelum pemgembaraan yang menceritakan tentang asal usul watak utama, latar keluarga dan tempat serta tentang sebab-sebab watak keluar mengembara.

Bahagian kedua merupakan bahagian yang terpanjang iaitu kisah mengenai pengembaraan watak utama, meliputi kisah watak utama menghadapi berbagai-bagai kesusahan dan halangan. Berlaku pergaduhan, percintaan, menunjukkan kehandalan dan kebijaksanaan bermain senjata serta mengambil masa yang lama dalam mengembara.

Bahagian ketiga ialah kisah akhir cerita, menceritakan kejayaan yang dicapai oleh watak utama dan berakhir dengan ‘happy ending’, di mana watak jahat berjaya dikalahkan, watak utama bahagia dengan kekasihnya.

3.     Watak dan perwatakan

Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak jahat. Watak baik adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak utama berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan. Dari segi peranan watak tidak berubah.

Perubahan hanya jelas pada nama-nama watak contohnya, terdapat gabungan dan penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan nama-nama watak Islam.  

Contoh
Nama Puteri Nurulain dalam Hikayat Berma Syahdan yang mengisahkan puteri Nurulain bercinta dengan seorang raja yang bernama Maharaja Asmara Gangga. Nama Puteri Nurulain adalah nama Islam manakala nama Maharaja Asmara Gangga pula ialah nama Hindu.

Perwatakan watak juga terdapat unsur Islam seperi pemaaf, berbudi bahasa dan lain-lain.

     4.  Dari segi Judul Cerita

Cerita-cerita atau hikayat dari zaman peralihan ini memakai dua nama iaitu  nama Hindu dan nama Islam. Misalnya Hikayat si Miskin juga dikenali sebagai Hikayat Marakarma, Hikayat Syah Nobat dikenali sebagai Hikayat Syah al-Kamar dan sebagainya.
Contoh
Karya-karya yang terkandung dalam hasil-hasil sastera zaman peralihan ini ialah:-
           
1.        Hikayat Si Miskin atau Hikayat Marakarma.
2.       Hikayat Serangga bayu atau Hikayat Ahmad Muhammad.
3.       Hikayat Indera Jaya atau Hikayat Bikrama Datia Jaya.
4.       Hikayat Syah Nobat atau Hikayat Syah al-kamar.
5.       Hikayat Berma Syahdan
6.       Hikayat Parang Puting
7.       Hikayat Putera Jayapati
8.       Hikayat Inderaputera / Hikayat Shahi Mardan

   5.    Dari segi Unsur / Pengaruh:
           
Unsur-unsur Hindu seperti penggunaan latar alam kayangan, pertapaan, peranan ahli nujum, unsur kesaktian, pengembaraan dan sebagainya masih dikekalkan  Bagaimana pun beberapa unsur Hindu seperti kepercayaan kepada dewi dewi telah digantikan dengan kepercayaan kepada Allah.
           
            Contoh:
Dalam Hikayat Putera Jayapati, Raja Kalawandu percaya kepada kekuasaan Allah dengan berdoa supaya dikurniakan seorang putera.

   6.     Gaya bahasa

Karya-karya di Zaman Peralihan ini banyak memasukkan istilah-istilah yang terdapat di dalam bahasa Arab-Parsi. Di mana permulaan ayat dimulai dengan Syahdan, al-kisah, hatta, kalakian dan sebagainya. Nama-nama Hindu pula pada alat-alat seperti, nobat, gangga dan dewa. Terdapat juga penyebutan nama ‘Allah’.

Contoh
Dalam Hikayat Inderaputera, di dalam bab 1 ada disebut “Wa-bihi nasta’nu billahiala” pada bahagian akhir bab pula disebut “Wallhu a’alam bissawab, tamat al-kalam.

    7.   Perantaraan Tulisan

Karya-karya yang masih tebal dengan unsur pengaruh Hindu ini  ditulis/disalin dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi daripada tulisan bahasa Sanskrit.

    8.     Dari Segi bentuk

Bentuk puisi Islam iaitu Syair digunakan dan bercampur aduk dengan  bahasa Sanskrit serta unsur-unsur tempatan misalnya syair ini:

Tempat nyiur pauh janggi,
Diserang oleh Garuda Syah Peri,
Intan dinilai oleh jauhari,
Belum dikarang lagi,
Harapkan dinilai oleh jauhari.

Perkataan-perkataan seperti garuda, janggi, nyiur tidak ada dalam perbendaharaan Islam. Ini jelas menunjukkan unsur tempatan dan hindu dalam bentuk puisi Islam.

Bentuk hikyatat Hindu Islam juga berbentuk prosa/cerita yang dikenali sebagai ‘hikayat’ adalah unsur pengaruh dari kesusasteraan Arab-Parsi. Hikayat merupakan satu bentuk yang umum dalam kesusasteraan Melayu.  Karya-karya Hindu yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu memakai nama ‘Hikayat’,  Misalnya Hikayat Sang Boma, Hikayat Serangga Bayu, dan Hikayatr Inderaputera.

         
FUNGSI HIKAYAT HINDU-ISLAM

Fungsi-fungsi yang terdapat adalah seperti berikut:-

1.        Sebagai alat hiburan kerana kisah-kisah kecantikkan, kepahlawanan wira-wirawati mempunyai hiburan di mana diakhiri dengan happy ending.

2.       Sebagai alat escapisme daripada kesibukkan, dari cerita dewa-dewa boleh merehat sekejap atas masaalah yang dihadapi.

3.       Sebagai alat pendidikan moral, seperti baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.

4.       Dapat memberi gambaran keadaan masyarakat Melayu tradisional pada masa itu.  

1 comment:

  1. assalamualaikum cikgu, terima kasih kerana berkongsi ilmu.. dapat saya gunakan serba sedikit :)

    ReplyDelete